amalan 10 akhir ramadan



CADANGAN AMALAN SEPANJANG 10 HARI AKHIR RAMADHAN
(العشر الأواخر من رمضان)


1) Tunaikan Solat Fardhu pada awal waktu dan secara berjemaah.

2) Laksanakan Solat Tarawih dan Qiyamullail pada setiap malam.

3) Bersedekah walaupun RM 1 pada setiap malam.

4) Membaca al-Quran walaupun satu muka surat setiap malam.

5) Berbuat baik dan banyakkan khidmat bakti kepada ibu bapa, isteri dan anak-anak.

6) Banyakkan berzikir, beristighfar dan berdoa.

7) Ulang sebanyak-banyaknya doa yang diajar oleh Rasulullah Sollallahu 'Alaihi Wa Sallam kepada isteri Baginda, A'isyah Radhiayallahu 'Anha :

اللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي

8) Banyakkan bertenang dan jauhkanlah diri daripada sebarang perbalahan.

9) Banyakkan berdoa semoga Allah menerima segala amal ibadah yang telah dilakukan.

10) Hindarkan diri daripada sifat riya', 'ujub, sum'ah dan takabbur dengan amalan yang telah dilakukan.

"Ya Allah, taufiqkanlah kami untuk melaksanakan ibadah sebaik mungkin untuk-Mu khususnya pada penghujung Ramadhan yang mulia dan terimalah segala amalan kami"

الفقير إلى عفو ربه،
أبو عمار مدني،
غفر الله له ولوالديه ولجميع المسلمين.

A'AmM,
Ahad, 21 Ramadhan 1437H - 26 Jun 2016.

fb abuanasmadani 


PERBANYAKKANLAH MEMBACA DOA YANG DIAJAR OLEH RASULULLAH ﷺ PADA SEPULUH HARI AKHIR RAMADHAN.

Daripada Ummul Mukminin Saidatina A'isyah Radhiayallahu 'Anha bahawa beliau pernah bertanya kepada Rasulullah ﷺ :

Wahai Rasulullah, apakah pandanganmu jika aku tahu bilakah Malam Al-Qadr, apakah doa yang boleh kubaca pada malam tersebut?

Lalu Rasulullah ﷺ menjawab :

Engkau bacalah :

اللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ، فَاعْفُ عَنِّي.

Hadith Sahih riwayat al-Imam at-Tirmizi dan al-Imam Ibnu Majah rahimahumallah.

"Ya Allah, kurniakanlah kepada kami rezeki untuk beribadah pada Malam al-Qadr dan taufiqkanlah kami untuk berdoa dengan doa yang diajar oleh Nabi-Mu ﷺ."

الفقير إلى عفو ربه،
أبو عمار مدني،
غفر الله له ولوالديه ولجميع المسلمين.

Kuala Lumpur,
Rabu, 21 Ramadhan 1439H - 6 Jun 2018.



fb salehuddin abu samah 








Comments