hati sang pengayuh beca





Hati Sang Pengayuih Beca

Ini kisah seorang pengayuh beca yang sudah tua. Ia menetap di daerah Dinoyo, Malang. Pada setiap hari Jumaat ia tidak mengambil apa-apa upah selepas mengayuh becanya. Ia sekadar menyebutkan kepada penumpang, "Tak payah bayar, sya berniat sedekah hari ini"


Pada suatu Jumaat ada seorang anak muda menaiki becanya. Jarak yang dilalui oleh penumpang itu tidaklah begitu jauh. Setelah turun dari beca, anak muda itu terus membayar harga beca sebanyak 20 ribu rupiah . Namun orang tua pengayuh beca itu terus saja menolak pemberian wang itu dan berkata "Tak payah nak, pak cik berniat sedekah hari ini" Anak muda itu masih tidak berpuas hati dan terus menghulurkan wang bayaran kepada pak cik tua itu.

"Biarlah nak, pakcik hanya mampu sedekah dengan cara begini, tak perlu bayaran apa-apa nak"

Oleh kerana anak muda itu mahu cepat, ia bergegas meninggalkan pak cik itu sambil mengucapkan terima kasih berkali-kali.

Kebetulannya pada hari Jumaat yang lain, anak muda itu terserempak lagi dengan pak tua pengayuh beca. Setelah tiba di tempat yang dituju, anak muda itu menghulurkan wang sebanyak 200 ribu rupiah. Ia memegang tangan orang tua itu dan memberikannya wang tersebut.

"Insya Allah nak, pak cik ikhlas. Saya hanya mampu bersedekah dengan cara begini. Saya tidak ada cara lain. Pak cik nak bersedejah dengan berkayuh menghantar orang"

Anak muda itu semakin hairan dengan gelagat pak cik tua itu, lalu bertanya
"Kalau pak cik berbuat begini tiap masa, isteri dan anak-anak pak cik nak makan apa?"

Si pengayuh beca menatap muka anak muda itu lalu menjawab
"Sebenarnya isteri sayapun sama-sama ikhlas jika saya bersedekah begini pada hari Jumaat.

"Jadi pak cik tak mengambil bayaran pada hari Jumaat saja?", anak muda itu mahu kepastian

"Iya nak"

"Rumah pakcik di mana?" tanya anak muda itu lagi mahu tahu

"Diniyo, di belakang bank"

Hari berlalu. Jumaat berikutnya anak muda itu mencari rumah pak cik pengayuh beca tersebut. Setelah melalui beberapa lorong sempit, akhirnya ia tiba di rumah orang tua itu. Rumah itu kelihatan sederhana sahaja.


Setelah mengetuk pintu, keluarlah seorang wanita yang sudah tua memakai kain telekung.

Hatinya bergetar. Dadanya berombak. Jiwanya menangis.

Selama ini semua yang diperlukan dalam hidupnya begitu mencukupi. Allah mengurniakan segala-gala kepada dirinya. Tapi ia jarang bersimpuh menghadap Allah. Usahkan sedekah atau solat dhuha, solat yang wajib pun sering ia tinggalkan.

Ia mencium tangan wanita tua itu. Kemudian dia meminta izin wanita tua itu untuk mendapatkan kad pengenalan dirinya dan suaminya.

"Sebentar nak, pak cik sedang bersiap-siap untuk pergi solat jumaat."

Wanita tua itu bertanya sekali lagi "Untuk apa kad pengenalan kami berdua?"

"Sebenarnya mak cik,  pakcik dan makcik sendiri telah membuka pintu hati saya seluas-luasnya. Inilah jalan hidayah yang Allah anugerahkan kepada saya" anak muda itu tak dapat menahan airmatanya mengalir.

"Saya nak daftarkan haji mak cik dan pak cik bersama-sama dengan saya dan isteri saya. Saya berharap sangat agar mak cik dan pak cik tidak menolaknya"


disesuaikan dari sumber Fajar Setyawan

Comments