Bank Negara Malaysia dan Cat Air




Mengimbau kenangan lampau Malaysia
Oleh AHMAD ISYAFIQ MAD. DESA


SAMSUDIN (kiri) memberi penerangan kepada tetamu pada majlis pelancaran Paint&Ink: Just Add Water di Muzium dan Galeri Seni BNM, Kuala Lumpur baru-baru ini.

MENYUSURI ruang pameran di aras dua Muzium dan Ga­leri Seni Bank Negara Malaysia (BNM) seakan-akan mengimbau kembali ‘wajah’ Malaysia sebelum gah dengan pelbagai bangunan berasaskan batu-bata dan simen.

Beberapa koleksi lukisan memaparkan keutuhan bangunan kayu lama, keakraban masyarakat majmuk dan kelibat beca serta basikal tua yang memonopoli kenderaan utama di jalan-jalan raya membuatkan pengunjung terpaku.

Di satu sudut, kelihatan barisan lukisan seperti rumah kampung, sawah padi dan hutan belantara yang kini sukar untuk dilihat secara dekat apatah lagi di kota metropolitan Kuala Lumpur.

Suatu masa dahulu, keindahan kepelbagaian flora, sungai bersih me­ngalir tenang, kehidupan masyarakat majmuk bersatu padu dan rumah kayu merupakan persekitaran yang lazim dalam kalangan komuniti.

“Saya masih ingat ketika tahun 1960-an, seni merupakan satu daripada subjek yang diajar di sekolah menengah. Subjek itu merupakan mata pelajaran yang paling kami minati.

“Setiap kali mata pelajaran seni, guru akan membiarkan kami melakukan tugasan masing-masing. Ironinya, berban­ding bersembang kosong, kami akan melukis pelbagai subjek seperti sawah padi dan pokok kelapa,” kata Penaung Persa­tuan Lukisan Cat Air Malaysia (MWS), Tan Sri Samsudin Osman yang sering menjadikan alam semula jadi sebagai ilham dalam lukisannya.

Beberapa tahun berlalu, seiring modenisasi, teknologi dan gaya hidup, Malaysia berubah wajah. Lihat sahaja di Kuala Lumpur berbagai-bagai bangunan pencakar langit gah dibina.

Alam sekitar semakin nazak ke­rana dieskploitasi demi pembangunan selain masyarakat yang gemar me­nyendiri berbanding saling berkomunikasi.

Antara lukisan yang dipamerkan di Muzium dan Galeri Seni BNM.

Sehubungan itu, pameran Paint&Ink: Just Add Water menyaksikan kerja­sama 60 artis tempatan dan luar negara melukis kepelbagaian budaya, masyarakat serta keindahan flora Malaysia sebagai tatapan buat umum.

Tema

Pameran yang merangkumi dua tema iaitu Splashes dan ShoutCryRoom itu menampilkan seramai 45 ahli MWS bersama 15 artis jemputan dari luar negara bagi menghasilkan seni visual menggunakan medium cat air sahaja.

Berbanding terlalu bereksperimentasi, karya artis-artis ini mudah difahami dengan subjek yang nyata dan realistik.

Ketika majoriti artis gemar menggunakan medium cat minyak dan akrilik dalam berkarya, BNM dan MWS mahu menonjolkan nilai estetika di sebalik penggunaan cat air.

“Apabila mencampurkan air pada setiap palet warna dengan gabungan warna yang berbeza, ia menghasilkan ton yang menarik. Bagaimanapun, warna yang sama mungkin berubah ketika dioles pada kanvas.


Seorang pengunjung terpesona melihat hasil lukisan di Muzium dan Galeri Seni BNM.

“Ketika ramai beranggapan menghasilkan karya menggunakan medium cat air adalah mudah, saya anggap mereka salah.

Mewarna menggunakan cat air menuntut tumpuan yang tinggi, komposisi dan kawalan tangan yang baik,” kata Samsudin pada majlis pelancaran Paint&Ink: Just Add Water di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Pameran itu dirasmikan oleh Timbalan Gabenor Bank Negara, Datuk Nor Shamsiah Mohd. Yunus.

Menjalinkan kerjasama buat pertama kalinya pada tahun 1996, Samsudin berharap muzium dan galeri komited untuk meneruskan sokongan kepada artis tempatan.

Artis tempatan yang terlibat dalam pameran itu ialah Wong Seng Tong, Abdul Ghani Ahmad, Sharifah Zuriah Aliajeffri dan Aminah Abd. Rahman manakala artis luar negara pula Chan Chang How (Singapura), Jong-Moo Le (Korea) dan Truong Van Ngoc (Vietnam).

Sementara itu, Nor Shamsiah berkata, tema dakwat, cat dan air dipilih bagi memperingati kejadian tsunami yang pernah berlaku 10 tahun yang lalu.

Katanya, pameran itu memberi ruang kepada pengunjung untuk berfikir sejenak mengenai kemampuan air dalam mendatangkan bencana dan menghasilkan sesuatu yang indah.

“Pameran ini merupakan gabungan isu semasa dan alam sekitar. Kita amat berharap orang awam mampu melihat pengaruh air dalam kehidupan seharian kita,” katanya.

Tegasnya, tema cat air dipilih kerana ia merupakan permulaan seni dalam negara ini dan medium itu masih relevan sehingga kini.

kosmo online

BNM perkenal karya ahli MWS

Kuala Lumpur: Muzium dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia komited memenuhi pasaran hasil karya kreatif kepada golongan berpotensi, sekali gus memperkenalkan karya terkini ahli Persatuan Cat Air Malaysia (MWS).

Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Nor Shamsiah berkata, pihaknya sentiasa menyokong pemain industri terutama pelukis cat air kerana ia semakin berkembang.

Katanya, pameran yang diadakan kali ini adalah yang terbesar dan mengumpulkan pelbagai koleksi lukisan cat air dari beberapa negara.

“Pameran bertajuk “Paint and Ink: Just Add Water” ini julung kali diadakan dan mendapat kerjasama dengan MWS serta jemputan beberapa pelukis dari Thailand, Singapura, India, Korea, Vietnam, China, Russia dan Amerika Syarikat.

“Pelbagai jenis hasil karya ditampilkan sempena pameran ini yang pastinya mengikut cita rasa seni yang tinggi termasuk seni visual cat air yang mengagumkan,” katanya pada majlis pelancaran pameran cat air antarabangsa, di sini.

Pameran ini berlangsung dari 21 Oktober 2014 sehingga 11 Januari 2015 di Muzium dan Galeri Seni BNM bertempat di Sasana Kijang. Pameran ini menonjolkan karya terpilih termasuk karya lukisan tangan di atas fabrik organza.

Muzium dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia dibuka setiap hari dari jam 10 pagi sehingga 6 petang, termasuk hujung minggu.

MyMetro


Exhibition to reflect on the contradictory power of water

by may chiam


Abdul Ghani standing next to his watercolour painting. — Photos by RAFIQ RAHMAN


BANK Negara Malaysia Museum and Art Gallery’s latest exhbition, Paint & Ink: Just Add Water is a timely reminder of the devastating impact caused by the 2004 Indian Ocean tsunami.

Through the exhibition, visitors are invited to reflect on the contradictory power of water, an element that both sustains and destroys life.

The show is being held to mark the 10th anniversary of the natural disaster.

“The theme is undeniably topical as well as tropical,” said Bank Negara Malaysia deputy governor Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus at the launch of the exhibition.

She noted that watercolour paintings were “the primary art form in Malaysia in the early modern era, led by the likes of Abdullah Ariff and Yong Mung Sen.”

The exhibition comprises two shows — “Splashes,” an international watercolour exhibition in collaboration with the Malaysian Watercolour Society (MWS), and “ShoutCryRoom,” an installation exhibition by Japanese ink painting specialist Oi Nuen Sprunt.



(From left) Sprunt, Malaysian Watercolour Society patron Tan Sri Samsudin Osman and Nor Shamsiah admiring one of the artworks at the exhibition. - Photos by RAFIQ RAHMAN


The first show features the works of 42 members of the MWS as well as 15 internationally acclaimed artists.

The paintings range in subject matter and scope, but are united by the exceptional skill of the artists with watercolours.

Prominent local artist Abdul Ghani Ahmad, 69, also has a piece on display.

“I was inspired by the natural scenery of Kedah and the padi field,” he said, adding that it took him three weeks to complete the piece.

“ShoutCryRoom” by London-based Oi, consists of eight core paintings, other paper works and an installation inspired by the artist’s visit to tsunami-stricken Tohoku in Japan.

Paint & Ink: Just Add Water will be held until Jan 11, 2015, at Level 2 of the Bank Negara Malaysia Museum and Art Gallery.

The gallery is open daily from 10am to 6pm.

Admission is free.

For details, call 03-9179 2784.

the star online


Comments

Post a Comment