11 minutes ago
ajari aku
Blog Mimbar Kata
tulislah
blog mimbar kata
sehelai daun
blog mimbar kata
hujan dalam sukma
blog mimbar kata
kaki memijak
blog mimbar kata
10 Mar 2019
9 Mar 2019
tulis hatimu
TULIS HATIMU
tulis hatimu
daun-daun aksara
pucuk-pucuk jiwa
ranting harap perdu mimpi
kebangkitan dari kelelahan
membajak kembali
masa lalu menjadi
ladang indah masa depan
persis mengalir kali
ke muara akal pulangnya
ada dalam tiada
Ada Dalam Tiada
Nora
tak terfikirkan selama ini
adanya ruang bernama sepi
dunia cerah jadi kelabu
yang jelas dan nyata
bayangan senyummu
kiranya satu kesilapan
menyandarkan sepenuh harapan
kekasihku belaian jiwa
saat kau pergi ku hilang arah
ku yakin kau disitu
mengaminkan semua doaku
yang ku titipkan untukmu
di setiap waktu
hanya jasad yang terpisah
adamu didalam ketiadaan
telah termetri
cinta kita
ku yakin kau di situ
mengaminkan semua doaku
yang ku titipkan untukmu
di setiap waktu
hanya jasad yang terpisah
adamu didalam ketiadaan
telah termetri
cinta kita berdua
kau ada dalam tiada
bak cahaya di malam gulita
semangat juangmu
di jiwaku membara
hanya jasad yang terpisah
adamu didalam ketiadaan
telah termetri
cinta kita berdua
di kala rindu menyapa
ku titipkan doa
buatmu yang tercinta
akhirnya ku insafi
yang pergi takkan kembali
tak terfikirkan selama ini
adanya ruang bernama sepi
dunia cerah jadi kelabu
yang jelas dan nyata
bayangan senyummu
Ada Dalam Tiada’ ialah hasil ciptaan bersama komposer Sirkhan dan Ibnu Rinkarnaen manakala senikata pula ditulis oleh penulis lirik tersohor, Habsah Hassan. Cukup terkesan dengan lirik sentuhan Habsah Hassan
“Sebenarnya saya sendiri sukar untuk menjelaskan dengan kata-kata apa yang saya rasa selama ini. Tetapi Habsah Hassan bukan sahaja dapat menterjemahkan perasaan saya dengan begitu baik sekali malah ia dilakukan dalam bentuk senikata yang begitu indah. Saya menangis ketika kali pertama membaca lirik tersebut"
NORA
Nora menyatakan segalanya. Tulis hatimu
Tragedi Bukit Kepong
Genap 69 tahun tragedi Bukit Kepong
SAHIDAN JAAFAR
23 Februari 2019
Hari ini, genap 69 tahun tragedi menyayat hati menjelang waktu Subuh, 23 Februari 1950.
Peristiwa ini tidak pernah luput daripada ingatan dan kenangan setiap rakyat Malaysia apabila segerombolan pengganas komunis melancarkan serangan mengejut ke atas Balai Polis Bukit Kepong yang terletak kira-kira 59 kilometer dari Muar, Johor.
Peristiwa hitam yang berlaku kira-kira 69 tahun lalu itu terpahat sebagai kemuncak kekejaman pengganas komunis di Tanah Melayu yang bertujuan membalas dendam terhadap pasukan keselamatan yang telah membunuh ramai anggota mereka sejak perintah Darurat diisytiharkan pada tahun 1948.
Abdullah C. D dalam buku Memoir Abdullah CD Bahagian II: Penaja dan Pemimpin Rejimen Ke-10 (2007) mengakui, serangan mengejut kira-kira pukul 4.30 pagi, menjelang waktu Subuh itu digerakkan dengan kekuatan satu kompeni pasukan gabungan komunis yang terdiri daripada anggota Cina dan dua platun seksyen Melayu di bawah pimpinan Mat Indera.
“Mereka mengetahui bahawa polis-polis di situ terdiri daripada orang Melayu. Untuk mengelakkan pertumpahan darah yang besar mereka tidak putus-putus melaungkan seruan ‘surrender’, ‘buang senapang tak mati’, agar polis-polis itu terselamat dari maut.
“Akan tetapi kerana polis-polis itu berlawan bermati-matian, mereka terus ditekan dengan tembakan hebat dan lontaran bom tangan sehingga balai polis tersebut terbakar dan ditawan. Kompeni tersebut merampas sejumlah senjata dan peluru” (Abdullah C. D. 2007).
Abdul Samad Idris dalam buku 25 Tahun Merdeka (1982) menyatakan peristiwa menyayat hati itu tetap dikenang sebagai perbuatan tidak berperikemanusiaan lagi jijik pengganas komunis dalam sejarah negara.
“Pengganas komunis bukan sahaja membunuh anggota pasukan polis yang mempertahankan kedaulatan negara bahkan turut membunuh isteri-isteri dan anak-anak pasukan keselamatan yang tidak berdosa.
“Biarlah generasi akan datang terus mengutuk keganasan komunis yang tidak berperikemanusiaan itu,” tulis Abdul Samad Idris lagi.
Walaupun diserang bertali arus oleh pengganas, namun Sarjan Jamil Mohd. Shah bersama 25 anggota polis terlibat mempertahankan diri dari dalam kubu masing-masing di kawasan balai tersebut.
Pertempuran sengit itu didengari penduduk kampung bersenjatakan senapang patah dari Kampung Jawa tetapi kemaraan mereka disekat anggota komunis yang siap sedia berkawal di situ.
Menurut Abdul Samad, pihak polis tetap memberi tentangan sengit terhadap serangan komunis yang dianggarkan dengan kekuatan 10 kali ganda berbanding pasukan keselamatan yang bertahan di Balai Polis Bukit Kepong itu.
“Kira-kira 250 orang gerila komunis yang diketuai seorang Melayu dikenali sebagai Mat Indera telah menyeru Sarjan Jamil supaya menyerah diri. Namun, Sarjan Jamil dan orang-orangnya tidak menyerah kalah walaupun pasukannya hanya mempunyai kekuatan 25 orang sahaja” (Abdul Samad Idris 1982: 439).
Menurut Abdul Samad, pihak pengganas terus menggandakan serangan sehingga berlarutan menghampiri pukul 6.30 pagi pada 23 Februari 1950.
Ketika itulah, ketua pengganas tersebut, Mat Indera meniup trompet kali terakhir meminta semua anggota polis menyerah diri jika mahu selamat tetapi disahut oleh Sarjan Jamil dengan laungan: “Pihak polis tidak akan menyerah diri biar apa pun terjadi!”.
Tembak menembak bergema kembali dan pihak komunis mula melontar bom tangan ke arah balai polis tersebut menyebabkan asap berkepul-kepul menjulang ke udara. Selepas lima jam pertempuran sengit berlaku antara kedua belah pihak, pihak komunis berjaya menawan balai polis itu. Kematian Sarjan Jamil Mohd. Shah dan rakan-rakannya, tiga anggota pegawai rendah, anggota polis biasa (6), anggota polis marin (3), anggota polis tambahan (2) , anggota polis bantuan (5), isteri polis (2), anak anggota polis yang masih kecil (2) dan orang awam (2), begitu menyayat hati.
Hanya empat anggota polis dan sembilan ahli keluarga termasuk isteri dan anak-anak mereka terselamat dalam serangan nekad tersebut.
“Kita sendiri tentulah dapat menggambarkan bagaimana perasaan setiap anggota polis dengan jumlah yang kecil terpaksa menghadapi tiga ketumbukan pasukan gerila komunis dengan bilangan 10 kali ganda ramainya.
“Tindakan komunis menyerang Balai Polis Bukit Kepong adalah langkah balas dendamnya setelah anggota keselamatan membunuh 23 orang pengganas komunis dan mencederakan 17 orang lagi rakan mereka di hutan Labis, Segamat Johor pada bulan Januari 1950” (Abdul Samad Idris: 440).
Menurut laporan Utusan Malaysia pada 24 Februari 2012, bekas Ketua Polis Daerah Pagoh, Datuk J. J. Raj menganggap anggota polis yang terkorban dalam serangan Balai Polis Bukit Kepong sebagai wira yang tiada tolok bandingnya dalam usaha mempertahankan kedaulatan negara menentang keganasan komunis.
“Mat Indera telah meminta polis serah diri tetapi Sarjan Jamil tetap tidak mahu menyerah. Ketika itu mayat berada di sebelah kanan dan kiri Sarjan Jamil. Kalau manusia biasa tentu dia sudah serah diri tetapi semangat Sarjan Jamil begitu kental, beliau pada saya adalah anggota polis paling berani di negara ini,” beritahu J.J Raj yang menyelia 20 buah balai polis termasuk Balai Polis Bukit Kepong di bawah jagaannya ketika itu.
utusan online
SAHIDAN JAAFAR
23 Februari 2019
ANGGOTA-ANGGOTA polis yang diserang pengganas komunis di Balai Polis Bukit Kepong pada 1950.

8 Mar 2019
Api Kuala Lumpur
Api menyala di langit Kuala Lumpur
Bahagian 1
SAHIDAN JAAFAR
05 Mac 2019
ZAINUDDIN Maidin dalam buku 'Pertama dan Terakhir (1980) menceritakan, ketika kekacauan meletus di ibu kota pada 13 Mei 1969 ramai para pemberita, penyunting dan juga kakitangan masih berada di pejabat Utusan Melayu kecuali kakitangan wanita yang dinasihatkan oleh Ketua Pengarang Utusan, Melan Abdullah supaya pulang lebih awal.
Zainuddin dan beberapa orang pemberita serta jurugambar telah keluar dari Pejabat Utusan Melayu di Jalan Chan Sow Lin pada pukul 5.30 petang untuk membuat liputan perarakan orang Melayu yang diketuai Menteri Besar Selangor, Datuk Harun Idris yang akan bermula dari Jalan Raja Muda di Kampung Baru.
“Kami kemudian tiba di kawasan rumah Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor di mana perhimpunan untuk perarakan diadakan. Perhimpunan itu keluar dari rumah tersebut lebih awal daripada yang dijangkakan.
“Apabila rusuhan meletus saya terus berjalan pulang ke rumah di Jalan Raja Muda Musa di Kampung Baru kerana memikirkan perintah berkurung pasti akan dikuatkuasakan. Sepanjang perjalanan pulang itu saya melihat kejadian-kejadian yang tidak akan dapat saya lupakan seumur hidup saya” (Zainuddin Maidin 1980: 87).
Malam itu, orang Melayu di Kampung Baru yang sudah hilang sabar mengamuk di tengah-tengah ibu kota Kuala Lumpur seolah-olah kehausan darah. Suasana amat mengerikan. Mayat-mayat bergelimpangan di sana sini. Pemuda-pemuda Melayu yang tidak berbaju dan bermandikan minyak bertukar menjadi ninja berkeliaran mencari mangsa dalam kegelapan malam.
“Pada malam itu tidak ada penduduk Kampung Baru yang tidur. Semua berada dalam kecemasan seperti menunggu saat kematian sambil memerhatikan langit merah oleh cahaya api yang menjulang di sana-sini di kawasan Chow Kit” (Zainuddin Maidin 1980: 87).
Tunku Abdul Rahman dalam buku 13 Mei: Sebelum dan Selepas (2007) menceritakan, pada petang 13 Mei, Datuk Harun Idris selaku Pengerusi UMNO negeri Selangor bersetuju dengan permintaan ahlinya untuk melakukan perarakan kemenangan.
“Ketika mereka sedang berhimpun di halaman rumah Datuk Harun, tiba-tiba berita diterima yang menyatakan orang Cina menyerang orang Melayu di Setapak, kira-kira satu atau dua batu menghala ke utara, semasa orang Melayu dalam perjalanan untuk mengambil bahagian dalam perarakan yang bergerak dari Jalan Raja Muda.
“Berita itu segera menaikkan berang orang Melayu yang sedang berhimpun dan mereka terus mengamuk dengan tidak dapat dikawal lagi. Dua orang Cina yang melalui jalan itu dengan menunggang motosikal diserang dan dibunuh. Dengan itu bermulalah rusuhan 13 Mei yang meletuskan kekacauan yang belum pernah berlaku sepertinya dalam sejarah Malaysia” (Tunku Abdul Rahman 2007: 83).
Pada malam itu, Tunku menceritakan beliau tidak dapat tidur apabila mengenangkan tragedi dahsyat yang menimpa ibu kota Kuala Lumpur yang aman damai selama ini.
“Saya berdiri di beranda luar bilik tidur saya dan menghalakan pemandangan saya ke bandar sambil memerhatikan api yang menjulang tinggi di beberapa kawasan berhampiran Kampung Baru dan di sebelah utara.
“Kuala Lumpur telah menjadi bandar yang terang dengan api kebakaran di sana sini dan dapat dilihat dengan jelas dari rumah saya yang terletak di atas bukit. Itulah satu pemandangan yang amat menyedihkan dan saya tidak menyangka saya akan menyaksikan kejadian yang seperti itu semasa hayat saya.
“Api yang menjilat bangunan itu telah menghanguskan segala usaha saya dalam beberapa tahun yang lepas untuk menjadikan Malaysia sebagai negara yang bahagia dan aman dan juga menghancurkan impian saya hendak menjadi Perdana Menteri yang paling bahagia sekali di dunia ini” (Tunku Abdul Rahman 2007: 81).
Berikutan perintah berkurung, akhbar Utusan Melayu dan Utusan Malaysia tidak terbit selama lima hari kerana pekerja tidak dapat datang bekerja.
Akhbar Utusan Malaysia dan Utusan Melayu keluaran 14 Mei 1969 yang menyiarkan kenyataan Tunku Abdul Rahman yang bertajuk “Saya akan menarik diri” juga tidak dapat dibaca oleh rakyat Malaysia kerana tidak dapat diedarkan ke kedai-kedai kerana kekacauan meletus di ibu kota Kuala Lumpur pada 13 Mei.
Ketua Pengarang Utusan Melayu, Melan Abdullah sendiri terpaksa membawa beberapa ribu naskhah akhbar Utusan Melayu dan Utusan Malaysia dengan keretanya untuk dijual di Kampung Baru.
utusan online
Mageran tadbir negara
BAHAGIAN AKHIR
SAHIDAN JAAFAR
06 Mac 2019
TRAGEDI 13 MEI 1969 yang berpunca daripada konflik perkauman berjaya dikekang menjadi bertambah buruk daripada meragut lebih banyak nyawa yang tidak berdosa apabila kerajaan mengisytiharkan darurat serta merta di Kuala Lumpur sejak pada hari pertama kejadian.
Mohd. Fitri Abdul Rahman dan Mohd. Foad Sakdan (2013) dalam buku Konflik Politik Perkauman: Strategi dan Penyelesaian Cara Malaysia menyebut bahawa berdasarkan Laporan Tragedi 13 Mei 1969, sebanyak 143 orang Cina, Melayu (22) dan India (12) terbunuh dalam rusuhan berdarah yang tidak sepatutnya berlaku dalam sebuah negara yang aman damai sejak merdeka.Tragedi 13 Mei 1969 berkesudahan dengan pengisytiharan Darurat, penggantungan Parlimen dan pembentukan Majlis Gerakan Negara (Mageran) atau National Operations Council (NOC).
Buat pertama kali dalam sejarah, Malaysia diletakkan di bawah kuasa yang ditadbir oleh Mageran yang diketuai oleh Tun Abdul Razak sebagai Pengarah Tindakan.
Tun Razak yang juga Timbalan Perdana Menteri merupakan orang paling berkuasa dalam negara dalam tempoh itu apabila beliau diberi kuasa penuh oleh Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman bagi menentukan hala tuju keselamatan dan pentadbiran negara selepas tragedi berdarah melalui Mageran.
Pengumuman itu dibuat oleh Tunku Abdul Rahman dalam ucapan beliau menerusi televisyen dan radio ke seluruh negara pada 16 Mei 1969.
Tunku menegaskan: “Sekarang saya telah pun menubuhkan sebuah Majlis Gerakan Negara atau National Operations Council dan Tun Razak sebagai Pengarah Tindakan atau Director of Operations, dengan diberi tanggungan-tanggungan yang penuh untuk menjalankan pentadbiran di bawah Perisytiharan Darurat dan dalam Operasi Council ini akan termasuk agensi-agensi keselamatan...” (Tunku Abdul Rahman 2007: 98).
Mohd. Fitri Abdul Rahman dan Mohd. Foad Sakdan turut menyatakan, di bawah kerajaan Mageran, beberapa strategi penghindaran krisis dan konflik perkauman diperkenalkan iaitu pengenalan pada Prinsip Rukun Negara, berupa ideologi kebangsaan yang harus dihayati semua rakyat Malaysia, pelancaran Dasar Ekonomi Baru (DEB), berasaskan tujuan penyusunan semula masyarakat serta mewujudkan akta dan undang-undang bersabit perkara-perkara atau isu sensitif seperti Akta Hasutan 1971.
Kesan tragedi berdarah itu turut memberi impak kepada kepimpinan negara apabila Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman meletakkan jawatan pada 22 September 1970 apabila terasa bahangnya akibat tekanan dari dalam dan luar negara.
Tunku yang terkesan dengan surat Dr. Mahathir Mohamad yang menuduh beliau bermain poker semasa tragedi itu berlaku selain laporan media asing yang berat sebelah dan memihak kepada penentang kerajaan turut memberi imej buruk terhadap kepimpinan beliau.
Misalnya, akhbar terkemuka Age di Melbourne, Australia telah menyiarkan satu berita di bawah tajuk ‘National Headed Disaster’ (Negara Menuju ke arah Kehancuran) pada pagi selepas tercetusnya rusuhan iaitu pada 14 Mei 1969.
Peletakan jawatan Tunku Abdul Rahman membolehkan Tun Abdul Razak dilantik sebagai Perdana Menteri yang baharu dan Tun Dr. Ismail sebagai Timbalan Perdana Menteri.
Pemerintahan Mageran berakhir setelah 21 bulan dikuatkuasakan dan fungsi Parlimen dikembalikan pada bulan Februari 1971.
Tragedi 13 Mei sepatutnya menjadi iktibar kepada masyarakat berbilang kaum di negara ini seperti ingatan Tunku Abdul Rahman yang menyeru agar semua pihak tidak memainkan isu sensitif yang boleh mencetuskan kemarahan atau provokasi kepada mana-mana kaum.
“13 Mei merupakan suatu ingatan berkekalan kepada kita semua tentang bahaya yang akan timbul daripada sikap mengetepikan Perlembagaan dan mempermain-mainkan soal-soal yang menyentuh perasaan, adat resam dan adat istiadat pelbagai kaum, terutama sekali dalam masyarakat negara kita yang mempunyai pelbagai kaum dan agama.
“Sungguhpun kita baru saja mempunyai satu sejarah yang singkat selama 12 tahun sebagai sebuah negara yang merdeka tetapi bukankah sejarah itu menjadi bukti yang berkekalan bahawa kejayaan-kejayaan kita itu berasas kepada perpaduan pelbagai kaum yang terdapat di negara kita ini.
“Ketika kita menubuhkan negara, kita sedar di atas hakikat ini dan dengan sebab itu kita telah menggunakan cogan kata ‘Bersatu Bertambah Mutu’ bagi negara kita.
“Kejayaan yang telah kita capai dan martabat tinggi yang telah kita peroleh pada pandangan dunia bukanlah dengan usaha sesuatu kaum sahaja tetapi dengan usaha semua kaum di Malaysia, iaitu mereka yang berbangga memanggil dirinya Malaysian” (Tunku Abdul Rahman 2007: 193).
Tun Razak yang juga Timbalan Perdana Menteri merupakan orang paling berkuasa dalam negara bagi tempoh itu apabila beliau diberi kuasa penuh oleh Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman...

AKHBAR Utusan Malaysia pada 23 Mei 1969 bertajuk “Kg. Bharu - Jalan Chaw Kit kembali aman”.
Tunku Abdul Rahman dalam buku 13 Mei: Sebelum dan Selepas (2007) menceritakan, pada petang 13 Mei, Datuk Harun Idris selaku Pengerusi UMNO negeri Selangor bersetuju dengan permintaan ahlinya untuk melakukan perarakan kemenangan.
“Ketika mereka sedang berhimpun di halaman rumah Datuk Harun, tiba-tiba berita diterima yang menyatakan orang Cina menyerang orang Melayu di Setapak, kira-kira satu atau dua batu menghala ke utara, semasa orang Melayu dalam perjalanan untuk mengambil bahagian dalam perarakan yang bergerak dari Jalan Raja Muda.
“Berita itu segera menaikkan berang orang Melayu yang sedang berhimpun dan mereka terus mengamuk dengan tidak dapat dikawal lagi. Dua orang Cina yang melalui jalan itu dengan menunggang motosikal diserang dan dibunuh. Dengan itu bermulalah rusuhan 13 Mei yang meletuskan kekacauan yang belum pernah berlaku sepertinya dalam sejarah Malaysia” (Tunku Abdul Rahman 2007: 83).
Pada malam itu, Tunku menceritakan beliau tidak dapat tidur apabila mengenangkan tragedi dahsyat yang menimpa ibu kota Kuala Lumpur yang aman damai selama ini.
“Saya berdiri di beranda luar bilik tidur saya dan menghalakan pemandangan saya ke bandar sambil memerhatikan api yang menjulang tinggi di beberapa kawasan berhampiran Kampung Baru dan di sebelah utara.
“Kuala Lumpur telah menjadi bandar yang terang dengan api kebakaran di sana sini dan dapat dilihat dengan jelas dari rumah saya yang terletak di atas bukit. Itulah satu pemandangan yang amat menyedihkan dan saya tidak menyangka saya akan menyaksikan kejadian yang seperti itu semasa hayat saya.
RUMAH kedai yang hangus terbakar di jalan campbell, Kuala Lumpur pada 13 mei 1969.
“Api yang menjilat bangunan itu telah menghanguskan segala usaha saya dalam beberapa tahun yang lepas untuk menjadikan Malaysia sebagai negara yang bahagia dan aman dan juga menghancurkan impian saya hendak menjadi Perdana Menteri yang paling bahagia sekali di dunia ini” (Tunku Abdul Rahman 2007: 81).
Berikutan perintah berkurung, akhbar Utusan Melayu dan Utusan Malaysia tidak terbit selama lima hari kerana pekerja tidak dapat datang bekerja.
SEBAHAGIAN orang ramai di kawasan Kuala Lumpur dan Petaling Jaya menunggu di luar bangunan Kebajikan Masyarakat di Jalan Brickfields untuk mendapatkan bantuan makanan ketika tragedi 13 Mei 1969.
Akhbar Utusan Malaysia dan Utusan Melayu keluaran 14 Mei 1969 yang menyiarkan kenyataan Tunku Abdul Rahman yang bertajuk “Saya akan menarik diri” juga tidak dapat dibaca oleh rakyat Malaysia kerana tidak dapat diedarkan ke kedai-kedai kerana kekacauan meletus di ibu kota Kuala Lumpur pada 13 Mei.
Ketua Pengarang Utusan Melayu, Melan Abdullah sendiri terpaksa membawa beberapa ribu naskhah akhbar Utusan Melayu dan Utusan Malaysia dengan keretanya untuk dijual di Kampung Baru.
utusan online
Mageran tadbir negara
BAHAGIAN AKHIR
SAHIDAN JAAFAR
06 Mac 2019
ANGGOTA majlis Mageran dari kiri: Abdullah Ahmad Badawi, Salleh Ismail ( Ketua Polis Negara ), Ghazali Shafie, Tun Sambanthan, Dr. Ismail Abdul Rahman (Timbalan Perdana Menteri), Tun Abdul Razak (Perdana Menteri), Tan Siew Sin, Hamzah Abu Samah, Jeneral Ibrahim Ismail (Ketua Turus Angkatan Tentera Malaysia (ATM) , Abdul Kadir Shamsuddin ( Ketua Pentadbiran Awam ) dan Tan Sri Azizan Zainal Abidin.
TRAGEDI 13 MEI 1969 yang berpunca daripada konflik perkauman berjaya dikekang menjadi bertambah buruk daripada meragut lebih banyak nyawa yang tidak berdosa apabila kerajaan mengisytiharkan darurat serta merta di Kuala Lumpur sejak pada hari pertama kejadian.
Mohd. Fitri Abdul Rahman dan Mohd. Foad Sakdan (2013) dalam buku Konflik Politik Perkauman: Strategi dan Penyelesaian Cara Malaysia menyebut bahawa berdasarkan Laporan Tragedi 13 Mei 1969, sebanyak 143 orang Cina, Melayu (22) dan India (12) terbunuh dalam rusuhan berdarah yang tidak sepatutnya berlaku dalam sebuah negara yang aman damai sejak merdeka.Tragedi 13 Mei 1969 berkesudahan dengan pengisytiharan Darurat, penggantungan Parlimen dan pembentukan Majlis Gerakan Negara (Mageran) atau National Operations Council (NOC).
TUN ABDUL RAZAK
Tun Razak yang juga Timbalan Perdana Menteri merupakan orang paling berkuasa dalam negara dalam tempoh itu apabila beliau diberi kuasa penuh oleh Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman bagi menentukan hala tuju keselamatan dan pentadbiran negara selepas tragedi berdarah melalui Mageran.
Pengumuman itu dibuat oleh Tunku Abdul Rahman dalam ucapan beliau menerusi televisyen dan radio ke seluruh negara pada 16 Mei 1969.
Tunku menegaskan: “Sekarang saya telah pun menubuhkan sebuah Majlis Gerakan Negara atau National Operations Council dan Tun Razak sebagai Pengarah Tindakan atau Director of Operations, dengan diberi tanggungan-tanggungan yang penuh untuk menjalankan pentadbiran di bawah Perisytiharan Darurat dan dalam Operasi Council ini akan termasuk agensi-agensi keselamatan...” (Tunku Abdul Rahman 2007: 98).
Mohd. Fitri Abdul Rahman dan Mohd. Foad Sakdan turut menyatakan, di bawah kerajaan Mageran, beberapa strategi penghindaran krisis dan konflik perkauman diperkenalkan iaitu pengenalan pada Prinsip Rukun Negara, berupa ideologi kebangsaan yang harus dihayati semua rakyat Malaysia, pelancaran Dasar Ekonomi Baru (DEB), berasaskan tujuan penyusunan semula masyarakat serta mewujudkan akta dan undang-undang bersabit perkara-perkara atau isu sensitif seperti Akta Hasutan 1971.
Kesan tragedi berdarah itu turut memberi impak kepada kepimpinan negara apabila Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman meletakkan jawatan pada 22 September 1970 apabila terasa bahangnya akibat tekanan dari dalam dan luar negara.
MUKA depan akhbar Utusan Malaysia bertarikh 23 Februari 1971 bertajuk Demokrasi baru ala Malaysia
Tunku yang terkesan dengan surat Dr. Mahathir Mohamad yang menuduh beliau bermain poker semasa tragedi itu berlaku selain laporan media asing yang berat sebelah dan memihak kepada penentang kerajaan turut memberi imej buruk terhadap kepimpinan beliau.
Misalnya, akhbar terkemuka Age di Melbourne, Australia telah menyiarkan satu berita di bawah tajuk ‘National Headed Disaster’ (Negara Menuju ke arah Kehancuran) pada pagi selepas tercetusnya rusuhan iaitu pada 14 Mei 1969.
Peletakan jawatan Tunku Abdul Rahman membolehkan Tun Abdul Razak dilantik sebagai Perdana Menteri yang baharu dan Tun Dr. Ismail sebagai Timbalan Perdana Menteri.
Pemerintahan Mageran berakhir setelah 21 bulan dikuatkuasakan dan fungsi Parlimen dikembalikan pada bulan Februari 1971.
Tragedi 13 Mei sepatutnya menjadi iktibar kepada masyarakat berbilang kaum di negara ini seperti ingatan Tunku Abdul Rahman yang menyeru agar semua pihak tidak memainkan isu sensitif yang boleh mencetuskan kemarahan atau provokasi kepada mana-mana kaum.
“13 Mei merupakan suatu ingatan berkekalan kepada kita semua tentang bahaya yang akan timbul daripada sikap mengetepikan Perlembagaan dan mempermain-mainkan soal-soal yang menyentuh perasaan, adat resam dan adat istiadat pelbagai kaum, terutama sekali dalam masyarakat negara kita yang mempunyai pelbagai kaum dan agama.
“Sungguhpun kita baru saja mempunyai satu sejarah yang singkat selama 12 tahun sebagai sebuah negara yang merdeka tetapi bukankah sejarah itu menjadi bukti yang berkekalan bahawa kejayaan-kejayaan kita itu berasas kepada perpaduan pelbagai kaum yang terdapat di negara kita ini.
“Ketika kita menubuhkan negara, kita sedar di atas hakikat ini dan dengan sebab itu kita telah menggunakan cogan kata ‘Bersatu Bertambah Mutu’ bagi negara kita.
“Kejayaan yang telah kita capai dan martabat tinggi yang telah kita peroleh pada pandangan dunia bukanlah dengan usaha sesuatu kaum sahaja tetapi dengan usaha semua kaum di Malaysia, iaitu mereka yang berbangga memanggil dirinya Malaysian” (Tunku Abdul Rahman 2007: 193).
Tun Razak yang juga Timbalan Perdana Menteri merupakan orang paling berkuasa dalam negara bagi tempoh itu apabila beliau diberi kuasa penuh oleh Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman...
utusan online
Bandar Lestari Dunia : Taiping
Taiping ketiga paling lestari di dunia
AFIQ MOHD. SHAH
07 Mac 2019 5:47 PM
KUALA LUMPUR 7 Mac - Bandar Taiping, Perak telah diiktiraf sebagai bandar ketiga paling lestari di dunia dalam Anugerah 100 Destinasi Paling Lestari 2019 sempena International Toursismus-Borse (ITB) iaitu pameran perdagangan pengembaraan di Berlin, Jerman, semalam.
Taiping yang juga dikenali sebagai bandar paling lembap di Malaysia disebabkan menerima taburan hujan tinggi sepanjang tahun berada di belakang ibu negara Slovenia, Ljubljana dan Vancouver, Kanada.
Bandar warisan itu dinobatkan sebagai ketiga terbaik dalam kategori Bandar Terbaik mengiktiraf bandar raya yang menerajui kelestarian bandar dan mengelakkan gangguan berlebihan dalam sektor pelancongan.
Yang Dipertua Majlis Perbandaran Taiping (MPT), Datuk Abd. Rahim Md. Ariff berkata, anugerah yang diterima itu merupakan kejayaan bersama seluruh komuniti termasuk agensi terbabit dalam usaha memastikan kelestarian bandar tersebut.
Katanya, walaupun pernah menerima beberapa anugerah lain pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa, namun anugerah yang julung kali diterima semalam dianggap paling berprestij dan bertaraf dunia.
“Harapan saya supaya semua agensi berkaitan kelestarian alam sekitar dan pembangunan mapan terus komited menjalankan tanggungjawab masing-masing supaya bandar ini berterusan dilestarikan.
“Seluruh penduduk dan komuniti Taiping juga perlu terus berusaha memastikan kawasan bandar ini sentiasa bersih, terpelihara dan terhindar daripada kekotoran sampah serta kerosakan alam sekitar,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Anugerah tersebut diterima sendiri Abd. Rahim di Berlin, semalam dan majlis berkenaan turut menyaksikan kehadiran Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Perak, Tan Kar Hing. - UTUSAN ONLINE
utusanonline

Ipoh Bandaraya Kreatif
Forum "IPOH BANDARAYA KREATIF?" 9 Mac 2019, 3 - 5 ptg, 22 Hale Street
Menampilkan moderator dan barisan panelis yang berpengalaman dan berpengetahuan luas dalam industri & scene kreatif:
Azizul Abdul Latif, Asri Ahmad, Dr Kamal Sabran, dan Shukri Rifaie. (Azizul, Asri dan Shukri adalah penggerak dan ahli rekanegara, sebuah badan independen yang bergiat cergas dalam usaha-usaha promosi dan advokasi bidang kreatif di Malaysia.) Perbincangan bakal menyentuh hal-hal berkaitan dengan kreatif, dari definisi dan fungsinya sampailah kepada gerakan dan atmosfera kreatif Ipoh serta wawasan, halatuju, potensi dan cabaran menjadikan Ipoh Bandaraya Kreatif. @samasamaperak @22halestreet

About Me
STATUS
Search This Blog
DAUN
-
-
7 hours ago
-
10 hours ago
-
10 hours ago
-
13 hours ago
-
1 day ago
-
1 day ago
-
1 day ago
-
1 day ago
-
2 days ago
-
3 days ago
-
3 days ago
-
3 days ago
-
6 days ago
-
1 week ago
-
3 weeks ago
-
3 weeks ago
-
1 month ago
-
1 month ago
-
1 month ago
-
1 month ago
-
2 months ago
-
2 months ago
-
3 months ago
-
3 months ago
-
3 months ago
-
3 months ago
-
4 months ago
-
8 months ago
-
8 months ago
-
1 year ago
-
1 year ago
-
1 year ago
-
2 years ago
-
2 years ago
-
2 years ago
-
3 years ago
-
3 years ago
-
3 years ago
-
4 years ago
-
4 years ago
-
5 years ago
-
5 years ago
-
5 years ago
-
5 years ago
-
7 years ago
-
12 years ago