jadilah dirimu



Seorang wanita muda ke rumah ibunya. Inilah tempat terbaik baginya untuk mengadu. Diamemberitahu ibunya hidupnya begini terlalu banyak menempuh kesukaran. Baginya kini, jalan kejayaan telah tertutup dan dia sudah mahu menyerah. Dia sudah bosan untuk berjuang. Sehabis satu perkara, perkara lain yang akan timbul. Ia begitu lemas dalam menunggang permasalahan yang sarat datang.

Ibunya diam lalu membawanya ke dapur. Si ibu memenuhi tiga biji periuk dengan air dan menjerangnya di atas api. Beberapa minit kemudian periuk itu mulai mendidih. Si ibu memasukkan lobak merah dalam periuk pertama. Periuk kedua diisi dengan sebiji telur dan periuk ketiga diisikan dengan biji kopi. Wanita itu hanya memandang tanpa berkata apa-apa melihat gelagat ibunya. Wajahnya masih sugul dan penuh kekecewaan. Si ibu membisu memandang ke arah anaknya.

Dua puluh minit kemudian si ibu mematikan api dapur. Si ibu mengeluarkan lobak merah dari periuk pertama lalu dituangkan ke dalam mangkuk kecil.  Telur rebus pula dikeluarkan dan dimasukkan ke dalam mangkuk kedua. Biji kopi dikeluarkan lalu dimasukkan ke dalam mangkuk. Aroma segar kopi memenuhi persekitaran.

"Beritahu ibu apa yang kaulihat?" si ibu bersuara ke arah anaknya

Si anak yang tenggelam dalam kesugulan tersentak lalu menjawabnya, "Lobak merah, telur dan kopi"

Si ibu menarik tangan anaknya mendekati mangkuk di atas meja itu. Si ibu meminta anaknya  menyentuh lobak merah.

"Apa yang kaurasakan?"

"Terasa lembut"


Ibunya meminta anaknya mengambil telur dari dalam mangkuk dan mengupas telur itu. Si anak berbuat apa yang disuruh oleh ibunya. Ibunya hanya diam.

Selepas itu si ibu meminta anaknya menghirup air kopi yang dibawanya. Anaknya hanya senyum dan sangat tertarik dengan aroma kopi itu.

"Apa semua ini bu?, anaknya bertanya musykil.

"Kau harus faham anakku. Setiap benda di dalam mangkuk ini telah menghadapi kesukaran masing-masing iaitu direbus dalam air mendidih. Setiap benda bertindak balas berbeza dengan kepanasan air tadi."

Anaknya diam memandang ibunya. Ia kembali merenung lobak merah, telur dan biji kopi di dalam mangkuk.

"Lobak merah ini pada mulanya begitu kuat, pejal dan keras. Tetapi setelah direndam dalam air mendidih, dirinya berubah bentuk menjadi  lembut. Tak ada lagi watak lama malah begitu lemah dan mudah hancur" ibunya memberitahu sambil memandang ke muka anaknya.

"Telur itu dapat kau kupas kulitnya. Kulitnya menjadi rapuh kerana direndam air mendidih. Telurnya menjadi keras. Ia berubah dari asalnya yang berkulit keras dan cair isinya."


Sambil menghirup kopi di dalam cawan si ibu menyuruh anaknya menyentuh sekali lagi biji kopi di dalam mangkuk.

"Apa yang kau rasa?"

"Bijinya masih keras"

" Berbeza dengan sifatnya dulu... sebelum direbus"
"Tak"
"Ia tetap dalam bentuk asalnya pejal dan keras. Tapi kaulihat air dalam cawan ini. Hitam pekat. Biji kopi tadi telah melawan cabarannya dijeram dalam air mendidih. Ia tidak berubah sebaliknya menukarkan warna air itu" jelas ibunya lagi.

Si anak masih diam memikirkan sesuatu.

"Yang mana satu dirimu sekarang? Apakah kamu lobak merah. Biji kopi atau hanya telur rebus?" soal ibunya kembali.

Si anak diam merenung dirinya dalam-dalam.

Apakah aku lobak merah? Kelihatan kuat dari luar tetapi dengan pergolakan dan masalah aku menjadi lemah. Aku gagal menghadapi cabaran dan hilang kekuatan kerana kesusahan. Aku lebur kerana tidak tahan menanggung penderitaan?

Adaklah aku telur yang bermula dari cecair. Aku memiliki kulit yang tahan uji dan berdaya tahan. Tapi setelah diuji menghadapi segala cabaran hidup : kenaikan harga barang, kewangan yang tidak mencukupi, cabaran demi cabaran aku menjadi kaku dan lemah. Dari luar kelihatan aku tak berubah tatapi apabila disentuh, kulitku boleh dikoyak dirobek oleh pergolakan dan cabaran. Semangat aku hilang menjadi kaku dan bisu hanya kerana cabaran. Aku mudah merasa tewas dan menyerah...."

Adakah aku biji kopi yang hitam dan gelap. Direbus dengan air mendidih aku tak pernah merasa gentar dan takut tetapi berani menghadapi perubahan. Diriku tetap sama kental dan keras tetapi aku sudah berjaya menukarkan segala-galanya. Masalah memberiku kekuatan dan aku mampu melawan dan menjadikan air kopi yang penuh aroma dan sedap diminum..

Aku merubah sekelilingku bukannya diubah oleh persekitaran dan permasalahan. Aku menjadi lebih berani kerana mempunyai peluang untuk merubah segala yang kuhadapi.

Tidak semua manusia mempunyai yang terbaik segala-galanya. Masa depan datang dari masa lalu yang hinggap ke atas diri kita. Bagaimana untuk melepaskan ikatan sekiranya masa lalu terlalu menahan kita bergerak jauh.  Masa lalu biar ia pergi dan menjadi pedoman. Lupakan kesakitan dan kepayahan kerana masa depan adalah harapan yang menunggu.

Ingat sewaktu dilahirkan dirimu seorang yang menangis dan dikelilingmu hanya senyum. Jadi apakah perlu aku menangis bersama orang disekelilingku...

"Terima kasih bu, aku ingin menjadi kopi......"
Si anak memeluk ibunya erat-erat.
Jauh disudut mata ibunya, ada air yang bertakung mahu menitis jatuh.


Comments