Kepada Sahabat : Bahagiamu Deritaku

Salam Kejayaan Buat Seorang Guru dan Komposer yang terkemuka
Lagu Bahagiamu Deritaku Juara Lagu 28 (AJL28)

foto : fb Ly dan Baiduri

Semoga terus sukses


Bahagiamu Deritaku 
Vokal - Hafiz
Komposer - LY
Lirik - Baiduri

Ku dengar kau cinta sangat padanya
Ku dengar hatimu kini miliknya
Dia kan menjadi teman sehidup dan semati
Aku menjadi sahabatmu

Siksanya mengakui kau teman biasa
Terpaksa ku terima itu hakikatnya
Yang pasti aku tak mahu lupakan cinta
Kau percik api membakar kenangan lama

Aku tak tahu menilai cintamu
Aku tak mampu pertahankan

Tinggalkanku, perlahan-lahan ku trima
Semakin ku sakit, semakin kau bahgia
Mengapakah aku jadi lemah
Sungguh ku tak sangka dia membawa jantungku bersamamu

Yang pasti aku tak mau lupakan cinta
Kau percik api membakar kenangan lama

Aku tak tahu menilai cintamu
Aku tak mampu pertahankan

Tinggalkanku, perlahan-lahan ku trima
Semakin ku sakit, semakin kau bahgia
Mengapakah aku jadi lemah
Sungguh ku tak sangka dia membawa jantungku bersamamu, bersamamu

Mengapakah aku jadi lemah
Sungguh ku tak sangka dia membawa jantungku bersamamu



Kemenangan 'Bahagiamu Deritaku' Bukti Kehebatan LY
Oleh KEMALIA OTHMAN


Ly (lima dari kiri) bersama isterinya Baiduri bersama barisan pemenang AJL28.

KUALA LUMPUR: Komposer LY bersama isterinya iaitu penulis lirik Baiduri menganggap kemenangan lagu Bahagiamu Deritaku pada Anugerah Juara Lagu 28 (AJL28) sebagai hadiah apabila mereka membuat kemunculan semula dalam industri muzik tanah air selepas hampir tujuh tahun.

LY atau nama sebenar Rozman Shafie, 52, berkata, formula yang digunakan dengan membuat kajian dan menggabungkan muzik lama dan baru untuk lagu tersebut dilihat berhasil.

"Kami sudah berhenti buat lagu sejak 2006 kerana saya sibuk dengan kerja saya sebagai nazir di Kementerian Pendidikan Malaysia yang memerlukan saya untuk melawat sekolah ke sekolah seluruh Malaysia.

"Namun ketika diminta cipta lagu untuk Hafiz kami buat kajian tentang tren muzik sekarang kerana saya tahu muzik zaman saya dahulu sudah tidak lagi sesuai, jadi saya gabungkannya hingga terhasil lagu ini," katanya pada sidang media Anugerah Juara Lagu ke28, di Stadium Putra Bukit Jalil, di sini, Ahad.

Dalam acara berprestij itu, pemenang Juara Lagu, AJL28 berkongsi hadiah sebanyak RM35,000.

 
Penyanyi kelahiran Sarawak itu dijulang selepas diumumkan juara.

Manakala Hafiz yang turut memenangi Persembahan Terbaik yang melayakkan dia memenangi RM10,000.

Dalam pada itu, LY berkata, dia juga agak tertekan dalam menghasilkan lagu untuk Hafiz berikutan rekod cemerlang lagu-lagu penyanyi itu sebelum ini.

Biarpun begitu, dia mengakui bertuah apabila lagu tersebut dapat di sampaikan dengan baik sehingga mampu memberi kesan kepada pendengar.

"Pada asalnya pihak Astro minta kami lagu dan saya beri empat buah lagu, namun selepas mereka beritahu bahawa lagu tersebut untuk Hafiz, saya tarik semula empat lagu itu.

"Susah juga untuk mencari yang terbaik kerana kita tahu lagu-lagu Hafiz sebelum ini semuanya hebat,

"Selepas lagu ini siap dan ketika proses rakaman saya dapat rasakan aura dan kesedihan lagu ini sampai ke hati melalui suara Hafiz," katanya.

Pasangan LY dan Baiduri sebelum ini terkenal dengan lagu Mengapa nyanyian Nicky Astria, Setiaku Korbankan nyanyian Fauziah Latiff dan Aku Cinta Padamu nyanyian Siti Nurhaliza.

Sementara itu, Baiduri atau nama sebenarnya Norahayati Hashim, 51, berkata, lirik lagu Bahagiamu Deritaku dicipta melalui pengalaman percintaan yang biasa dilalui oleh setiap manusia.

"Lirik lagu tersebut mudah diingati dan menyentuh hati pendengar terutamanya yang turut melalui pengalaman kisah cinta sebegitu," katanya.

mstar online 



Bahagimu Deritaku Juara AJL28
Oleh Norhadiani Baharom

BAHAGIAMU Deritaku, lagu nukilan pasangan suami-isteri Ly dan Baiduri yang disampaikan Hafiz diumumkan sebagai juara Anugerah Juara Lagu ke-28 yang berlangsung di Stadium Bukit Jalil, sebentar tadi.

Kejayaan itu melayakkan mereka membawa pulang RM35,000 beserta trofi.

Hafiz melalui persembahan penuh emosi tatkala menyampaikan lagu itu turut diumumkan pemenang Persembahan Terbaik sekaligus menerima hadiah wang tunai RM10,000.

Untuk lagu sama juga, Hafiz melakar satu lagi kejayaan apabika menerima anugerah X-pax sebagai lagu terbanyak dimuat turun.



Manakala tempat kedua, lagu ciptaan dan nyanyian kumpulan Hyper Act serta lirik oleh Frozen memenangi tempat kedua sekaligus membawa pulang RM15,000 termasuk trofi.


Sementara tempat ketiga menyaksikan kolaborasi antara Altimet dan Awi Rafeal menerusi lagu Kalau Aku Kaya ciptaan Omak K dan Audi Mok serta lirik oleh Altimet, diumumkan pemenang tempat ketiga.

Mereka menerima ganjaran RM12,000 beserta trofi.

Jaclyn Victor yang menyanyikan lagu Ikut Rentakku, berjaya merampas gelaran Vokal Terbaik yang disandang Hafiz selama tiga tahun berturut-turut.

Mymetro

Comments

Post a Comment