26 Apr 2013

Warkah Luka Dari Ramallah

WARKAH LUKA DARI RAMALLAH
(Husna Nazri)

 Maksud Sajak

Maksud rangkap pertama
Penyajak menceritakan keadaan sebuah kota yang dilanda peperangan. Peperangan ini telah membangkitkan rasa dendam dalam kalangan wanita dan kanak-kanak yang masih kecil.Peristiwa hitam ini mengorbankan banyak nyawa yang tidak berdosa.

Maksud rangkap kedua
Penyajak menerima kritikan demi kritikan tentang peperangan ini. Penyajak secara tidak langsung menyatakan seolah-seolah peperangan tidak dapat dipisahkan daripada penduduk kota tersebut. Penyajak menyeru pembaca agar berasa simpati terhadap keperitan yang dialami oleh penghuni kota tersebut.

Maksud rangkap ketiga
Penyajak seolah-olah ternanti-nanti akan penyelesaian bagi peperangan itu. Penyajak mengharapkan agar penduduk kota akan menikmati kebebasan.

Maksud keseluruhan
Sajak ini mamaparkan kisah peperangan di sebuah kota yang telah mengorbankan banyak nyawa. Penyajak melahirkan rasa kesalnya terhadap peristiwa ini. Penyajak mengharapkan agar peperangan tersebut akan ditamatkan secepat mungkin dan penghuni kota tersebut dapat hidup dalam keadaan aman dan damai.



TEMA
Sajak ini bertemakan kemanusiaan, iaitu kesan peperangan yang telah mengorbankan banyak nyawa di sebuah kota.
Contohnya: dari kota hangus yang
diperciki api perang

PERSOALAN
Persoalan simpati terhadap penghuni kota yang menjadi mangsa perang.
Peperangan meninggalkan kesan kedukaan terhadap penduduk kota. Mereka kehilangan keluarga, harta dan nyawa.
Contohnya : taburlah bunga-bunga mujahid
di daerah syuhadah ini.

Persoalan kaum wanita dan kanak-kanak kecil yang turut menjadi mangsa peperangan.
Peperangan menyebabkan berlaku kematian mereka yang tak berdosa, kecederaan, dan kehilangan harta terutama dalam kalangan kanak-kanak dan wanita.
Contoh: daerah wanita dan anak kecil
mengutip serpihan duka dan air mata

Persoalan kekebasan hilang akibat perang
Perang menyebabkan kehidupan masyarakat tidak bebas dan sentiasa dalam ketakutan.
Contoh: Entah bila suratmu nanti
bersalutkan harum kasturi

Persoalan keganasan manusia yang sanggup memperjudikan nyawa manusia
Perang menyebabkan ramai kehilangan nyawa semata-mata kerana dendam dan amarah. Nyawa manusia menjadi pertaruhan hanya untuk kepuasan sesuatu pihak.
Contoh : gerombolan manusia
bertopeng hitam
yang rakus memperagaka nyawa


BENTUK

Sajak ini terdiri daripada tiga rangkap.

Bilangan baris bagi setiap rangkap tidak sama.
Contohnya Rangkap 1 – 22 baris, Rangkap 2 – 7 baris dan Rangkap 3 – 5 baris.

Jumlah perkataan dalam satu baris juga tidak sama.
Terdapat di antara dua hingga lima perkataan sebarisnya.
Contohnya: tak bernama
Entah bila bahasa suratmu nanti

Rima akhir dalam baris tidak sekata atau tidak sama.
Rima akhir sajak ini berbentuk bebas
Contoh: Rangkap 1 – abcdbeeafdghhehffhheci
Rangkap 2 – abbbcdcefbgb
Rangkap 3 – aabaa.

Sajak ini merupakan sajak bebas.

GAYA BAHASA
Personifikasi
sepi telah tenggelam / maut telah menjadi teman

Metafora
Contohnya : sayap mimpi / lorongan bara amarah / serpihan duka

Hiperbola
di sini sepi telah tenggelam / yang rakus memperagakan nyawa

Sinkof
Penggunaan kata tak / mu / kau dalam puisi.

Perlambangan
Contoh langit lazuardi (seolah-olah langit mengerti situasi yang berlaku) / merpati putih (mengaku kalah).

Asonansi
Contoh : dilangit lazuardi (perulangan vokal ‘a’)

Aliterasi
Contoh : maut telah menjadi teman (pengulangan konsonan ‘m’)


NADA
Sajak ini bernada melankolik iaitu menggambarkan perasaan sedih penyajak terhadap nasib penduduk kota tersebut. Contoh:
cerita duka ini memenuhi
bahasa suratmu

NILAI
Berperikemanusiaan.
Contoh – tatapilah warkah bersalut / air mata ini

Nilai Bersimpati.
Contoh – taburlah bunga-bunga mujahid / di daerah syuhadah ini

Nilai kasih sayang
Contohnya : tatapilah warkah bersalut / air mata ini

Nilai Menghargai jasa
Contoh : taburlah bunga-bunga mujahid
di daerah syuhadah ini

Nilai cinta akan tanahair
Contoh : membangkitkan dendam
dari setiap lolongan bara amarah


PENGAJARAN
Kita mestilah bersimpati terhadap nasib malang yang menimpa penghuni kota akibat peperangan.
Contoh: menyaksikan ribuan mangsa
tidak berdosa

Kita hendaklah mencintai akan tanahair
Contoh : Penduduk kota ini begitu menyayangi tanahair dan sanggup terkorban demi tanah air.

Peperangan hendaklah dielakkan kerana ia membawa kematian dan kemusnahan.
Contoh: maut telah menajdi teman
paling akrab
penghuni kota perang ini.


NADA
Sajak ini bernada melankolik.
Ia memberi gambaran kesedihan dan kepiluan dialami penduduk kota akibat peperangan. Perang bukan sahaja meragut nyawa orang tidak berdosa tetapi kemusnahan harta benda.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

© 2011 mimbar kata, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena