Haiyan

Taufan Haiyan yang terkuat di dunia landa Filipina


MANILA: Taufan Haiyan yang turut membawa puting beliung terkuat di dunia tahun ini, mula membadai Filipina awal pagi ini dengan kelajuan angin sehingga 275 kilometer sejam, demikian menurut agensi perkhidmatan kaji cuaca.

Haiyan yang bermula di Pulau Samar, kira-kira 600 kilometer di barat daya Manila, membadai di pesisir pantai Guiuan jam 4.40 pagi tadi waktu tempatan, demikian menurut pegawai kaji cuaca Romeo Cajulis.

Haiyan yang bermula di Pulau Samar, kira-kira 600 kilometer di barat daya Manila, membadai di pesisir pantai Guiuan jam 4.40 pagi tadi waktu tempatan, demikian menurut pegawai kaji cuaca Romeo Cajulis.


Presiden Benigno Aquino semalam memberi amaran kepada penduduk agar membuat segala persiapan untuk menghadapi Taufan Haiyan yang kelajuan anginnya boleh mencecah sehingga 380 kilometer sejam apabila membadai Filipina.


“Kepada pegawai tempatan, wilayah anda akan berdepan bencana yang serius. Sama-samalah kita menghadapinya dan memberi bantuan sedaya upaya sementara Haiyan belum membadai," katanya dalam pengumuman di stesen televisyen.

“Kita cuba mengharungi kesan taufan ini sekecil mungkin dengan sikap tolong menolong. Marilah kita bertenang terutama dalam kita berpindah dan membawa keperluan kita ke tempat selamat," katanya.


Aquino juga memberi amaran jangkaan rebut berkenaan turut membawa banjir besar dan memusnahkan harta benda terutama di sebelah pantai dengan ombak boleh menjangkau setinggi enam meter atau 20 kaki.

Lebih 125,000 penduduk di kawasan berisiko sudah dipindahkan sebelum Haiyan melanda, demikian menurut pegawai pertahanan awam Filipina.
Pihak berkuasa berkata sekolah di kawasan yang bakal dilanda taufan sudah diarah tutup, manakala perkhidmatan feri dan nelayan diarah menyelamatkan bot mereka atau balik ke pantai.


Di ibu negara Manila, yang dijangka tidak mendapat kesan langsung dari taufan berkenaan bagaimanapun menyaksikan banyak sekolah ditutup hari ini.

Syarikat penerbangan seperti Philippine Airlines, Cebu Pacific dan beberapa syarikat penerbangan lain mengumumkan penggantungan ratusan penerbangan yang kebanyakannya domestic dan beberapa penerbangan antarabangsa. - AFP

Berita Harian


Taufan Haiyan Mula Badai Vietnam


Hanoi - Taufan Haiyan mula membadai Vietnam selepas beberapa hari melanda Filipina sehingga meragut ribuan nyawa dan membawa kemusnahan besar.

Pusat Taufan Amerika Syarikat (JTWC) berkata taufan itu sedang membadai dengan kelajuan angina 160 kilometer sejam di timur laut, ibu negara Hanoi.
Lebih 600,000 penduduk mula dipindahkan sejak beberapa hari lalu sejak ramalan Haiyan akan melanda Vietnam.

Penduduk di Hanoi kini menghadapi hujan lebat dan banjir dengan ribuan di kawasan pesisir pantai diarah supaya mendapatkan perlindungan di tempat selamat.

“Kami sudah memindahkan lebih 174,000 keluarga atau lebih 600,000 orang,” kata laporan pegawai Vietnam dari Jabatan Kawalan Banjir dan Bencana. (AFP)

Berita RTM

Comments