UPSI di hamparan warisan tiga generasi
WAN RAMLI WAN MOHAMAD
26 April 2016
BERADA di sini, lantas penulis teringat cerita silam. Di sini, 94 tahun lampau, wujudnya Sultan Idris Training College (SITC) yang menandakan titik bersejarah penting bagi orang Melayu kerana penubuhannya adalah titik tolak perkembangan pendidikan vernakular Melayu. SITC melakar tradisi kecemerlangan yang tiada tolak tandingnya, sekali gus dilihat sebagai ‘universiti’ terunggul Melayu yang amat berjasa.
Selepas menempuh jarak masa yang panjang, SITC memasuki era barunya bila mana pada 1 Mei 1997, tertubuhlah Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Menoleh sejarah awal UPSI bermula dengan penubuhan sebuah Maktab Latihan Guru apabila R.O. Winstedt mengilhamkan cadangan penubuhan itu ke Persidangan Residen-residen pada 10 Mei 1917 agar ditubuhkan sebuah maktab pusat bagi melatih guru dan bagi meluaskan skop pendidikan pada ketika itu.
Pada 26 Mei 1917, Tanjung Malim secara rasmi dipilih sebagai tempat untuk pembinaan kolej berkenaan. Sementara itu, cadangan nama Sultan Idris Training College (SITC) telah dipersembahkan kepada Almarhum Sultan Abdul Jalil Shah, sultan yang memerintah Perak pada 1916 hingga 1918.
Reka bentuk bangunan mempunyai ciri-ciri zaman pertengahan Gothic. Kerja-kerja pembinaan kolej itu siap pada 1922 di atas tanah seluas 64 hektar untuk dijadikan kampus dan kerja-kerja pembinaan bermula pada Ogos 1919. Reka bentuk bangunannya berunsur seni bina ala Gothic zaman pertengahan manakala pada 1922, pembinaan maktab siap sepenuhnya.
Pada 29 November 1922, SITC dirasmikan oleh Ketua Setiausaha Kerajaan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, Sir W. George Maxwell. Almarhum Sultan Idris Murshidul Aadzam Shah yang diabadikan pada nama maktab ini ialah Sultan Perak yang ke-28. Penubuhan SITC dianggap sebagai satu era baharu yang menyemarakkan alam pemikiran dan pendidikan bangsa Melayu.
Pengarah Pelajaran Negeri-Negeri Selat, Wolffe dalam ucapannya sewaktu perasmian SITC menyatakan bahawa hari tersebut menandakan titik bersejarah bagi orang Melayu kerana ia (penubuhan SITC) adalah titik tolak dalam perkembangan pendidikan vernakular Melayu. Pengambilan pertama pelajar 19 November 1922 manakala pada Mac 1924, SITC mengeluarkan guru terlatihnya yang pertama seramai 58 orang. Dalam era ini jugalah bermulanya usaha membina peradaban bangsa menerusi bahasa Melayu manakala Pejabat Karang-Mengarang menjadi lidah rasmi yang memartabatkan dan meninggikan bahasa ibunda.
Antara mereka yang pernah menjadi tenaga pengajarnya ialah O.T. Dussek (Pengetua), M.R. Holgate, W.B.O. Sir Williams, D.H. Ghrist, Mohammad Hashim Taib, Noordin Harun, Ibrahim Dato’ Muda Linggi, Abdul Rahman Muhyiddin, Hanafiah Md. Saman, Mohamad Said Hussin, Abdul Hadi, W. Olaguera (Manila) dan Lebai Jaafar Abdul Rashid (guru al-Quran). O.T. Dussek dilantik sebagai Pengetua SITC yang pertama.
SITC berjaya mengharum bangsa Melayu dan Tanah Melayu dengan kelahiran ramai tokoh besar yang tinggi jasanya terhadap kemajuan bangsa Melayu khasnya dan tanah air amnya. Nama-nama seperti Mohd. Hashim Talib, (Guru Besar pertama SITC 1922-1942), Tan Sri Dr. Zainal Abidin Ahmad (Pendeta Za’aba) dan Mohd. Yusof Adil (Buyung Adil). Diikuti pejuang kemerdekaan Harun Mohd. Aminurashid dan Ibrahim Yaacob, pendidik dan penulis, Abdullah Sidek dan bekas Menteri Besar Brunei, Datuk Awang Marsal Maun.
Nama-nama besar lain ialah Datuk Abdul Rahman Talib, (bekas Menteri Pelajaran), Tan Sri Senu Abdul Rahman, (bekas Menteri Penerangan dan Penyiaran), Shahrom Husain (sejarahwan) dan Aminuddin Baki (Bapa Pendidikan Malaysia).
Juga Sasterawan Negara ke-7, Datuk Dr. Noordin Hassan, Profesor Emeritus Tan Sri Dr. Awang Had Salleh, Naib Canselor UKM, UUM dan Pro Canselor UPSI, Tun Abdul Rahman Abbas dan Sasterawan Negara ke-11, Datuk Dr. Ahmad Kamal Abdullah (Kemala).
Bekas Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, Tan Sri Syed Nasir Ismail, bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Ghafar Baba dan Profesor Datuk Sidek Baba adalah guru atau anak kandung SITC yang mengukir nama di persada negara.
Kemudian bagi memenuhi keperluan Laporan Razak, pada 1957 nama SITC ditukar kepada Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI). Walaupun bertukar nama, MPSI tetap mengekalkan legasi SITC sebagai institusi pendidikan ternama Melayu. Muncul pada ketika itu beberapa orang tokoh besar penyair ternama, cerpenis dan novelis Melayu, antaranya A. Wahab Ali, Ali Majod, Hasan Ali, Othman Putih, Kemala, Suhaimi Muhamad, Shahnon Ahmad, Suratman Markasan dan lain-lain.
MPSI terus diiktiraf apabila pada 21 Februari 1987 tarafnya sebagai sebuah maktab ditingkatkan menjadi sebuah institut dengan nama Institut Perguruan Sultan Idris (IPSI). IPSI memasuki era baharu pada 1997 apabila secara rasmi dinaik taraf menjadi universiti dengan nama Universiti Pendidikan Sultan Idris yang mula beroperasi 2 Mei 1978 dengan kemasukan pertama kumpulan pelajar sebanyak 350 orang.
UPSI adalah sebuah institusi pengajian tinggi awam yang penting dalam lipatan sejarah pendidikan negara. Institusi ini berkembang secara berperingkat-peringkat dari sebuah kolej ke sebuah universiti. Datuk Dr. Ashari Che Mat dilantik sebagai Naib Canselor pertama manakala Profesor Dr. Abu Bakar Nordin sebagai Timbalan Naib Canselor Akademik.
Nama UPSI terpancar sebagai simbol keunggulan institusi ini sebagai sebuah universiti yang sepenuhnya menawarkan program pengajian pendidikan baik di peringkat ijazah sarjana muda mahupun lanjutan. Majlis Pecah Tanah Kampus Sultan Azlan Shah disempurnakan oleh Sultan Perak, Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah pada 22 April 2002.
Kini kampus utama UPSI dikenali Kampus Sultan Abdul Jalil Shah yang lokasinya di Tanjung Malim manakala untuk kampus baharu di Proton City diberi nama Kampus Sultan Azlan Shah. Tapak yang bertempat di Bandar Baru Proton City ini akan memberikan satu impak pembangunan kepada kawasan sekitar terutamanya kepada bandar Proton City.
Kampus yang berdekatan dengan Pusat Komersial Bandar Proton dan Kilang Proton ini juga lengkap dengan kawasan berlatar belakangkan kehijauan Banjaran Titiwangsa. Keindahan sumber alam semula jadi ini akan memberikan satu persekitaran yang sempurna untuk menambah nilai dalam proses pembelajaran pelajar. Kampus baharu ini juga dirasmikan oleh Almarhum Sultan Azlan Shah pada 16 Jun 2012.
PENULIS ialah Karyawan Tamu dan Pegawai Penerbitan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Tanjung Malim.
utusanonline
WAN RAMLI WAN MOHAMAD
26 April 2016
BANGUNAN Sultan Idris Training College (SITC) pada tahun 1963.

Comments
Post a Comment