Sanusi dan Kecindannya

 SANUSI DAN KECINDANNYA

Sepanjang kempen PRN, ramai yang terpesona dengan telatah, stail naratif, gesture, tindakan, silogisme, parodi dan segala stail persembahan lisan yang memukau.
Beliau berjaya menembus segala rintangan, desakan, dan himpitan yang datang dari pelbagai arah. Semua yang tiba dijadikan senjata dan dikembalikan dalam naratif mudah iaitu kecindan. Kecindan bermaksud gurau senda, jenaka, kelakar. Disebut dalam peribahasa Melayu mulut manis kecindan murah bermsaksud pandai mengambil hati orang. Kecindanlah yang menjadi suara dan visual seorang narator bernama YB Muhammad Sanusi Md Nor
sepanjang kempen PRN menjadi kegilaan, kecintaan dan kemahuan khalayak untuk mendengar dan meneliti buah bicaranya.
Berakhir dengan sorak sorai tempik gembira dari jenaka dan gesture ditunjukkan oleh sang narator. Semua orang terpaku dan terpukau. Yang pernah mendengar jadi ingin mendengar. Yang baru mendengar tertanya-tanya, siapa dia? Yang tak kenal mula kenal.
YB Muhammad Sanusi menggunakan segala apa yang ada di sekitarnya. Dialeknya, lingkaran budayanya, manusianya, meliunya, kepercayaan sosialnya digunakan dalam naratif yang diungkap. Semua itu menjadi bunga bahasa yang meronta-ronta ke dalam kejiwaan pendengar. Mereka berteriak kerana bersetuju dan merasa diri mereka sama berada dalam naratif sang narator. Kata-kata mudah dan bermakna tempatan seperti pokka, kera dengan petir, kera atas pokok cermai, dan banyak lagi rapat dengan alam audiennya. Mereka menerima silogisme yang dipaparkan oleh narator dan mereka ketawa besar bersetuju.
Bukan YB Muhammad Sanusi seorang bermain kecindan bahasa ini. Tan Sri P Ramlee dengan ungkap kecik-kecik tak nak mampus, bodoh, bahlul, dan banyak lagi diterima audiens. Mereka tak merasa kasar dan tak pandai P Ramlee mengarah. Hingga le hari ini dialog diterima sebagai gambaran tempatan (local colour). Sama dengan YB Muhammad Sanusia beliau menggunakan local colour untuk menjelaskan makna setempat. Beliau diterima khalayak. Bagi yang tak biasa mereka merasa kepelikan. Itu tak menjadi masalah kerana khalayak setempat menerima. Jadilah kecindan bahasa dalam ceramah beliau menjadi.
Tak terkecuali beliau menggunakan segala pengalaman lalu audien sebagai rujukan. Beliau angkat tangan dengan motif dan makna baru. Ia diterima khalayak. Beliau panjat kepala lori untuk menunjukkan kebersamaan. Beliau ketawa dan dengan gerak badan yang menawan audiens. Terimalah segala itu sebagai seni berbicara. Silogisme yang disampaikan sesuai dengan rujuk dan makna bahasanya dan aras budayanya. (Silogisme bermaksud skema atau analisis logik yang dibuat berdasarkan premis umum dan khusus untuk mendapatkan sesuatu kesimpulan)
Jerit dan herdik tak menentu sudah mula dibenci audiens. Tapi carilah kebijakan dalam naratif mahu menyampaikan idea. Ada yang menganggap keterlaluan. Ramai gagal mengatasi kecindan YB Muhammad Sanusi. Beliau lebih mengerti makna kata dan rukun bahasa untuk menarik audiennya.
YB Muhammad Sanusi telah berjaya dalam kecindan beliau. Tahniah. Tak siapa sedar senjata besar yang ada pada YB adalah berbahasa - bijak kecindan bahasanya. hebat silogismenya.
Tahniah YB. Perlu ingat, naratifnya bukan sekadar membuat audiens ketawa tetapi ada ketika mendengar ungkap katanya audiens menjadi sebak dan mengalirkan airmata..

Tahniah YB



Comments