25 Apr 2014

Pesta Buku




Pesta buku: Kemeriahan hari pertama


KUALA LUMPUR – Penjualan pada hari pertama di Pavilion Karangkraf Pesta Buku Antarabangsa 2014 begitu memberangsangkan walaupun bermula pada hari bekerja.

Pengurus Jualan dan Operasi Grup Buku, Roziana Omar berkata, buku Cinta Amar, al-Quran, buku-buku baharu dan buku yang ditawarkan dengan harga murah mendapat sambutan menggalakkan.

“Pesta buku pada tahun ini agak berbeza kerana dimulakan pada hari Khamis berbanding hari Jumaat untuk tahun lalu, namun kehadiran pengunjung dan angka jualan tetap amat memberangsangkan.

“Kita tidak boleh membandingkan hari ini dengan hari cuti. Namun pengunjung tetap datang terutama daripada pelajar sekolah dan pelajar universiti.

Sebanyak 20 judul baharu buku dan novel pelbagai kategori dijual dengan potongan harga 20 peratus.

Beliau juga mengharapkan lebih ramai pengunjung dapat hadir ke Pavilion Karangkraf kerana kesemua buku yang dijual adalah dengan harga promosi.

sinar harian




1 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

© 2011 mimbar kata, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena