Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah 2017


Pelaporan  Pentaksiran Sekolah Rendah 2017



Keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) hanya satu daripada empat komponen dalam Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah (PPSR) 2017. Tiga lagi komponen ialah Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) serta Pentaksiran Psikometrik (PPsi).  Inilah sebenarnya transformasi yang mahu dibawakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia terutama dalam kalangan murid di peringkat sekolah rendah.


Penilaian murid mulai tahun ini tidak lagi memfokuskan kecemerlangan akademik sahaja, tetapi turut melihat pencapaian mereka secara holistik sebagai seorang insan. Setiap murid mempunyai keistimewaan dan kebolehan tersendiri yang perlu diberi fokus dan perhatian.

Sudah tiba masanya fokus kepada pencapaian A semata-mata sebagai ukuran kecemerlangan dan keberhasilan sudah berakhir. Murid-murid yang diperkenalkan dengn  Sistem Pentksiran Pendidikan Kebnagsaan yang berfokus kepada Pentaksiran Berasaskan Sekolah dan Pentaksiran Pusat. Amatlah tidak adil bagi seseorang murid hanya diberatkan kepada pencapaian UPSR iaitu pentaksiran pusat sedang tiga lagi komponen Pentaksiran Berasaskan Sekolah tidak diberi perhatian.



Sudah tidak masanya kita melihat kepada aspek kemenjadian murid dan pembinaan karektor murid secara holistik.  Hasrat untuk melihat secara holisitik inilah diterjemahkan ke dalam empat komponen  Laporan Pentaksiran Sekolah Rendah 2017 yang meliputi Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK), Pentaksiran Psikometrik (PPSi),  dan Pentaksiran Pusat (PP)


Di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 - 2025 keberhasilan yang diharapkan dapat diraih oleh murid ialah murid memperolehi pengetahuan, kemahuiran berfikir, kemahiran memimpin, kwemahiran dwibahasa, etika dan kerohanian, dan identiti nasional.



Selaras dengan itu  keberhasilan utama pendidikan di  Malaysia adalah berfokus kepada Kualiti Sekolah dan Kemenjadian Murid. Kemenjadian murid merupakan hasil proses pendidikan yang dialami oleh murid di sekolah, Pada tahap sekolah rendah adalah selama 6 tahun dari darjah 1 hingga darjah 6. Fokus bukanlah lagi semata-mata terhadap pencapaian UPSR sedangkan ia hanya diukur pada tahun 6 persekolahan. Elemen-elemen lain mestilah dominan dan diberi fokus utama dalam proses kemenjadian murid tadi iaitu bidang psikologi, kokurikulum, nilai dan akhlak serta kecerdasan kesihatan murid.



Jesteru itu  Pentaksiran Sekolah Rendah 2017 merupakan pelaporan menyeluruh bagi seseorang murid setelah enam tahun persekolahan mereka.  Ia melibatkan kecerdasan semula jadi dan aptitud, tahap penguasaan dalam mata pelajaran di sekolah,  kecergasan tahap kesihatan, dan penglibatan kegiatan luar bilik  darjah,  serta keputusan upsr.



Pentaksiran Bilik Darjah

Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) merupakan pentaksiran berterusan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran bagi mendapat maklumat kemajuan, perkemnbangan dan kebolehan murid.. Ia bersifat formatif bagi membolehkan guru-guru membuat doiagnostik terhadap kemajuan murid serta murid pula dapat diukur ansur maju kemajuan mereka. Pentaksiran berlaku bagi semua mata pelajaran, Tahap Penguasaan (TP) murid dilihat kepada Standard Prestasi yng ditetapkan.

Murid melalui proses aktiviti pembelajaran di bilik darjah. Proses yang berlangsung perlu menepati keperluan kurikulum serta  berfokuskan kepada Pembelajaran Abad Ke21 (PAK21).  Manakala guru akan mentaksir dengan kepelbagaian kaedah seperti kuiz, kerja projek, ujian bulanan dan sebagainy.






Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan, dan Kokurikulum (PAJSK)



PAJSK merupakan kaedah pentaksiran untuk mengukur aspek penglibatan, penyertaan dan prestasi murid dalam kegiatan kokurikulum, dan sukan. Komponen kokurikulum disertai murid meliputi Kelab dan Persdatuan, Pasukan badan beruniform dan sukan dan permainan.

Murid juga ditaksir dalam kokurikulum dan ekstra kokurikulum iaitu penyertaan dan pencapaian dalam persatuan, unit beruniform serta pembabitan secara sukarela pada semua peringkat.

Standard Kecergasan Kebangsaan Untuk Murid Sekolah (SEGAK)

Amalan aktiviti kecergasan murid diukur melalui SEGAK yang diadakan dua kali setahun iaitu pada  Mac dan Ogos. Ia melibatkan Ujian Indek Jisim Badan (BMI) dan Ujian Fizikal.

 Pentaksiran Psikometrik (PPsi)

 Pentaksiran Psikometrik bertujuan menggunakan kaedah yang sistematik bagi menggambarkan
ciri, atribut atau tret psikologi seseorang dalam domain kognitif dan afektif. Satu ujian aptitud khas diadakan bagi murid tahun 6  bagi tujuan mengukur potensi murid berkenaan. PPsi untuk melihat kecenderungan murid dalam bidang yang diminati seperti bidang muzikal, lingustik, logik matematik dan visual ruang.
 
 


 Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR)

UPSR merupakan ujian sumatif yang diduduki oleh semua murid tahun 6.
 








PPSR tunjuk pencapaian baik
Oleh Zanariah Abd Mutalib

PUTRAJAYA: Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah (PPSR) yang kali pertama dilaksanakan tahun ini menunjukkan pencapaian yang baik, dengan beberapa komponennya menunjukkan peningkatan.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr Amin Senin, berkata PPSR yang merangkumi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK), Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) dan Pentaksiran Psikometrik (PPsi) menunjukkan pencapaian terperinci murid Tahun Enam dalam keempat-empat komponen, sekali gus akan dinilai untuk langkah penambahbaikan.

Amin berkata, prestasi calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) secara keseluruhannya meningkat pada tahun ini, dengan 93,514 calon mencapai penguasaan tahap minimum, peningkatan 1.6 peratus berbanding tahun lalu.

"Peratusan calon yang belum mencapai tahap penguasaan minimum iaitu mendapat sekurang-kurangnya satu gred E turun sebanyak 0.9 peratus, iaitu 30.2 peratus pada tahun ini berbanding 31.1 peratus pada 2016.

"Calon yang belum mencapai tahap penguasaan minimum iaitu Gred E dalam semua mata pelajaran turun sebanyak 0.7 peratus iaitu 1.5 peratus pada tahun ini berbanding 2.2 peratus pada tahun lalu," katanya pada sidang media PPSR di sini, hari ini.

Selain itu katanya, seramai 8,958 calon mendapat semua A dalam semua mata pelajaran, peningkatan satu peratus berbanding tahun lalu.

Di bawah komponen PAJSK, seramai 24,612 calon (5.6 peratus) menunjukkan pembabitan sangat aktif dalam kokurikulum, 302,018 calon (68.9 peratus) aktif dan 100,331 calon (22.9 peratus) pada tahap memuaskan.

"Melalui ujian Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan Untuk Murid Sekolah Malaysia (SEGAK) di bawah komponen ini, seramai 398,987 murid Tahun Enam (92.2 peratus) melepasi tahap kecergasan fizikal yang memuaskan, 27,031 murid (6.2 peratus) pada tahap kurang cergas dan 3,644 peratus murid (0.8 peratus) tidak cergas," katanya.

Beliau berkata, berdasarkan pengambilan Indeks Jisim Badan (BMI) murid Tahun Enam, seramai 58,294 murid (13.8 peratus) didapati mempunyai berat badan berlebihan, 56,584 murid (13.4 peratus) berisiko berat badan berlebihan dan 40,347 murid (9.5 peratus) mempunyai kurang berat badan, manakala 268,314 murid (63.4 peratus) berada pada tahap normal.

Sementara itu, Amin berkata, melalui tujuh konstruk Inventori Kecerdasan Pelbagai (IKeP) yang dijalankan di bawah komponen PPsi bagi melihat kecenderungan murid, konstruk eksistensial mencatatkan kecenderungan murid tertinggi iaitu 77.7 peratus, diikuti intrapersonal (77.3 peratus), interpersonal (68.9 peratus) dan naturalistik (63.2 peratus).

Amin berkata, bagi PBD, ia dijalankan di sekolah dalam semua mata pelajaran berdasarkan tahap penguasaan murid dan bukan untuk perbandingan individu.




bharian


PPSR lahirkan pelajar taraf global
Oleh Mohd Azrone Sarabatin


KUALA LUMPUR: Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah (PPSR) yang mencakupi empat komponen, termasuk Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) mampu melahirkan murid mampu berfikir aras tinggi dan bersaing di peringkat global.

Dekan Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Dr Aida Suraya Md Yunus, berkata ini kerana murid bukan saja dinilai dari aspek akademik, malah mencakupi Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) serta Pentaksiran Psikometrik (PPsi).

Sebagai contoh, katanya, Ujian Psikometrik Inventori Kecerdasan Pelbagai (IkeP) mampu menilai tahap keupayaan dan kemenjadian murid dalam pelbagai aspek, termasuk logik Matematik.

Beliau berkata, dalam bidang Matematik misalnya, komponen Logik Matematik iaitu menilai keupayaan individu menggunakan nombor dalam kehidupan seharian untuk membuat penyelesaian secara logikal bertepatan dengan pembelajaran abad ke-21.

"Bagi saya ujian ini amat penting kerana berupaya melahirkan murid yang mampu berfikir secara logik berbanding sebelum ini, mereka mempelajari mata pelajaran itu hanya untuk kemahiran mengira dan menyelesaikan masalah bentuk rutin.

"Saya yakin ini juga akan dapat meningkatkan penarafan pelajar kita dalam Program Pentaksiran Pelajar Antarabangsa (PISA) dan Kajian Trend Pendidikan Matematik dan Sains Antarabangsa (TIMSS)," katanya kepada BH, hari ini.

Prof Aida Suraya mengetuai projek pembangunan kriteria dan standard bagi menentukan keberkesanan pengajaran dalam Pendidikan Tinggi bersama lnnovative Research Universities, Australia.

Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Pendidikan dan Pembangunan Modal Insan, Majlis Profesor Negara, terbabit dalam kajian menggantikan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dengan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3).

Dalam pada itu, Pengarah Pusat Kaunseling Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Dr Fauziah Mohd Sa'ad, berkata penerangan perlu diberi kepada ibu bapa kerana tahap pendidikan ibu bapa berbeza-beza.

Katanya, Kementerian Pendidikan perlu mendapatkan bantuan kaunselor sekolah untuk menyebar luas kepentingan ujian kecerdasan pelbagai itu untuk ibu bapa.

"Jika guru, mereka boleh faham, tetapi bagaimana yang di kampung atau bekerja kilang? Mereka tidak nampak kepentingan laporan itu," katanya.

Fauziah berkata, laporan kecerdasan pelbagai itu dapat memberi bimbingan kepada murid menentukan aliran pendidikan yang ingin mereka ambil selari dengan pencapaian akademik.

Beliau berkata, ujian itu juga dapat membantu pelajar mengenali diri mereka sendiri, minat, bakat, kebolehan berpidato atau lisan, sekali gus dapat memilih bidang pekerjaan yang sesuai dengan kebolehan dan kecerdasan masing-masing.

bharian

Comments