Segmen Inspirasi Blog Saya Oleh Siti Najwa

Tekan banner untuk temui Siti Najwa

Segmen ini akan berakhir pada 15 April 2013
Pertama, tahniah dapat adakan satu segmen yang kreatif
dan memacu inspirasi
 Kedua, izinkanlah saya tuliskan catatan kecil  untuk
perkongsian bersama

Menatap Kaca Buram
Ada ketikanya muzik dapat membuka pintu inspirasi
menerbangkan fikir dan akal 
mencari makna inti ilmu

Mainkan muzik ini dan carilah lorong inspirasimu



Menatap kaca buram. Begitu saya temukan nasib yang tertebar pada
dunia sastera. Ia semakin mengundur dan larut dalam  gantungan
dunia moden dan upaya abad baru seperti internet, media sosial dan rempuhan
pengaruh teknologi dan kemodenan. Sastera sedikit terbiar dan terjarak
dari haluan khalayak. Alam yang pernah penuh warna dan segar
pada kelopak jiwa khalayak dan pembaca, menjadi mengecil dan buram 
persis kaca buram.

Sepatutnya perkembangan dunia sastera harus berganding dan berupaya melonjak bersama
denyut abad baru. Pembaharuan yang dimiliki manusia dari corak komunikasi dan
interaksi seharusnya tidak meninggalkan debu yang menghakis wajah sastera.
Sastera harus berlari dan kuat merempuh alam jauh.
Berbicara tentang kemanusiaan, keilmuan, dan keindahan
sehebat zaman tulis baca dan percetakan

Sastera harus dimartabat berlari dengan langkah sama
dalam membugar kemajuan dan kemakmuran negara
Manusia mendekati buku-buku untuk meneroka ilmu
dan biarlah buku sastera dan ilmu sastera berupaya 
merebut hati dan cinta pembaca

Saya mulakan secara sederhana Mimbar Kata
Khusus saya ungkapkan tentang sastera dan alamnya
Meskipun getir untuk meletak ia di persada
saya mencuba sedaya mampu biarlah  ia menemui khalayaknya.
Pasti akan ada yang masih rindu dan berharap
pada pancaran warna sastera

Barangkali sastera juga dapat menerjah arus pembaruan ini
Sekiranya blog ini tak mampu menembusnya
bukan salah ilmu sastera itu
Silapnya saya tak berdaya membawa ia berlari jauh

Ikhlas Mimbar Kata

Comments

  1. hye
    dtg bls kunjungan ^^
    http://iema90.blogspot.com/2013/03/segmen-inspirasi-blog-saya-oleh-siti.html

    ReplyDelete
  2. ni memang sastrawan asli ni... nice words

    ReplyDelete
  3. kite geng! nak jadi sasterawati juga. hehehe :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih cik husna
      baguslah ramai minat sastera alhamdulillah

      Delete
  4. Terima kasih sebab sudi join .Check senarai peserta disini .
    http://theflickerdoodles.blogspot.com/2013/03/senarai-peserta-segmen-inspirasi-blog.html

    dan baca blog review di sini
    http://theflickerdoodles.blogspot.com/2013/03/blog-review-top-5-blogger.html

    ReplyDelete

Post a Comment