3 Apr 2013

Pantun Nasihat

Pantun Nasihat

Ada kolam ada masjid
Tempat orang sembahyang raya
Tengah malam bulan terbit
Bintang sebiji membawa cahaya

Air surut memungut bayam
Sayur diisi di dalam kantung
Jangan diikut resmi ayam
Bertelur sebiji riuh sekampung

Alang-alang menjerut asam
Biar lebih jangan kurang
Alang-alang menyeluk pekasam
Biar sampai ke pangkal lengan

Ambil golok di atas puan
Hendak berakit ke Kuala Kedah
Usah dijolok sarang tebuan
Badan sakit sesal tak sudah

Anak indong anak ketitir
Anak merbah terlompat-lompat
Yang dikendong habis tercicir
Yang dikejar haram tak dapat



MAKSUD

Rangkap 1
Nasihat agar suka menolong atau membuat jasa kepada orang lain yang memerlukan bantuan
.
Rangkap 2
Nasihat agar jangan memperbesar-besarkan perkara yang kecil atau jangan heboh apabila berhadapan dengan masalah kecil

Rangkap 3 :
Nasihat apabila melakukan sesuatu kerja, lakukan dengan bersungguh-sungguh hingga berjaya

Rangkap 4 :
Nasihat agar jangan melakukan perkara yang boleh merugikan diri sendiri

Rangkap 5 :
Sikap tamak akan merugikan diri sendiri

TEMA

Nasihat ke arah pembentukan peribadi mulia.
Contohnya : Tengah malam bulan terbit,
bintang sebiji membawa cahaya


PERSOALAN

Persoalan berkaitan dengan sikap buruk/ tabiat yang merugikan
Air surut memungut bayam
Sayur diisi di dalam kantung
Jangan diikut resmi ayam
Bertelur sebiji riuh sekampung

Persoalan sikap tamak
Anak indong anak ketitir
Anak merbah terlompat-lompat
Yang dikendong habis tercicir
Yang dikejar haram tak dapat

Persoalan bersungguh-sungguh melakukan sesuatu
Alang-alang menjerut asam
Biar lebih jangan kurang
Alang-alang menyeluk pekasam
Biar sampai ke pangkal lengan

Persoalan menjadi manusia berguna
Ada kolam ada masjid
Tempat orang sembahyang raya
Tengah malam bulan terbit
Bintang sebiji membawa cahaya

BENTUK

Puisi ini merupakan puisi jenis berangkap.
Contohnya ; Puisi ini mempunyai 5 rangkap

Bilangan baris serangkap adalah sekata
Contoh : Puisi ini mempunyai 4 baris dalam serangkap

Puisi ini mempunyai bilangan kata yang sekata dalam setiap baris
Contoh : Mempunyai antara 3 hingga 5 patah kata dalam sebaris
Alang-alang menyeluk pekasam – 3 patah perkataan
Biar sampai ke pangkal lengan – 5 patah perkataan

Puisi ini mempunyai bilangan suku kata yang terikat/ sekata
Mempunyai antara 8 hingga 11 sukukata dalam sebaris
Ada kolam ada masjid – 8 sukukata
Bintang sebiji membawa cahaya – 11 sukukata

Rima akhir puisi ini adalah terikat
Rima akhir berselang abab

Puisi berbentuk terikat


GAYA BAHASA

Kata Ganda :
Alang-alang, terlompat-lompat

Aliterasi :
Alang-alang menjerut asam (bunyi konsonan n)

Asonansi
Ada kolam ada masjid (bunyi asonansi a )

Sinkof
Contoh : tak

Repitasi awal baris
Alang –alang

Repitasi dalam baris
Ada kolam ada masjid

Peribahasa
Contoh : Jangan diikut resmi ayam, bertelur sebiji riuh sekampung

Anafora
Yang dikendong habis tercicir
Yang dikejar haram tak dapat

Personifakasi
Contoh : Air surut memungut bayam

Inversi
Biar lebih, kurang jangan

NILAI

Rasional
Jangan diikut resmi ayam, bertelur sebiji riuh sekampung

Gigih/ sabar
Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan

Bersederhana

Yang dikendong habis tercicir, yang dikejar haram tak dapat


PENGAJARAN

Kita hendaklah menjadi penerang/berjasa kepada orang lain
Bintang sebiji membawa cahaya

Kita janganlah memperbesarkan perkara yang kecil
Bertelur sebiji riuh sekampung

Kita hendaklah melakukan pekerjaan hingga selesai
Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan

Kita janganlah melakukan sesuatu perkara yang menyusahkan diri sendiri
Usah dijolok sarang tebuan,badan sakit sesal tak sudah

Kita janganlah tamak atau jangan mengharap sesuatu yang belum pasti
Yang dikendong habis tercicir, yang dikejar haram tak dapat

9 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

© 2011 mimbar kata, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena