15 Mar 2013

Bila Detik Itu Tiba

STPM 2012 18 Mac 2013
 Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2012 akan dikeluarkan pada 18 Mac 2013.

Calon sekolah boleh mendapatkan keputusan peperiksaan mereka di sekolah masing-masing pada tarikh tersebut mulai jam 12:00 tengah hari, manakala calon persendirian individu akan memperolehnya melalui pos. Di samping itu, calon juga boleh menyemak keputusan mereka melalui Sistem Mesej Singkat (SMS) dengan menaip STPM RESULT dan menghantarkannya ke 15888 serta secara dalam talian dengan melayari portal Majlis Peperiksaan Malaysia http://www.mpm.edu.my mulai jam 12:00 tengah hari pada tarikh berkenaan.
Persidangan Akhbar bagi mengumumkan analisis keputusan peperiksaan STPM 2012 akan diadakan pada 18 Mac 2013, jam 12:00 tengah hari, di Dewan Besar, Majlis Peperiksaan Malaysia, Bandar Baru Selayang, Batu Caves, Selangor.
 

Keputusan Penggal 1 STPM 2013  21 Mac 2013

Sementara keputusan peperiksaan Penggal 1 STPM 2013 akan dikeluarkan pada 21 Mac 2013. Calon boleh menyemak keputusan mereka secara dalam talian di portal MPM dan melalui Sistem Mesej Singkat (SMS). 



Detik yang dinantikan semakin tiba. 
Bersabarlah menanti keputusan
Didoakan semoga semuanya sukses dan mencipta kejayaan cemerlang

 
 

2 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

© 2011 mimbar kata, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena