Anugerah Sasterawan Kelantan : Fatimah Busu

Fatimah Busu dinobat Sasterawan Kelantan 2015
25 November 2015

Penganugerahan itu turut melayakkan Dr Fatimah Busu membawa pulang wang tunai RM7,000, watikah penghormatan dan hadiah iringan. — Foto ehsan blog Umar Uzair

KOTA BARU, 25 Nov — Pengkarya seni Dr Fatimah Busu hari ini merangkul Anugerah Sastera Negeri Kelantan yang membawa gelaran Sasterawan Negeri Kelantan 2015.

Anggota Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad berkata tokoh kelahiran Pasir Pekan, Tumpat itu dipilih berdasarkan beberapa kriteria, antaranya sumbangan terhadap pengembangan sastera dan impak dalam penyebaran ilmu di peringkat kebangsaan.

Anugerah berkenaan disampaikan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob pada Majlis Penyampaian Anugerah Sastera Negeri Kelantan di sini, hari ini.

Hadir sama pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Pelancongan dan Warisan Kelantan Mej (B) Datuk Md Anizam Abd Rahman dan Pengarah DBP Wilayah Timur Che Zainab Omar.

Penganugerahan itu turut melayakkan Dr Fatimah Busu membawa pulang wang tunai RM7,000, watikah penghormatan dan hadiah iringan. watikah penghormatan dan hadiah iringan.

Mula dikenali dengan cerpen Mawar Yang Belum Gugur, Fatimah, 72, merangkul Hadiah Karya Sastera dan Hadiah Sastera Malaysia 1971 menerusi karyanya itu dan mula mengembangkan bakatnya dengan menulis cerpen sehingga terhasilnya kumpulan cerpen “Lambaian Tanah Hijau” yang diterbitkan DBP pada 1980.

Pada 2011, beliau juga membentangkan kertas kerja bagi mempertahankan kewajaran novel “Interlok” karya Sasterawan Negara Abdullah Hussein dan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Pena) menggunakan kertas kerja itu untuk mempertahankan “Interlok” sebagai teks komponen sastera (Komsas) Tingkatan 5.

Sementara itu, Hadiah Cekal Sastera Negeri Kelantan dimenangi Wadi Leta SA atau nama sebenar beliau Wan Ahmad @ Wan Adnan Wan Daud. Beliau membawa pulang wang tunai RM2,500, watikah penghormatan dan hadiah iringan.

Abham TR, atau nama sebenarnya Abdul Aziz Mahmood, dipilih sebagai penerima Hadiah Penghargaan Penggerak Sastera dan membawa pulang wang tunai RM1,500, sijil penghargaan dan hadiah iringan.

Sementara Rohani Deraman pula merangkul Hadiah Sastera Penulis Harapan Negeri Kelantan dan membawa pulang wang tunai RM1,000, sijil penghargaan dan hadiah iringan. — Bernama

themalaymail



Biografi Fatimah Busu

Fatimah Busu dilahirkan pada bulan Januari 1943 di Kampung Pasir Pekan, Kota Bharu, Kelantan. Setelah tamat pendidikan formalnya di sekolah rendah dan menengah, beliau menyambung pengajian dengan mengikuti kursus perguruan di Maktab Perempuan Melayu, Durian Daun, Melaka. Kemudian, beliau berkhidmat sebagai guru untuk beberapa tahun. Pada awal dekan 1970-an, Fatimah Busu menyambung pengajian tingginya di Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang. Berkat kesungguhannya dalam bidang akademik, Fatimah Busu memperoleh Ijazah Sarjana Sastera (1978) dan Doktor Falsafah (1994) di universiti yang sama. Kemudian beliau bertugas sebagai pensyarah sehingga bersara pada tahun 1998. Kini beliau berkhidmat secara kontrak sebagai penyarah di USM.

Pada 2011, beliau juga membentangkan kertas kerja bagi mempertahankan kewajaran novel Interlok karya SN Abdullah Hussein. Pena menggunakan kertas kerja itu untuk mempertahankan Interlok sebagai teks Komsas Tingkatan 5.

Penulisan

Kumpulan cerpen Lambaian Tanah Hijau (DBP, 1980)
Kumpulan cerpen Yang Abadi (Teks Publishing, 1980)
Kumpulan cerpen Al-Isya' (Teks Publishing, 1985)
Cerpen "Mawar Yang Belum Gugur." (1971)
Cerpen "Nasinya Tumpah" (1972)
Cerpen "Freshie"
Cerpen "Lambaian Tanah Hijau" (1973)
Cerpen "Bunga-bunga Pulau"
Cerpen " Sampah Yang Hanyut" (1974)
Cerpen "Anak Bumi Tercinta"
Cerpen "Anak-anak dari Kampung Pasir Pekan" (1975)
Cerpen "Mahar Asmara" (1983/1984)
Cerpen "Al-Amin" (1984/1985).
Novel "Ombak Bukan Biru"
Novel "Kepulangan".
Antologi puisi "Apa Ada Di Sana (Versi Dunia)" (2004)
Buku "Ciri-ciri Satira dalam Novel Melayu dan Afrika Moden: Kajian Perbandingan (DBP, 1992)
Cerpen "Anak Bumi Tercinta" (antologi Anak Bumi Tercinta, DBP, 2001)
Cerpen "Anak-anak dari Kampung Pasir Pekan" (antologi Warna Sari Sastera Melayu Moden, DBP, 1996)
"Ada Apa Di Sana (Versi Dunia)" (Pustaka Nusa,2004)
"Salam Maria" (Absolute Publications, 2004)
"Keajaiban Alam" (Pekan Ilmu Publications, 2004)
"The Missing Piece Bah. 1 (Citra Kurnia Ent., 2005).


Pencapaian

Hadiah Karya Sastera dan Hadiah Sastera Malaysia 1971 "Mawar Yang Belum Gugur."
Hadiah Karya Sastera dan Hadiah Sastera Malaysia 1972 "Nasinya Tumpah"
Hadiah Karya Sastera dan Hadiah Sastera Malaysia 1973 "Freshie"
Hadiah Karya Sastera dan Hadiah Sastera Malaysia 1973 "Lambaian Tanah Hijau"
Hadiah Karya Sastera dan Hadiah Sastera Malaysia 1974 "Bunga-bunga Pulau"
Hadiah Karya Sastera dan Hadiah Sastera Malaysia 1974 "Sampah Yang Hanyut"
Hadiah Karya Sastera dan Hadiah Sastera Malaysia 1975 "Anak Bumi Tercinta"
Hadiah Karya Sastera dan Hadiah Sastera Malaysia 1975 "Anak-anak dari Kampung Pasir Pekan"
Hadiah Karya Sastera dan Hadiah Sastera Malaysia 1983/84 "Mahar Asmara" (1983/1984)
Hadiah Karya Sastera dan Hadiah Sastera Malaysia 1984/85 "Al-Amin"
Hadiah Sastera Malaysia 1992/1993. "Ciri-ciri Satira dalam Novel Melayu dan Afrika Moden: Kajian Perbandingan (DBP, 1992).
Hadiah Sastera Malaysia "Anak Bumi Tercinta" (antologi Anak Bumi Tercinta, DBP, 2001)
Hadiah Sastera Malaysia "Anak-anak dari Kampung Pasir Pekan" (antologi Warna Sari Sastera Melayu Moden, DBP, 1996)

wiki

Comments