Dialog Sastera : Dari Lembah Ke Puncak (Bahagian 2)


Dialog Sastera : Novel Dari Lembah Ke Puncak Bahagian 2

Soalan : Tuan telah membincangkan aspek keistimewaan watak Jalil. Boleh tuan jelaskan dari sudut perwatakannya pula?

Jawapan : Jalil merupakan watak utama atau protagonis dalam novel ini. Jali berumur dalam lingkungan 30-an. Ayahnya Pak The telah meninggal dunia. Jalil belajar di SK Kampung Bukit Jenun, SM Kampung Guar Cempedeak dan melanjutkan pelajaran ke Universiti Putera Malaysia setelah lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan SPM. Mempunyai seorang abang bernama Muhsin dan kakaknya Fatimah.

Ketika usia remaja selepas ayahnya meninggal dunia, dia tinggal bersendirian di kampung Bukit Nibung kerana ditinggalkan oleh ibu, abang dan kakaknya. Jalil minat dalam seni lukis dan berjaya membuka Syarikat Alam Hijau.

Seorang yang rajin bekerja. Contoh: Jalil rajin bekerja di sawah bendang peninggalan arwah ayahnya/Pak The

Seorang yang bijak. Jalil lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan SPM. Seorang yang rajin belajar. Jalil digambarkan walau pun susah, miskin dan banyak cabaran, tetapi Jalil terus belajar sehingga lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan SPM dan berjaya memasuki Universiti Putera Malaysia.

Seorang yang bertanggungjawab. Misalnya, Jalil bertanggungjawab mencari wang untuk menunaikan wasiat ayahnya supaya menjaga tanah bendang yang ditinggalkannya. Jalil sentiasa menghantar wang kepada ibunya pada setiap bulan semasa berada di Kuala Lumpur.

Seorang yang penyayang. Contoh: Jalil sangat menyayangi arwah ayahnya/Pak Teh atau ibunya Mak Teh.

Seorang yang menghormati/patuh kepada orang tua. Jalil tidak pernah melawan cakap/berkasar dengan ibunya walau pun banyak perkara yang dia tidak bersetuju dengan ibunya.

Seorang yang bercita-cita tinggi. Jalil bercita-cita besar untuk membangun dan memajukan kampung halamannya yang tertinggal di arus pemodenan.

Seorang yang tabah/gigih menghadapi cabaran/liku-liku/dugaan hidup. Contoh: Jalil tabah menghadapi sikap orang kampung yang memulaunya gara-gara perbuatan abangnya Muhsin yang melarikan Sabariah/Biah ke Kuala Lumpur.

Seorang yang penyabar dan pemaaf. Contoh: Jalil sabar dengan tindakan Kudin yang menganiayainya dengan menaburkan serpihan kaca di tapak semaiannya sehingga kakinya luka parah tetapi akhirnya memaafkan Kudin yang menyatakan bersalah kepadanya dan meminta maaf

Seorang yang kuat semangat dalam hidup. Latifah mengatakan Jalil seorang anak muda yang kuat semangat.

Seorang yang berpendirian tegas. Jalil bertegas akan tinggal bersendirian di kampung Bukit Nibung dan tidak akan ikut ibunya yang berpindah membuat rumah baru di kampung Banggol Lalang berhampiran dengan rumah Pak Long Ayob.

Seorang yang berani mempertahankan maruah atau nyawa Jalil berani dan sanggup berkorban nyawa ketika mempertahankan diri semasa dihalang dan diserang oleh Rosman ( sepupu Kudin ) dan rakan-rakan dalam perjalanan pulang dari kedai Ah Bee untuk membeli minyak tanah.

Seorang yang mendengar nasihat. Contoh: Jalil mendengar nasihat Abang Joe yang menyuruhnya pulang ke kampung berjumpa ibunya untuk memohon restu bagi memulakan projek pembinaan Taman Tema Bukit Nibung.

Seorang yang beriman. Contoh: Jalil menziarahi kubur arwah ayahnya, kemudian berdoa dan membaca al-fatihah kepada arwah ayahnya.

Seorang yang berhemah dan bersopan santun. Jalil bercakap secara berhemah dan bersopan santun dengan orang-orang kampung Bukit Nibung dan Bukit Jenun semasa perjumpaan dan memberi penerangan untuk membina projek Taman Tema Bukit Nibung.



Konflik Watak

Soalan : Dalam novel ini Jalil digambarkan terlibat dalam konflik. Bagaimana konflik tersebut berlaku ?

Jawapan : Konflik merupakan pertentangan dalam watak atau dalam diri watak. Pertentangan antara watak lebih dikenali sebagai konflik luaran manakala pertentangan dalam diri watak merupakan konflik dalaman.

Dalam novel ini konflik luaran dapat dilihat menerusi konflik di antara Jalil dengan ibunya, Mak Teh. Jalil merasa kesal kerana ibunya, Mak Teh telah menjual tanah pusaka arwah ayahnya kepada Pak Amat yang tinggal di Gurun tanpa pengetahuannya.

Konflik di antara Jalil dengan abangnya Muhsin. Jalil kecewa dengan sikap abangnya Muhsin yang tinggal di Kuala Lumpur yang menunjukkan sikap tidak bertanggungjawab terhadap ibunya di kampung. Muhsin jarang pulang ke kampung dan tidak pernah menghantar wang kepada ibunya di kampung.

Konflik di antara Jalil dengan Pak Lang Ali. Jalil kesal dengan sikap Pak Lang Ali yang tidak mahu ikut sama pergi ke rumah Pak Amat di Gurun untuk membayar balik harga tanah arwah ayahnya sebanyak RM10 ribu.

Konflik di antara Jalil dengan Pak Ngah Kadir. Jalil tidak senang hati terhadap Pak Ngah Kadir yang memandang serong terhadap diri dan keluarganya di kampung Bukit Nibung.

Konflik di antara Jalil dengan penduduk kampung Bukit Nibung. Jalil sedih dengan keputusan mesyuarat penduduk kampung Bukit Nibung yang mahu menghalaunya keluar dari kampung tersebut selepas dia selesai menduduki peperiksaan SPM.

Konflik Kudin dengan Jalil. Kudin marah dan berdendam kepada Jalil sehingga sanggup menabur serpihan kaca di tapak semaian Jalil sehingga kakinya luka berdarah kerana terpijak serpihan kaca tersebut.

Konflik Rosman dan rakan-rakannya dengan Jalil, contoh Rosman iaitu sepupu Kudin marah dan berdendam kepada Jalil sehingga berlaku pergaduhan di tengah Jalan sewaktu Jalil balik dari kedai Ah Bee membeli minyak tanah.

Konflik Latifah dengan Jalil. Latifah sedih dan menangis apabila Jalil membakar dangaunya dan membuat keputusan meninggalkan kampung Bukit Nibung untuk pergi ke Kuala Lumpur mencari kerja.

Konflik di antara Jalil dengan Pak Amat. Jalil kecewa dan kesal dengan sikap Pak Amat yang mungkir janji tidak mahu memulangkan semula tanah arwah ayahnya.

Manalaka dalam aspek konflik dalaman Jalil memperlihatkan beberapa konflik dalaman seperti Jalil memendam rasa kesal dalam dirinya. Jalil memendam rasa kesal terhadap sikap ibunya, Mak Teh yang pernah mendesak arwah ayahnya supaya menjual tanah kampung tanpa geran kepada Pak Jid semata-mata untuk memenuhi permintaan Muhsin yang ingin membeli motorsikal.

Bingung. Jalil bingung apabila terdengar berita angin daripada penduduk kampung Bukit Nibung yang Biah telah lari ke Kuala Lumpur untuk bertemu dengan Muhsin, abangnya.

Tidak tenteram. Jalil menjadi tidak tenteram jiwanya apabila terdengar berita orang-orang kampung Bukit Nibung yang menuduh Biah lari bersama Muhsin ke Kuala Lumpur.

Malu, Jalil merasa malu kepada rakan-rakan di kelasnya kerana dimarahi oleh Miss Ong, guru mata pelajaran Biologi kerana sering tidak hadir ke sekolah. Miss Ong risau prestasi mata pelajaran Biologi Jalil akan jatuh jika sering tidak hadir ke sekolah.

Bimbang. Jalil bimbang dengan tindakan ibunya yang hendak pergi ke rumah Pak Ngah Kadir untuk mengajaknya berbincang mengenai hubungan Biah dengan Muhsin. Jalil bimbang Pak Ngah Kadir tidak akan bersetuju kerana dia telah menanggung malu.

Sedih. Jalil sedih kerana rumah yang didiaminya semenjak lapan belas tahun yang lalu sudah tidak wujud lagi kerana dirobohkan oleh ibunya sendiri.

Sebak. Jalil sebak mengenangkan segala peristiwa yang berlaku. Dia telah menjadi mangsa daripada kesilapan orang lain.

Serba salah. Jalil menjadi serba salah sama ada untuk menjawab atau tidak panggilan Latifah yang datang ke dangaunya untuk menghantar nasi kenduri kahwin yang disuruh oleh Biah.

Soalan : Terima kasih tuan. Bertemu lagi di waktu lain

Jawapan : Terima kasih.

Comments