Srengenge Menang Anugerah


Supertelefilem Srengenge Menang Anugerah Telenovela 2018
Oleh NURUL HANANI HASMIN


PERSIDANGAN media telah diadakan di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) bersempena dengan kemenangan supertelefilem Srengenge dalam Anugerah Telenovela 2018. Supertelefilem ini diadaptasi daripada novel karya Sasterawan Negara Shahnon Ahmad yang diterbitkan oleh DBP pada tahun 1973.

Terkenal dengan tajuknya yang unik, supertelefilem hasil kerjasama DBP, Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan syarikat produksi Arca Creative House Sdn. Bhd. ini berjaya memenangi tiga anugerah, iaitu telefilem terbaik, pengarah telefilem terbaik dan penulis telefilem skrip terbaik. Kemenangan ini merupakan kejayaan yang bermakna bagi Arca Creative House Sdn. Bhd. kerana supertelefilem ini penerbitan pertama syarikat sejak penubuhannya pada tahun 2015.

Antara yang menghadiri persidangan media pada 2 Ogos 2018 ini ialah Datuk Haji Abang Sallehudin Abang Shokeran, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar), DBP, Encik Mahuddin Ibrahim, pengarah Srengenge, Puan Wan Mahani Wan Hassan, penulis skrip Srengenge dan Encik Khairul Rizam Datuk Abu Samah, Ketua Pegawai Eksekutif Arca Creative House Sdn. Bhd.

Encik Mahuddin menceritakan pengalaman semasa mengarah filem ini terutamanya cabaran supaya filem adaptasi ini tidak lari daripada jalan cerita novel Srengenge.

“Disebabkan filem ini banyak babak imbas kembali, kami cuba untuk membuat babak tersebut lebih menarik untuk tontonan orang ramai,” ujar Encik Mahuddin.

Srengenge ini memerlukan dialog yang berdialek Sik, Kedah. Menurutnya, disebabkan dialog tersebut agak panjang dan sukar untuk difahami, mereka memutuskan untuk menggunakan bahasa Melayu Kedah yang mudah difahami oleh penonton. Selain itu, tugas mencari lokasi untuk penggambaran filem ini juga merupakan satu cabaran baginya.



Puan Wan Mahani Wan Hassan, penulis skrip Srengenge.

Puan Wan Mahani yang pernah menulis skrip filem adaptasi novel cinta seperti Andainya Takdir berkata, “Sebaik-baik sahaja ditawarkan untuk menulis skrip Srengenge, saya menolak tugasan yang lain dan hanya menumpukan perhatian untuk menulis skrip filem ini.” Puan Wan Mahani menyatakan bahawa mengadaptasi novel serius berbeza daripada mengadaptasi novel popular. Menurutnya, dialog novel serius tidak boleh diubah sesuka hati kerana boleh mengubah kesahihan jalan ceritanya.


Datuk Haji Abang Sallehudin Abang Shokeran, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) DBP, menjawab soalan daripada wartawan.

Datuk Haji Abang Sallehuddin pula berkata bahawa DBP ada menerbitkan pelbagai novel yang sesuai untuk diadaptasi sebagai filem. Sejak tahun 2011, lima buah novel, termasuk Srengenge, diadaptasi sebagai filem dan drama. Oleh itu, DBP sangat mengalu-alukan penerbit filem dan drama untuk memanfaatkan karya terbitan DBP untuk diadaptasi sebagai filem.

Datuk Haji Abang Sallehuddin seterusnya menerangkan bahawa anak muda kini kelihatan sudah mula berminat untuk membaca karya yang berat dan klasik. Bagi memupuk minat seperti ini, DBP akan menerbitkan semula karya Sasterawan Negara dan “meringankan” karya yang berat supaya bersesuaian dengan minat pembaca.

Dibintangi oleh barisan pelakon terkenal seperti Eman Manan, Shahronizam, Datin Fadilah Mansor, Jasmin Hamid dan Fathil Dani, Srengenge menceritakan bukit yang wujud di sebuah kampung dan dikenali sebagai Bukit Srengenge. Yang ingin disampaikan oleh penulis ialah konflik antara manusia dengan unsur animisme. Isu tersebut merupakan tabu bagi masyarakat Melayu sejak dahulu dan diketengahkan dalam novel dan supertelefilem ini.

klikweb


‘MANDATORI’, ‘SRENGENGE’, ‘TOMBIRUO’ UNGGULI ANUGERAH TELENOVELA 2018
BY WEB ADMIN


Kuala Lumpur, 28 Julai – Majlis Anugerah Telenovela 2018 anjuran Yayasan Pembangunan Buku Negara (YPBN) bersama Global Content Exchange Capital (GCE Capital) telah disempurnakan dengan penyampaian 46 buah anugerah bagi pelbagai kategori merangkumi drama bersiri, telefilem, filem dan anugerah khas yang berlangsung di Plenary Hall, Kuala Lumpur Convention Centre pada malam tadi. Bagi kategori telenovela, mini siri ‘Mandatori’ arahan Razaisyam Rashid bergenre ’crime thriller’ yang diadaptasi daripada novel karangan penulis Ramlee Awang Murshid berjaya merangkul anugerah Telenovela Terbaik, Pengarah Terbaik, Pelakon Lelaki & Wanita Terbaik serta Skrip Terbaik. Karya Ramlee di dalam novel terlaris ‘Tombiruo’ juga membuahkan hasil apabila adaptasi ke layar perak menerusi filem box office, ‘Tombiruo: Penunggu Rimba’ telah diumumkan sebagai Filem Terbaik manakala telefilem ‘Srengenge’ yang diadaptasi daripada novel tulisan Sasterawan Negara, Allahyarham Profesor Emeritus Datuk Shahnon Ahmad pula dinobatkan sebagai Telefilem Terbaik.

Mengiktiraf usaha pembangunan kandungan menerusi industri buku dan sinergi industri kreatif melalui adaptasi dan terjemahan di medium filem, telefilem dan drama bersiri, Anugerah Telenovela 2018 ini turut mengiktiraf bintang seni lagenda seperti Datuk Rosnani Jamil (Tokoh Seniwati), Othman Hafsham (Tokoh Seniman), Datuk Hj Rahim Razali (Seniman Lagenda) dan Anugerah Primadona Telenovela kepada Fauziah Dato’ Ahmad Daud.

Disokong dengan kehadiran Dato’ Fauzi Ayob, Ketua Pengarah FINAS yang mewakili Dato’ Dr. Ali Mohamad Nor, Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) bersama-sama Prof. Dato’ Seri Dr. Mohamed Mustafa Ishak, Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM), Datuk Dr. Ir. Mohd Abdul Karim Abdullah, Pengarah Urusan Serba Dinamik Holdings Berhad, Prof. Dr. Asiah Sarji, Pengerusi Panel Anugerah Buku Negara, Tuan Haji Hasan Hamzah, Pengerusi Perbadanan Buku Negara, Encik Kamil Khan, Pengarah Anugerah Telenovela, presiden-presiden persatuan perfileman, tetamu kehormat industri, penggiat-penggiat seni, penerbit dan pengarah filem, penulis-penulis novel, para artis jemputan, rakan-rakan media dan jemputan yang lain, di antara senarai pemenang Anugerah Telenovela 2018 termasuklah;




A. Dalam Talian (Online)

1. Anugerah Novel Popular:
‘Wanita Terindah’
Penerbit: Idea Kreatif Publication

2. Anugerah Telenovela Popular:
‘Hero Seorang Cinderella’
Penerbit: Cube Film Sdn Bhd

3. Anugerah Telefilem/Filem Popular:
‘Wanita Terindah’
Penerbit: Astro & Red Films Sdn Bhd

4. Anugerah Pelakon Lelaki Telenovela Popular:
Fattah Amin,
Judul: ‘Hero Seorang Cinderella’

5. Anugerah Pelakon Wanita Telenovela Popular:
Nur Fazura
Judul: ‘Hero Seorang Cinderella’

6. Anugerah Pelakon Lelaki Telefilem/Filem Popular:
Fattah Amin
Judul: ‘Wanita Terindah’

7. Anugerah Pelakon Wanita Telefilem/Filem Popular:
Nur Fazura
Judul: ‘Wanita Terindah’

B. Novel

8. Anugerah Novel Terbaik:
‘Perempuan Paling Bahagia’
Penerbit: Penerbitan Karyaseni Sdn Bhd

9. Anugerah Novel Adaptasi Terbaik:
‘Dia’
Penerbit: Penerbitan Karyaseni Sdn Bhd

10. Anugerah Novelis Terbaik: Syamnuriezmil
Judul: ‘Perempuan Paling Bahagia’

11. Anugerah Penerbit Novel Terbaik:
Penerbitan Karyaseni Sdn Bhd

C. Telenovela

12. Anugerah Telenovela Terbaik:
’Mandatori’
Penerbit: Astro & Ideate Media

13. Anugerah Pelakon Telenovela Terbaik:
Ariel Zafrel
Telenovela: ‘Mandatori’

14. Anugerah Pelakon Wanita Terbaik:
Siti Saleha
Telenovela: ‘Mandatori’


15. Anugerah Pengarah Telenovela Terbaik:
Razaisyam Rashid
Telenovela: ‘Mandatori’

16. Anugerah Penulis Skrip Telenovela Terbaik:
Alfie Palermo, Yasmin Yaacob, Na’a Murad, Fairul Nizam Ablah, Ashraf Zain, Shamaine Othman, Adib Zaini & Aziz Salim
Telenovela: ‘Mandatori’

17. Anugerah Lagu Tema Telenovela Terbaik
Lagu: ‘Bahagia Kasihmu’
Komposer: Ippo Hafiz
Penyanyi: Ippo Hafiz
Telenovela: ‘Bahagia Kasihmu’

D. Filem




18. Anugerah Filem Terbaik
‘Tombiruo ‘Penunggu Rimba’
Penerbit: Astro Shaw & Ideate Media


19. Anugerah Pelakon Lelaki Filem Terbaik
Jalil Hamid
Filem: ‘Bisik Pada Langit’



20. Anugerah Pelakon Wanita Filem Terbaik
Izara Aisyah
Filem: ‘Kau Yang Satu’

21. Anugerah Pengarah Filem Terbaik
Seth Larney
Filem: Tombiruo ‘Penunggu Rimba’

22. Anugerah Penulis Skrip Filem Terbaik
Yasmin Yaacob & Choong Chi Ren
Filem: ‘Tombiruo: Penunggu Rimba’

23. Anugerah Lagu OST Filem Terbaik
Lagu: ‘Ribut Hati’
Komposer: Gabriel Lynch
Penyanyi: Aina Abdul
Filem: ‘Tombiruo: Penunggu Rimba’

E. Telefilem

24. Anugerah Telefilem Terbaik
‘Srengenge’
Penerbit: Arca Creative House Snd Bhd

25. Anugerah Pengarah Telefilem Terbaik
Mahuddin Ibrahim
Telefilem: ‘Srengenge’

26. Anugerah Penulis Skrip Telefilem Terbaik
Wan Mahani Wan Hassan
Telefilem: ‘Srengenge’

F. Anugerah Khas Juri.

27. Anugerah Pelakon Kanak-Kanak Telenovela Terbaik :
Nik Adam Mika
Telenovela : ‘Suamiku Paling Sweet’

28. Anugerah Pelakon Kanak-Kanak Filem Terbaik :
Mohd Ariff Abdullah
Filem : ‘Jibam’

29. Anugerah Pelakon Kanak-Kanak Telefilem Terbaik :
Zara Sophia
Telefilem : ‘Kalbu Pun Berzikir’

30. Anugerah Pelakon Veteran Filem Terbaik :
Bohari Ibrahim
Filem : ‘Jibam’

31. Anugerah Lakonan Sokongan Mantap :
Zarynn Min
Telenovela : ‘Gaduh-gaduh Sayang’

32. Pelakon Serba Dinamik dan Komited :
Emma Maembong

G. Anugerah Lain.

33. Anugerah Pembangunan Ilmu Kreatif :
Universiti Utara Malaysia (UUM)

34. Anugerah Pembangunan Ilmu Kreatif :
Universiti Teknologi Mara (UiTM)

35. Anugerah Stesen Penyiar Telenovela Prolifik :
Astro

36. Anugerah Penerbit Telenovela Prolifik :
Global Station Sdn. Bhd.

37. Anugerah Peneraju Penulisan Skrip Adaptasi Novel ke Telenovela :
Rozie Rashid



38. Anugerah Primadona Telenovela :
Fauziah Dato’ Ahmad Daud

39. Anugerah Seniman Lagenda :
Dato’ Abdul Rahim Mohd Razali

40. Tokoh Seniman :
Othman Hafsham

41. Tokoh Seniwati :
Datuk Rosnani Jamil



42. Tokoh Industri Kreatif :
Datuk Kamil Othman

43. Ratu Telenovela Serba Dinamik : Emma Maembong

44. Anugerah Telenovela Antarabangsa:
1. Indonesia:
Novel: Tukang Bubur Naik Haji
Penulis: Prof Dr. Syahriar Tato
Baharudin Tellong
Telenovela: ‘Tukang Bubur Naik Haji’
2. Iran: Mohd Ali Zul Fakhari
3. Turki: Begum Soysal

finas

Fattah Amin, Fazura menang besar di Anugerah Telenovela 2018
Diterbitkan: Ahad, 29 Julai 2018

Oleh: NUR ASYIKIN MAYUDIN

Nur Fazura dan Fattah Amin menang besar di Anugerah Telenovela 2018 yang berlangsung pada malam Sabtu.

KUALA LUMPUR: Pasangan pelakon Nur Fazura dan Fattah Amin membuat kejutan apabila membolot kesemua trofi menerusi kategori popular Anugerah Telenovela 2018 yang diadakan di Plenary Hall Convention Centre (KLCC) pada malam Sabtu.

Dua drama lakonan pasangan suami-isteri itu, Hero Seorang Cinderella dan Wanita Terindah masing-masing membawa pulang trofi menerusi kategori Novel Popular dan Telefilem Popular.

Mereka juga menyapu bersih anugerah Pelakon Lelaki Telenovela Popular, Pelakon Wanita Telenovela Popular, Pelakon Lelaki Telefilem Popular dan Pelakon Wanita Telefilem Popular.

Bagaimanapun kedua-dua mereka tidak hadir pada acara itu.

Sementara itu, aktres Emma Maembong dianugerahkan sebagai Ratu Telenovela Serba Dinamik 2018 untuk tahun kedua berturut-turut.


Emma Maembong menang dua trofi termasuk Ratu Telenovela Serba Dinamik 2018.

Emma atau Fatimah Rohani Ismail, 26, turut memenangi anugerah Pelakon Serba Dinamik dan Komited 2018 menerusi Awak Suka Saya Tak dan filem Kimchi Untuk Awak.

Pada malam kemuncak anugerah tersebut, sebanyak 43 kategori dipertandingkan melibatkan 32 drama atau telenovela, empat telefilem dan lima filem popular yang diangkat daripada novel atau karya yang dibukukan.

Manakala pelakon yang membintangi filem Kau Yang Satu, Izara Aishah menerima anugerah Pelakon Wanita Filem Terbaik dan manakala pelakon Jalil Hamid memenangi sebagai Pelakon Lelaki Filem Terbaik.

Pelakan Aeril Zafrel dan Siti Saleha memenangi anugerah Pelakon Lelaki dan Wanita Telenovela Terbaik menerusi drama bersiri Mandotori yang turut dinobatkan sebagai Telenovela Terbaik.

Anugerah Tokoh Lagenda yang terdiri daripada Primadona Telenovela diberikan pada pelakon Fauziah Datuk Ahmad Daud.

Datuk Abdul Rahim Mohd Razali pula diberikan trofi Seniman Lagenda selain produser, Othman Hafsham serta dan Datuk Rosnani Jamil menerima anugerah Tokoh Seniman dan Seniwati.

Anugerah Telenovela 2018 dihoskan oleh Cody Tan dan Natasha Charmaine.

Malam gilang-gemilang itu dihiburkan dengan persembahan daripada Asfan, Ippo Hafiz, Firman Hyper Act dan Neera Azizi.

Berikut adalah senarai penuh pemenang Anugerah Telenovela 2018;

Ratu Telenovela Serba Dinamik - Emma Maembong

1. Kategori Popular

Novel Popular - Wanita Terindah

Telenovela Popular - Hero Seorang Cinderella

Telefilem/Filem Popular - Wanita Terindah

Pelakon Lelaki Telenovela Popular - Fattah Amin

Pelakon Wanita Telenovela Popular - Nur Fazura

Pelakon Lelaki Telefilem/Filem Popular - Fattah Amin

Pelakon Wanita Telefilem/Filem Popular - Nur Fazura

2. Kategori Terbaik

Novel Adaptasi Terbaik - Dia (Terbitan Karyaseni Sdn Bhd)

Novelis Terbaik - Syamnuriezmil (Perempuan Paling Bahagia)

Novel Terbaik - Perempuan Paling Bahagia

Telenovela Terbaik - Mandatori

Pelakon Lelaki Telenovela Terbaik - Aeril Zafrel

Pelakon Wanita Telenovela Terbaik - Siti Saleha

Pengarah Telenovela Terbaik - Razaisyam Rashid

Penulis Skrip Telenovela Terbaik - Alfie Palermo, Yasmin Yaacob, Na’a Murad, Khairul Nizam Ablah, Ashraf Zain, Shamaine Othman, Adib Zaini dan Aziz Salim

Penerbit Novel Terbaik - Terbitan Karyaseni Sdn Bhd

Lagu Tema Telenovela Terbaik - Bahagia Kasihmu (Ippo Hafiz)

Filem Terbaik - Tombirou: Penunggu Rimba

Pelakon Lelaki Filem Terbaik - Jalil Hamid

Pelakon Wanita Filem Terbaik - Izara Aishah

Pengarah Filem Terbaik - Seth Larney

Penulis Skrip Filem Terbaik - Yasmin Yaakob & Choong Chi Ren

Lagu OST Filem Terbaik - Ribut Hati (Aina, Tombirou: Penunggu Rimba)

Telefilem Terbaik - Srengenge

Pengarah Telefilem Terbaik - Mahuddin Ibrahim

Penulis Skrip Telefilem Terbaik - Wan Mahani Wan Hassan

Pelakon Kanak-Kanak Telenovela Terbaik - Nik Adam Mika

Pelakon Kanak-Kanak Filem Terbaik - Mohd Arif Abdullah (Jibam)

Pelakon Kanak-Kanak Telefilem Terbaik - Zara Sophia

Pelakon Veteran Filem Terbaik - Bohari Ibrahim

Lakonan Sokongan Mantap - Zarynn Min

Pelakon Serba Dinamik dan Komited - Emma Maembong

Stesen Penyiar Telenovela Prolifik - Astro

Penerbit Telenovela Prolifik - Global Station

Peneraju Penulisan Skrip Adaptasi Novel ke Telenovela - Rozie Ashid

3. Anugerah Khas

Primadona Telenovela - Fauziah Datuk Ahmad Daud

Seniman Lagenda - Datuk Abdul Rahim Mohd Razali

Tokoh Seniman - Othman Hafsham

Tokoh Seniwati - Datuk Rosnani Jamil

Tokoh Industri Kreatif - Bekas Ketua Pengarah Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) Datuk Kamil Othman


mstar






Comments