Kenapa Ciptakan Jalan Berduri?

Kembali
Apa yang kau cari dengan desah nafas
Yang semakin terengah itu
Kau temui hanya mimpi mimpi
Dari berbagai ilusi sebenarnya menderamu
Kenapa ciptakan jalan berduri
Padahal kau takut luka
Kenapa kau ciptakan luka di hati
Padahal kau takut seksa
Kenapa ciptakan seksa ohh..
Padahal kau tak berdaya
Jangan bermain api nanti menjadi abu
Janganlah suka bermain oh hati nanti menjadi beku
Maka kembalilah menjadi diri
Agar lebih kan bererti

Rafly - Kembali


Lagu ini begitu memikat. Dari sentuh muzik yang sederhana
serta lirik yang begitu puitis.
Lontaran diksi yang meracau perasaan. Meminta renungan dan berpaling seketika
pada segenap langkah dan aturan yang pernah kita lakukan.

Nasihatnya sederhana tanpa memaksa tetapi meminta secara lembut
untuk menjurai kembali langkah dan tindak yang pernah kita ambil
melayari kapal kehidupan ini.

Kisah manusia dalam pemgembaraan hidup yang terkadang merungkai
payah dan seksa meneruskan cita-cita. Hasrat antara memilik dan
tertuang ke dalam kesakitan yang sememmangnya mahu dihindari.

Segalanya adalah pilihan yang tak tersangkakan. Ada ketika kita memilih
jalan berduri sedang begitu sedar bahawa ia akan melukakan.
Banyak kita memilih jalan begini. Kemudian terperangkap
dalam seksa dan sulit hanya kerana pilihan yang tak tersangkakan
atau tak berfikir panjang.
Banyak garap sembilu yang kita tempuh hanya kerana tanpa waspada
dan berfikir jauh.
Kesannya penanggungan yang begitu perih terpaksa dialami
dan untuk keluarnya pula terasa begitu payah dan sulit.

Lagu ini memberi saran sederhana buat sesiapapun yang telah
tersalah memilih jalan dan terdera dalam ilusi yang menyulitkan.
Tiada lain, selain kembali ke akar mula dan meninggalkan
segenap lorong silam yang menyulitkan itu.
Hanya itu jalan yang ada.
Kita sendiri menyedari bagaimana dan sejauhmana upaya
untuk menghadap segenap cabar dan  runtuk hidup.
Jika tak berdaya usah memilih payah dan suram yang
memang menunggu.

Kembalilah kerana kita perlu
menemui jalan terindah dalam hidup ini
Jalan redha dan jalan penuh kerahmatan

Bimbinglah hidup dengan bijaksana
Semoga Allah merahmati....


Comments

Post a Comment