9 Jan 2013

Nasi Ayam Laut Sepinggan


NASI AYAM LAUT SEPINGGAN
 KARYA : J.M AZIZ

MAKSUD
Rangkap 1
Pada waktu pagi, ketika hari mulai siang, gelombang semakin tenang dan air laut mulai pasang, golongan nelayan mulai turun ke laut mencari rezeki. Mereka biasanya mencari rezeki di kawasan yang banyak ikan.

Ikan yang Berjaya ditangkap akan dibawa pulang ke darat. Mereka akan melabuhkan perahu serta tangkapan mereka di pengkalan Kerteh. Manakala para isteri pula menyiapkan masakan hasil daripada ikan yang dibawa pulang.

Rangkap 2
Di atas tikar mengkuang yang bercorak alamanda, sepasang suami isteri duduk sambil menjamu selera. Sepinggan nasi dikongsi berdua melambangkan kebahagiaan dan nikmat hidup berumahtangga.

MAKSUD KESELURUHAN
Sajak ini mengisahkan kehidupan golongan nelayan. Setiap hari mereka akan turun ke laut untuk menangkap ikan, terutamanya ketika cuaca yang baik. Selalunya, mereka akan mencari rezeki di tempat yang dikenal pasti mempunyai banyak ikan. Tangkapan akan dibawa pulang dan mendarat di labuhan Kertih. Sebahagian tangkapan dibawa pulang ke rumah untuk dimasak oleh para isteri.

Suami isteri akan duduk makan bersama-sama dengan penuh kasih sayang. Walaupun dalam kemiskinan, namun kebahagiaan dan nikmat hidup berumahtangga tetap terjalin antara mereka.

TEMA
Kasih sayang dalam kehidupan berumah tangga.
Huraian : kebahagian berumah tangga dan nikmat berkasih sayang hidup dan berumahtangga terjalin dalam sebuah keluarga nelayan walaupun mereka miskin.
Contoh baris:
Nasi ayam lauk sepinggan makan berdua
Alahai lazatnya cinta rasa

PERSOALAN

Persoalan kegigihan mencari rezeki untuk keluarga.
Para nelayan gigih mencari rezeki untuk menyara keluarga.
Contoh :
Fajar menyingsing mengarak siang
langit terang laut teduh
riak pasang pagi menyimbah
puteri duyung lubuk khazanah

Persoalan kasih sayang antara suami isteri walaupun hidup dalam kemiskinan.
Meskipun hidup dalam kemiskinan namun kasih sayang antara suami dan isteri tidak pernah luntur.
Contoh :
Di tikar mengkuang berbunga alamanda
Adam Hawa bersimpuh bersila
nasi ayam laut sepinggan makan berdua

Persoalan kebahagiaan hidup berumahtangga.
Rasa cinta dan kasih sayang menjadi penentu kebahagiaan rumah tangga
Contoh :
alahai lazatnya cinta rasa
nikmat hidup berumahtangga

Persoalan tanggungjawab suami dan isteri
Kehidupan berumah tangga yang saling memahami antara suami dan isteri
Contoh :
Adam bawa balik ayam laut
Siti Hawa menghidang di dapur.

Persoalan bersyukur dengan nikmat yang diperolehi
Contoh :   nasi ayam laut sepinggan makan berdua
                alahai lazatnya rasa cinta

BENTUK

Rangkap
Terdiri daripada 2 rangkap.

Jumlah Baris
Bilangan baris dalam satu rangkap tidak sama.
Terdapat antara 5 hingga 15 baris serangkap.
Contoh : R1 : 15 baris
R6 : 5 baris

Jumlah Perkataan
Bilangan perkataan dalam sebaris tidak sama.
Terdapat antara 4 hingga 6 patah perkataan serangkap.
Contoh :
Langit terang laut teduh (4 patah perkataan)
nasi ayam laut sepinggan makan berdua(6 patah perkataan)

Jumlah Sukukata
Jumlah sukukata dalam sebaris tidak sama iaitu antara 8-13 sukukata
Contoh : ‘langit terang laut teduh’ (8 sukukata)
‘di tikar mengkuang berbunga alamanda’ (13 sukukata)

Rima Akhir
Rima akhir setiap baris – tidak sama.
R1- abcdefghijklmno
R- abcde

Sajak ini merupakan sajak berbentuk bebas.


GAYA BAHASA

Personifikasi
Contoh : dibelai dipupuk bayu timur

Alusi
Contoh : Adam, Hawa (nama tokoh)
Kerteh (nama tempat)

Inversi
Contoh : di labuhan Kerteh menyusun syair
(menyusun syair di labuhan Kerteh)

Imejan
Contoh : ayam laut
– melambangkan ikan baru yang segar dan lazat dimakan

Pemilihan kata / diksi
Contoh : langit terang laut teduh (Penggunaan diksi yang memberi kesan makna yang mudah difahami)

Asonansi.
Contoh : membunga debunga minyak pengasih (pengulangan bunyi vokal ‘a’)

Aliterasi.
Contoh : Berpasir garam berpohon nyiur manis (pengulangan bunyi konsonan ‘r’)

NADA
Romantis
Gambaran kebahagiaan berumahtangga dan nikmat berkasih sayang antara suami dan isteri terjalin kukuh walaupun miskin
Contoh baris:
membawa debunga minyak pengasih
akan menghanyut rindu resah

PERASAAN DAN SIKAP
Penyajak kagum akan kegigihan golongan nelayan mencari rezeki bagi menampung kehidupan keluarga tercinta.

Penyajak berasa teruja akan kebahagiaan dan nikmat hidup berumahtangga yang dirasai oleh golongan nelayan walaupun hidup dalam kemiskinan.

Penyajak berasa teruja akan keikhlasan suami dan isteri melaksanakan tanggungjawab masing-masing dalam kehidupan berumahtangga.

Penyajak bersikap menghargai kegigihan golongan nelayan mencari rezeki bagi menampung kehidupan sekeluarga

NILAI
Kegigihan
Golongan nelayan gigih mencari rezeki bagi menampung kehidupan keluarga tercinta.
Contoh : ’lalu berenang meniti arus’
Hala tujunya ke tanah besar


Kasih Sayang
Kasih sayang yang kukuh terjalin antara suami isteri walaupun hidup dalam kemiskinan
Contoh : ‘nasi ayam laut sepinggan makan berdua’

Bertanggungjawab
Suami dan isteri melaksanakan tanggungjawab masing-masing dalam kehidupan berumahtangga.
Contoh : ‘Adam bawa balik ayam laut
Siti Hawa menghidang di dapur’

Keikhlasan
Suami dan isteri ikhlas melaksanakan tanggungjawab mereka demi keluarga yang dicintai.
Contoh : ‘Adam bawa balik ayam laut
Siti Hawa menghidang di dapur’


PENGAJARAN
Kita hendaklah gigih berusaha mencari nafkah untuk menyara keluarga.
Contoh : : ‘lalu berenang meniti arus
hala tujunya ke tanah besar’

Kita perlulah mempamerkan rasa kasih sayang antara suami dan isteri.
Contoh : ‘Di tikar mengkuang berbunga alamanda’
Adam Hawa bersimpuh bersila’

Kita perlulah bertanggungjawab terhadap diri sendiri dan keluarga.
Contoh : ‘nasi ayam lauk sepinggan makan berdua’

Seorang isteri perlulah mengurus rumahtangga dan keluarga dengan baik.
Contoh : ‘Adam bawa balik ayam laut
Siti Hawa menghidang di dapur’

Kita haruslah bersyukur dengan kebahagiaan yang dimiliki.
Contoh : ‘alahai lazatnya cinta rasa
nikmat hidup berumahtangga

Kita hendaklah saling bertolak ansur antara suami isteri
Contoh : ‘alahai lazatnya cinta rasa
nikmat hidup berumahtangga

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

© 2011 mimbar kata, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena