ajari aku

Blog Mimbar Kata

tulislah

blog mimbar kata

sehelai daun

blog mimbar kata

hujan dalam sukma

blog mimbar kata

kaki memijak

blog mimbar kata

24 Oct 2015

Prof Diraja Ungku Aziz Ungku Abdul Hamid : Sang Intelektual


Kita harus kembali ke akal fikir, merujuk kepada kebijaksanaan dan mencari segala
kepandaian untuk berhadapan dengan cabaran. 
Kita harus menyusur akar bangsa, mencari ke dalam semak dan belukar rahsia
kejayaan dan kekuatan anak bangsa dalam menghadapi cabaran zaman.
Tidak ramai mereka yang berada pada keintelektualan yang bermakna
serta berguna untuk menjadi susur dan teladan bersama.

Bintang yang harus terus kita kenali dan mengambil iktibar, pedoman
dan rujukan
YM Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz Ungku Abdul Hamid
atau dikenali
Pak Ungku



Rahsia zaman sekolah Pak Ungku, Robert Kuok
Oleh NIZAM YATIM
27 Fbruari 2014


PROFESOR Diraja Ungku Abdul Aziz Ungku Abdul Hamid bukanlah satu nama asing yang perlu diperkenalkan kerana hampir semua rakyat mengetahui jasa tokoh akademik ini kepada negara.

Beliau yang mesra dengan panggilan Pak Ungku juga sangat sinonim dengan usahanya membantu orang Melayu terutama dalam membasmi kemiskinan.

Antaranya melontarkan idea penubuhan Lembaga Urusan dan Tabung Haji (LUTH) pada 1963 dan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) pada 1971.

Beliau juga ialah ahli ekonomi Melayu pertama dan Naib Canselor Universiti Malaya (UM) tempatan yang pertama dan paling lama berkhidmat. Pak Ungku turut berjasa menubuhkan Pusat Asasi Sains dan Fakulti Islam di UM di samping Program Persediaan Khas Jepun yang berjaya melahirkan puluhan ribu siswazah bumiputera dalam pelbagai bidang sains dan teknologi.

Sementara itu, Tan Sri Robert Kuok, 91, pula cukup dikenali terutama kerana beliau sehingga kini masih mengekalkan rekod sebagai orang terkaya di Malaysia.

Anak jati Johor ini mempunyai kekayaan berjumlah AS$16.7 bilion (RM54 bilion) pada 2013, mengikut Indeks 300 bilionair oleh Bloomberg. Pengerusi Kuok Brothers Group of Companies ini kini berada di tempat ke-50 dalam senarai 300 bilionair dunia sehingga akhir tahun lalu.

Beliau yang meninggalkan Malaysia sejak empat dekad lalu untuk menetap di Hong Kong juga pernah berkhidmat dengan Felda yang telah memberikannya idea untuk menceburi perniagaan komoditi.

Selain perniagaan gula dan minyak sawit menerusi Wilmar International Limited yang berpangkalan di Singapura, beliau juga menguasai syarikat perhotelan Shangri-La Asia. Apabila disebut nama kedua-dua tokoh ini, kita sudah tentu ingin mengetahui apakah persamaan yang membolehkan mereka berjaya dalam bidang dipilih masing-masing.

Rahsia itu akhirnya didedahkan Pak Ungku ketika menyampaikan syarahan perdana bertajuk Anjakan Pemikiran Mahasiswa: Membentuk Minda Geliga di UM, Jumaat lalu. Dalam usia menjangkau 92 tahun, beliau tetap cerdas dan cergas menyampaikan syarahan biarpun sambil duduk bagi membolehkannya berkongsi pengalaman dengan mahasiswa di universiti yang pernah diterajuinya selama 20 tahun.

Pak Ungku dan Kuok sama-sama belajar di peringkat menengah di Maktab Sultan Abu Bakar, Johor Bahru.

"Satu persamaan yang kami berdua kongsi adalah banyak membaca buku dan memiliki sifat ingin tahu yang tinggi.

"Kami berdua dan beberapa pelajar lain gemar mengunjungi perpustakaan sekolah. Kami bukan membaca satu buku sahaja malah setiap kali kunjungan, kami membaca satu rak demi satu rak.

"Apabila semua buku di perpustakaan sekolah habis dibaca, kami berkunjung pula ke Perpustakaan Awam Johor Bahru dan membaca semua buku di sana termasuk yang dianggap tidak sesuai pada usia kami," ujarnya.

Beliau berkata, sifat sedemikian adalah sama seperti yang dianjurkan tokoh seni dan sains dari Itali, Leonardo da Vinci.

"Tokoh ini dalam sebuah bukunya telah menulis bahawa kita mesti mempunyai sifat ingin tahu. Beliau juga mengesyorkan supaya kita sentiasa bertanya untuk mendapat maklumat.

"Kita mesti sentiasa menyebut ungkapan mengapa dan kenapa. Sebab itu saya sehingga sekarang sentiasa bertanya soalan kerana dengan banyak bertanya kita akan lebih berjaya.

"Kalau tidak mendapat jawapan, saya akan mencarinya di dalam buku dan juga menggunakan komputer untuk merungkai semua persoalan berkenaan," katanya.

Menurut Pak Ungku, beliau tidak menjadi bilionair seperti Kuok kerana sejak dari awal lagi telah menetapkan untuk menjadi seorang intelektual dan bukan jutawan.

"Selain tidak mahu menjadi kaya, saya juga tidak mahukan pangkat, gelaran dan segala anugerah kehormatan.

"Saya tidak mahukan apa-apa sebaliknya hanya ingin menjadi seorang yang gembira. Hasrat ini akhirnya tercapai dan saya gembira dengan kehidupan yang telah saya jalani dan hidup saya sekarang," katanya.

Menurut beliau lagi, seseorang itu boleh menjadi individu berjaya dalam hidup jika sentiasa mementingkan kecemerlangan dan memberikan fokus dalam setiap apa yang dilakukan.

"Jika kita masih lagi seorang pelajar, fokus kita yang utama adalah untuk belajar, sebaik-baiknya 95 peratus masa kita adalah untuk belajar dan belajar sahaja.

"Kalau kawan tanya kita jawab tetapi setakat itu sahaja dan janganlah kita selepas itu melayan kawan untuk berborak kosong.

"Saya ketika menjadi pelajar, belajar dengan bersungguh-sungguh dan sebab itu saya sentiasa menjadi pelajar cemerlang termasuk ketika di Kolej Raffles, Singapura.

"Sebagai Melayu pertama yang dihantar untuk belajar di Jepun, saya telah bersungguh-sungguh menguasai bahasa Jepun bagi membolehkan melanjut pelajaran di Universiti Waseda, Tokyo," katanya.

Sementara itu, Pak Ungku berkata, orang Melayu boleh menjadi kaum yang cemerlang jika dapat membuang sifat tidak peduli atau sifat acuh tak acuh yang wujud di kalangan mereka.

Jelas beliau, sifat negatif itu menyebabkan orang Melayu lebih gemar menggunakan istilah berbahasa Inggeris sedangkan perkataan sama boleh diperoleh dalam bahasa Melayu.

Katanya, antaranya nama tumbuh-tumbuhan yang boleh dijadikan ubat yang telah wujud dalam perbendaharaan kata Melayu sejak 1,000 tahun lalu.

"Orang Melayu pada zaman dahulu sangat kreatif dan sudah boleh berfikir dengan cara yang saintifik.

"Mereka boleh menghasilkan ubat mujarab yang kemudiannya dijadikan antara barangan dagangan utama, tetapi nama pokok dalam bahasa Melayu yang dijadikan ubat-ubatan ini, generasi sekarang sudah tidak ingat," ujarnya.

Bagaimanapun, katanya, beliau bersyukur kerana sudah muncul golongan muda Melayu yang berani untuk mencabar sistem sedia ada dan mempunyai pemikiran yang baharu.

"Generasi baharu ini saya lihat sudah mempunyai pemikiran tahap tinggi dan kembali untuk melakukan inovasi dalam pelbagai bidang," ujarnya.

utusan online



Ungku Aziz: Tak ramai pemimpin Melayu yang garang dan berpendirian teguh
T K Letchumy Tamboo
 26 Januari 2014



KUALA LUMPUR: Pada masa kini, tiada ramai pemimpin Melayu yang garang dan berpendirian teguh.

Ini adalah luahan hati Prof Diraja Ungku Aziz Ungku Abdul Hamid yang berpendapat seorang tokoh itu harus garang dan bersemangat.

“Bukan saya nak komen tapi dalam kalangan pemimpin Melayu, siapa tokoh yang boleh kita ikut? Tokoh itu mesti garang dan bersemangat.

“Pada hari ini tak ramai pemimpin Melayu yang garang. Banyak pemimpin yang kompromi sana, kompromi sini - tiada pendirian yang teguh.

“Pemimpin seperti Sir Winston Churchill, beliau tak suka kompromi. Pemimpin seperti Churchill berpendirian tetap dan berani. Soalnya siapa berani korbankan diri?” tanya Ungku Aziz dalam satu wawancara yang diterbitkan di dalam Mingguan Malaysia hari ini.

Ungku Aziz berkata isu perpaduan dan perpecahan di kalangan orang Melayu sekarang bukan sahaja berlaku antara Melayu dengan Melayu, malah, ia juga berlaku antara Melayu kota dan Melayu desa, Melayu dalam UMNO dengan Melayu dalam PAS dan PKR serta antara orang Melayu yang muda dengan tua.

Semasa mengulas tentang isu kenaikkan harga barang, Ungku Aziz berpendapat perkara itu tidak dapat dielakkan kerana ia adalah kuasa pasaran.

“Tetapi apa yang lebih penting adalah sikap orang Melayu berhadapan dengan situasi ini.

“Orang Melayu merupakan golongan yang paling banyak berhutang. Mengikut statistik Bank Negara, ada yang memiliki 15 kad kredit dan mereka dibelenggu hutang,” katanya.

Sementara itu, semasa mengulas tentang penggunaan Bahasa Melayu Ungku Aziz berkata bahasa Kebangsaan itu kini seolah-olah tidak mempunyai keperibadian sendiri.

“Ada perkataan bahasa Melayu yang ditokok tambah dan lebih menyedihkan apabila bahasa Inggeris dijadikan bahasa Melayu.

“Saya tahu bahawa bahasa Inggeris sebagai bahasa kemajuan tidak dapat disangkal. Itu tidak bermakna masyarakat perlu mengabaikan penggunaan bahasa Melayu yang betul,” katanya.
Apabila ditanya apa dilakukan bagi memastikan bahasa Melayu terus kekal sebagai bahasa kebangsaan, Ungku Aziz mencadangkan usaha mewujudkan kelas atau kursus bagi orang dewasa yang berumur 20-an ke atas khususnya orang luar yang mendapat status kewarganegaraan tetapi tidak tahu berbahasa Melayu.

“Kita juga boleh mengadakan kelas melalui internet dan lama-kelamaan bahasa Melayu akan terus kekal sebagai Bahasa Kebangsaan.

“Kita mesti ada satu bahasa untuk semua orang sebagai simbol perpaduan,” katanya.

astro awani

Royal Professor Ungku Aziz - Secrets to Success
Royal Professor Ungku Aziz reveals secrets to success


KUALA LUMPUR: What are Royal Professor Ungku Abdul Aziz's secrets to success? One of them is to read nine books.
This includes Harvey Diamond's Fit for Life, Not Fat for Life, Edward De Bono's Thinking Course, Tony Buzan's Mind Map, Head First and The 36 Strategies of the Chinese: Adapting An Ancient Chinese Wisdom to the Business World by Wee Chow Hou and Lan Luh Luh.

Others are Jim Collins' Level 5 Leadership, Sun Tzu's Art of War, Nicollo Machiavelli's The Prince on the Art of Power and Leader's Window by J.D.W. Beck and N.M Yeager.

The 87-year-old voracious reader said the books provide an insight on how to be good and successful leaders.

Citing an example, he said Edward De Bono's Thinking Course promotes lateral thinking.
"The book teaches you to think differently," he said in his lecture "Quest For Success" as part of the Merdeka Award Lecture Series. He was a recipient of the award last year, in the education and community category.

Ungku Aziz said a good leader would have intelligence, credibility, humility, courage, and discipline.

He also said a good leader would be able to spot opportunities during crisis.

"Every crisis opens up opportunities," he said.

Later, when taking questions from the floor, Ungku Aziz said successful people were those who had resolve because their minds were strong and were resolute in reaching their goals.

"At the same time, humility is important, too.

"I'm happiest when I go to a kampung and people tell me 'you macam itu universiti punya' (you look like the person from the university)," he said to laughter from the floor.

malaysia browser



Royal Professor Ungku Abdul Aziz Bin Ungku Abdul Hamid
For outstanding contribution to the eradication of poverty, rural economics, the development of Tabung Haji and in the field of education.


In his study, where he spends much time reading, writing and thinking.

"His pursuits and accomplisments, his values of intergrity, his resolve and dedication, embody the Merdeka spirit, proving that man is limitless in his capabilities."

Prof Dato' Dr Shamsul Amri Baharuddin
Member of the nomination committee,
Education and Community category

Profile

Royal Professor Ungku Aziz bin Ungku Abdul Hamid was born on 28 January 1922 in London, England.

Spending most of his childhood years in Johor Baru, he completed his primary education in 1934 and subsequently attended English College, Johor Baru. He completed his secondary schooling at Raffles College, Singapore. Ungku Aziz's early education was interrupted by the Second World War and the Japanese Occupation but he managed to spend two years in Waseda University in Tokyo, to which he would later return to complete his post graduate study.

At the end of the Japanese Occupation, Ungku Aziz returned to Malaysia and commenced work in the civil service. Determined to continue his education, he enrolled in Raffles College where he obtained a Diploma in Arts in 1947 and went on to graduate with a first class Bachelor of Arts in Economics degree from the newly formed University of Malaya in 1951. Ungku Aziz obtained his Doctorate in Economics in 1966 from Waseda University, Tokyo.


Morning walk; Ungku Aziz to this day maintains his routine of taking a brisk walk every morning.

When Ungku Aziz entered into a career in academia, his career proved to be exceptional both in its longevity and in its brilliance. Since his arrival at the university in 1952, Ungku Aziz has taught as a Lecturer in Economics at the University of Malaya, obtained full professorship, became the Dean of the Faculty of Arts, and then Dean of the Faculty of Economics and Administration.

In 1968, Ungku Aziz ascended to the helm of the university and succeeded Dr J H E Griffiths as Vice Chancellor of the University of Malaya, becoming both the first Malaysian and the longest serving person to hold the post. Having received a Royal Professorship in 1978. He remains the sole Malaysian to hold the title. Ungku Aziz retired as Vice Chancellor in 1988. As an Emeritus Professor after retirement, Ungku Aziz has not stood still. He holds directorships in several companies and continues to be involved in many national and international institutions.

In recognition of his career as an outstanding academician and his contributions to society, Ungku Aziz has been bestowed with numerous awards and honours, including the Ordre des Arts et des Lettres (France), the Grand Cordon of the Order of the Sacred Treasure (Japan), the Tun Abdul Razak Foundation Award (Malaysia). Ungku Aziz has also received many honorary degrees from universities worldwide.

Ungku Aziz's devotion to his academic career has not detracted from his enjoyment of other pursuits. He remains a voracious reader, to the point of having to limit his purchases to no more than six books at a time. Ungku Aziz is also an aficionado of Malay poetry, and is currently compiling a database of traditional Malay pantun (poetic couplets). Ungku Aziz has enjoyed the art of photography from an early age, with his interest extending beyond merely taking pictures to dark room photograph development. He also believes in the importance of a healthy lifestyle, and to this day, never neglects his strict exercise regimen and adheres to a nutritious and balanced diet.

Ungku Aziz is married to Puan Azah Aziz, and is the father of Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz, the current Governor of Bank Negara Malaysia, Malaysia's central bank.


Addressing a community gathering.

Opening Minds And Opportunity
Out of Ungku Aziz's myriad achievements, the following were selected as being his greatest contributions to Malaysian society in the fields of Education and Community.

Poverty Eradication and Rural Development

Ungku Aziz has been responsible for much research in attempting to address domestic poverty. The subject, being dear to his heart, has spurred him to research the root causes of rural poverty in Malaysia, as well as identifying methods by which to alleviate poverty.

Ungku Aziz formulated the sarong index as a measure of rural poverty, and the Theory of Neglect as the reason behind rural poverty. He has posited that three main factors were the causative agents of Malaysian rural poverty, namely low productivity, discrimination and institutionalised obstacles.

His work was instrumental in spurring governmental rural development programmes aimed at benefiting the impoverished peasants and fisherfolk. Among the initiatives proposed by Ungku Aziz was the creation of monopolies to bypass the middlemen who previously acted as the distribution channel of produce to the retail market. Ungku Aziz has constantly sought to improve the level of opportunities available to the rural community, and many of his other achievements stem from his work on poverty eradication.

Tabung Haji

The creation of Lembaga Urusan dan Tabung Haji (the Pilgrims' Fund and Management Board, generally referred to as Tabung Haji) was among Ungku Aziz's most significant accomplishments. The idea behind Tabung Haji was to provide an avenue for Muslims to save money in order to perform the Haj, as well as an investment vehicle governed by Islamic principles.

Ungku Aziz's recommendations were accepted by the government, and the Perbadanan Wang Simpanan Bakal-bakal Haji, a precursor to Tabung Haji, was established in 1962, with Ungku Aziz becoming the first depositor. This body was merged with the Pejabat Urusan Haji (Pilgrims Management Office) in Penang to form Tabung Haji in 1969, with an expanded role.

Tabung Haji, in its dual role, is responsible for preparing pilgrims for the Haj, and managing the logistical issues of the pilgrimage, such as plane tickets and accommodation. In its fund management role, in accordance with its Islamic focus, Ungku Aziz introduce profit sharing, inline with the Sharia principle as a means of income generation for the accrued deposits in

Tabung Haji.Tabung Haji is now a multi-billion Ringgit enterprise with a wide spread of investments administered according to Islamic tenets. Its success has earned admiration from many other Islamic nations. In spite of this, it has remained true to Ungku's vision of a fund accessible and available to Muslims wishing to fulfil their religious obligation.
Contributions To The National Cooperative Movement


Paying a visit to a rural school.

As a means of alleviating poverty and of encouraging rural cooperation and development, Ungku Aziz has strongly backed the Malaysian co-operative movement. He has served as the President of ANGKASA, the National Co-operative Organisation of Malaysia, an organisation which acts as the apex body for Malaysian co-operatives and which also aims to educate the Malaysian public on the benefits of co-operatives.

In addition, Ungku Aziz served as the chairman of the University of Malaya Co-operative Book Shop from 1968 to 2002, and remains one of its directors.

In recognition of his efforts in this field, Ungku Aziz has been appointed as a member of the National Council of Co-operative Consultation, and of the Co-operative Development Fund Committee.
Economist And Academician

As Vice Chancellor, Ungku Aziz did much to streamline the administration of the University of Malaya. Ungku Aziz was a vigorous proponent of the use of the national language in education as a unifying factor, as well as a language of academia and research, while stressing that mastery in English was essential for academic excellence. Ungku Aziz was also known for his concern for student welfare, and always remained approachable to students.

As an economist, Ungku Aziz is best known for his work on rural poverty and development, and on the productivity of labour. In the course of his research, Ungku Aziz posited that the per capita productivity of Malaysian agriculture lagged behind that of more developed nations due to a lack of technology and infrastructure, the vicious cycle of debt, and an exploitative marketing mechanism. Ungku Aziz has worked tirelessly with the Government and with others in trying to address these issues. Ungku Aziz was also one of the founding members of the Malaysian Economic Association, a think tank dedicated to discussing Malaysian economic issues.

Receiving the honorary doctorate in Economy from UM Chancellor, Sultan Azlan Shah - August 9, 2005.

Concluding Remarks

It would be difficult to overstate the impact of Ungku Aziz's achievements over his long and illustrious career. His work has made a tremendous difference in many aspects of Malaysian life, with his concern for the nation's poor generating many noble initiatives designed to address and alleviate their plight and suffering. Ungku Aziz has also contributed enormously to the development of education and the co-operative movement in Malaysia.

merdeka award




Biografi Ungku Aziz

YM Prof. Diraja Ungku Abdul Aziz
Kelahiran Ungku Abdul Aziz bin Ungku Abdul Hamid
28 Januari 1922 (93 tahun)
London, United Kingdom
Warganegara British, Malaysia
Pusat pendidikan Universiti Waseda, Tokyo
Pekerjaan Naib Canselor Universiti Malaya (1968-1988)

YM Prof. Diraja Ungku Abdul Aziz bin Ungku Abdul Hamid (dilahirkan di London, United Kingdom pada 28 Januari 1922) merupakan seorang tokoh yang paling disegani terutamanya dalam bidang pendidikan. Selain itu, beliau juga adalah seorang ahli ekonomi yang banyak menyumbang idea kepada agama, bangsa dan negara. Beliau pernah memenangi Hadiah Budaya Asia Fukuoka IV pada tahun 1993.

Keluarga

Beliau merupakan keturunan diraja Johor. Bapanya, Ungku Abdul Hamid bin Ungku Abdul Majid merupakan seorang Leftenan dalam pasukan tentera Timbalan Setia Negeri Johor (JVC). Ibunya bernama Hamidah bte Abdullah, rakyat Turki yang beragama Islam . Pada 1924, ibunya meninggal dunia ketika Ungku Aziz berusia dua tahun. Setelah dilahirkan di London, beliau dibawa pulang ke Batu Pahat, Johor. Datuknya, Ungku Abdul Majid membawanya menjelajah ke serata Eropah.

Ayahnya seorang yang pintar dan pernah belajar di Universiti Cambridge dan boleh menguasai bahasa Parsi, Arab dan Sanskrit.

Beliau telah berkahwin dengan Sharifah Azah Aziz dan telah dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Y.M. Tan Sri Dato' Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz, Gabenor Bank Negara Malaysia pada masa kini.

Pendidikan

Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Ngee Heng, Johor Bahru, kemudian di Sekolah Bukit Zahrah dan seterusnya di English College, Johor Bahru , Sekolah Melayu Batu Pahat, kemudian menyambung pengajiannya di Raffles College kemudiannya Universiti Malaya, Singapura dan mendapat ijazah ekonomi pada tahun 1951. Kemudian pada tahun 1964, beliau mendapat Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang ekonomi di Universiti Waseda, Tokyo.

Perkhidmatan

Beliau menyertai Perkhidmatan Awam Johor (JCS) pada 1951, kemudian sebagai Pensyarah Ekonomi di Universiti Malaya Singapura (1952-1961). Pada tahun 1961-1965, beliau telah dilantik sebagai Professor dan Dekan di Fakulti Ekonomi di Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Kemudian dilantik sebagai Naib Canselor Universiti Malaya dari 1968 hingga 1988. Beliau merupakan Naib Canselor Universiti Malaya paling lama berkhidmat dengan universiti tersebut kira-kira 20 tahun.

Anugerah

Beliau yang dianugerahkan gelaran "Profesor Diraja Ekonomi" (Pembangunan Luar Bandar) pada 17 Jun 1978.Ungku Aziz juga merupakan pengasas ANGKASA dan Yang Dipertua ANGKASA sejak ditubuhkan pada 1971 .Pada 21 Julai 2002 beliau telah dianugerahkan Tokoh Koperasi Negara sempena Hari Koperasi Negara.

Beliau pernah memenangi Hadiah International Academic Prize of The 4th Fukuoka Asian Cultural Prizes 1993 by the City of Fukuoka.

Pada 1997, beliau telah dianugerahkan Tokoh Maal Hijrah oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.


Beliau juga menempa sejarah negara apabila menjadi penerima pertama ‘Anugerah Melayu Terbilang’ sempena sambutan ulang tahun Ke-59 UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) 11 Mei 2005. Anugerah disampaikan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Pada 25 Jun 2005, beliau telah dianugerahkan 'Tokoh Ekonomi Melayu' oleh Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM). Pada 2006, beliau menerima 'Anugerah Akademik Negara' sempena Majlis Pengisytiharan Universiti Penyelidikan dan Anugerah Akademik Negara 2006 pada 2 Ogos 2007 oleh YAB Dato’ Seri Najib Tun Razak, Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

Sumbangan

Antara sumbangan dan peranan utama Ungku Aziz kepada negara ialah:-

Yang Dipertua, Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) (Mac 1971-)
Ahli Lembaga Pengarah, Koperasi Kedai Buku Universiti Malaya Berhad (KKUM) (1968-) , (Pekanbuku).
Fellow Kehormat, Institut Sosial Malaysia, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (1.10.2005 - 30.9.2008)
Ahli Majlis Tadbir Urus, Pusat Pengajian Kewangan Islam Antarabangsa, Bank Negara Malaysia (INCEIF Governing Council) (2006-2009)
Pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) bagi membantu bumiputera menikmati agihan kekayaan negara serta Majlis Perundingan Ekonomi Negara (Mapen) II.
Pencetus idea penubuhan Lembaga Urusan dan Tabung Haji (LTH)
Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)
Mengasaskan Universiti Malaya
mencetuskan idea Akademi Islam
mencetuskan idea Pusat Asasi Sains
Pengerusi Cosmopoint Sdn Bhd (25.9.1995 - )
Pengarah PLUS Expressways Berhad (11.3.2002 - )
Pengarah PLUS Berhad (9.9.1988 - )

 wiki




Ungku Omar Ahmad


Perjuangan Ungku Omar
Oleh Mohd Rosli Baharom
1 Julai 2012


Menulis biografi tokoh adalah suatu tugas yang mencabar, apatah lagi jika tokoh berkenaan telah meninggal dunia kerana sumber utama tidak dapat lagi dirujuk. Cabaran ini tidak menjadi halangan bagi penulis untuk menghasilkan buku Ungku Omar Ahmad: Tokoh Negara Tersohor. Mohd Zamberi A Malek sebelum ini telah menghasilkan 15 buku dalam bidang sejarah dan warisan. Datuk Dr. Ungku Omar Ungku Ahmad atau lebih dikenali sebagai Ungku Omar adalah antara permata menjadi tiang seri negara ini ketika kita mula menapak sebagai sebuah bangsa merdeka.

Walaupun nama Ungku Omar sering dikaitkan dengan Pusat Penyelidikan Perubatan (IMR) tetapi beliau juga intelektual, pentadbir dan pejuang bangsa yang sentiasa meletakkan kepentingan agama, bangsa, dan negara melebihi segalanya.

Ungku Omar yang dilahirkan pada 18 Januari 1931 di Johor Bahru, Johor pernah mendapat pendidikan di Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK). Kemasukannya ke Universiti Malaya (UM) di Singapura agak istimewa kerana beliau terus diterima masuk ke tahun dua.

Pada tahun 1961 Ungku Omar menyambung pelajaran dalam bidang Patologi di Royal College of Physicans London dan Royal College of Surgeons of England pada tahun 1962. Ungku Omar menyambung pelajarannya di peringkat kedoktoran dan memperoleh ijazah Ph.D. pada tahun 1965.

Walaupu berasal dari keluarga bangsawan, Ungku Omar tidak melupakan anak bangsa yang terpinggir. Masalah kesihatan dikenal pasti sebagai penyebab utama kemunduran dan ketinggalan masyarakat desa dan pedalaman. Sekembalinya ke tanah air Ungku Omar dilantik sebagai Pengarah Pusat Penyelidikan Perubatan. Beliau merupakan anak Melayu pertama dilantik memegang jawatan tersebut.

Kepimpinannya berjaya menaikkan nama pusat itu. Hasil penyelidikannya mengenai kesihatan dan perubatan diterbitkan dan tersebar kepada masyarakat di dalam dan luar negara. Sebagai seorang doktor, beliau melihat aspek kesihatan sebagai faktor penting dalam usaha membangunkan belia. Menurut Ungku Omar, kekurangan makanan berzat disebabkan kekurangan wang; kekurangan wang disebabkan kekurangan ilmu dan mata pencarian. Ilmu untuk mendapatkan rezeki yang lumayan pula tersalur melalui bahasa Inggeris. Oleh itu jalan penyelesaiannya ialah meluaskan penggunaan bahasa Melayu dan menaikkan tarafnya supaya rakyat luar bandar memperoleh maklumat yang betul tentang penjagaan kesihatan.

PendudukTaraf kesihatan penduduk luar bandar menjadi agenda penting perjuangannya. Ini dapat dilihat dalam kertas kerjanya bertajuk "Keadaan Kesihatan di Luar Bandar Penting Untuk Proses Pembangunan Dalam Segala Bidang" (Simposium Masalah Penduduk Luar Bandar, Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya, September 1967). Hasil penyelidikannya dalam kertas kerja itu menggemparkan negara. Beliau mendedahkan senario taraf kesihatan penduduk di luar bandar yang telah diabaikan; kadar kematian di luar bandar yang enam kali ganda lebih tinggi daripada di bandar; kadar kemiskinan yang berkait rapat dengan penyakit malaria, kepialu, untut, cacing, kekurangan zat makanan, anemia, dan penyakit lain.

Dalam kertas kerja yang sama, beliau menampakkan bukti keprihatinannya tentang pelajaran anak bangsa dengan mencadangkan penubuhan sebuah universiti Islam bagi menampung keperluan anak Melayu yang ketinggalan dalam perlumbaan mendapatkan tempat di Universiti Malaya ekoran masalah bahasa.

Gagasan itu merupakan lanjutan daripada cetusan ideanya yang dibentangkan pada Seminar Organisasi Islam di Kolej Islam, Kuala Lumpur (Ogos 1967). Dalam seminar tersebut Ungku Omar dari awal lagi mencadangkan penubuhan Universiti Islam yang akhirnya terlaksana juga pada tahun 198O-an. Ideanya itu bertujuan meninggikan taraf kehidupan anak bangsa dan umat Islam kerana beliau kecewa melihat kemunduran mereka dari segi pelajaran.

Beliaulah antara orang penting dalam menyuarakan hasrat penubuhan UKM. Pada pandangannya, sebuah universiti yang menekankan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar bagi membolehkan anak Melayu mendapat pendidikan tinggi merupakan suatu keperluan yang mendesak.

Penubuhan UKM adalah titik penting perkembangan pendidikan Melayu kerana inilah institusi pengajian tinggi yang meletakkan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar bagi mengangkat martabat bahasa Melayu.

Dari institusi inilah juga lahirnya sekian banyak intelektual, teknokrat, dan birokrat Melayu. Dan yang lebih penting bahasa Melayu terbukti berupaya menyampaikan ilmu, sebagaimana yang sentiasa diperingatkan oleh Ungku Omar.

Ungku Omar adalah seorang yang cemerlang. Sebagai pelajar kehebatannya diperakui rakan dan guru. Ungku Omar adalah Melayu unggul yang didambakan oleh rakyat dan negaranya. Beliau meninggal dunia pada 15 Februari 1969 dalam usia 38 tahun. Pemergiannya terlalu awal namun semangatnya tetap dibawa bersama oleh mereka yang menghargai sumbangannya.

utusan online



DATO' DR. UNGKU UMAR BIN UNGKU AHMAD

Ungku Umar bin Ungku Ahmad, Dato’Dr.
TARIKH/TEMPAT LAHIR: 18 Januari 1931, di Johor, Bahru, Johor.

PENDIDIKAN : (Awal) Sekolah Melayu Kluang, Segamat, Pontian dan Tangkak. Kemudian ke Sekolah Inggeris Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK), Perak. (Terakhir). Universiti Malaya, Singapura, dan lulus ijazah MBBS, 1957. Royal College of Physician London serta Royal College of Surgeons England. Beliau lulus peringkat Diploma dalam bidang Patalogi, 1962. Lulus Ph.D dalam bidang Clinial Chemistry di institusi yang sama, 1965

KERJAYA: (1). Pegawai Perubatan dan Penyelidikan di Pusat Penyeldikan Perubatan kuala Lumpur. (2). Pendaftar di Jabatan Pathology, Royal Free Hospital, School of Medicine, London, 1962. .(3). Pengarah Pusat Penyelidikan Perubatan Kuala Lumpur, 1965. PENCAPAIAN: (1). Anak Melayu pertama yang dilantik sebagai Pengarah Pusat Penyelidikan Pertama Kuala Lumpur (2) Ketika keadaan kesihatan rakyat, terutama di luar bandar masih belum terbela beliau mengunjungi kampung-kampung untuk memberikan ceramah dan bimbingan kepada penduduk tentang kesihatan, terutama sakit malaria. (4). Banyak kali mewakili Malaysia dalam persidangan Perubatan antarabangsa dan memberi sumbangan dalam bentuk ceramah dan pidato umum di Australia, Indonesia, Amerika Syarikat, Filipina, China dan Singapura. Ceramah dan pidatonya berkisar tentang peri pentingnya hasil penyelidikan perubatan disebarluaskan untuk menjaga kesihatan rakyat. Kebanyakan persidangan ini dianjurkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Lembaga Penyelarasan Kerjasama Serantau Dalam Perubatan Tropika (SEAMES).

INOVASI: (1) Bersama dengan DBP beliau membentuk istilah Perubatan dalam bahasa Melayu. (2). Mengambil inisiatif memberi ceramah melalui radio tentang kesihatan sehingga beliau digelar “Doktor Radio”.

PENULISAN/PENERBITAN: (1). Telah menhasilkan lebih daripada 40 kertas kerja dan prosiding tentang perubatan dan ditanggapi dengan baik oleh pengamal-pengamal perubatan di Asia Tenggara khuusnya, dan dunia amnya. (2). Tesis Ph.Dnya bertajuk “Electrolytes in Isolated Human Leucocytes.” Menjadi bahan rujukan utama buat mahasiswa jurusan perubatan. (3). Penyumbang rencana secara berkala untuk majalah Mastika dan Dewan Masyarakat

ANUGERAH/GELARAN: (1). Anugerah bintang kebesaran Darjah Setia Mahkota (DSM) oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong, yang membawa gelaran Dato’, Jun 1967. (2). Anugerah bintang kebesaran Darjah Kerabat Yang Dihormat oleh Sultan Johor, Oktober 1967. (3). Gelaran Profesor oleh Universitas Nasional, Jakarta, Indonesia, 1968. (4). Namanya diabadikan untuk institusi Politeknik Ungku Umar, Ipoh, Perak setelah beliau meninggal dunia pada 15 Februari 1969.


sumber pokok dan tokoh


SEJARAH POLITEKNIK UNGKU OMAR



Politeknik Ungku Omar yang terletak di Jalan Raja Musa Mahadi (dahulunya dikenali sebagai Jalan Diary), Ipoh ,negeri Perak ditubuhkan pada tahun 1969. Politeknik ini telah ditubuhkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dengan bantuan UNESCO. Peruntukan sebanyak RM24.5 juta diperolehi daripada Program Pembangunan PBB (UNDP). Politeknik ini mengambil sempena nama Allahyarham Dato’ Profesor Ungku Omar Ahmad demi mengenang jasa dan sumbangan beliau kepada negara dan bangsa terutamanya dalam bidang penyelidikan perubatan.

Penekanan dan bidang pelajaran politeknik ini bercorak sains dan teknologi. Politeknik Ungku Omar ditubuhkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dengan bantuan UNESCO dan ini bertujuan untuk melatih tenaga pekerja separa profesional dan golongan pengurusan bawahan bagi menampung keperluan pembangunan negara. UNESCO telah dipertanggungjawabkan untuk merancang dan melaksanakan pembinaan PUO di atas tapak seluas 22.6 hektar di Jalan Dairy, Ipoh. Politeknik bermula beroperasi dengan menumpang di Pusat Latihan Harian, Ipoh dengan 300 orang penuntut.Tenaga pengajarnya pada masa itu terdiri daripada 28 orang pensyarah tempatan dan dibantu oleh 14 orang sukarelawan dari Kanada, Amerika Syarikat, Jerman dan Jepun.

Kampus Politeknik Ungku Omar terletak di kawasan Ampang, Ipoh. Pada penghujung 1973, Politeknik berpindah dari Pusat Latihan Harian ke kampus kekalnya dan telah dirasmikan pada 10 Mei 1974 oleh Y.B. Menteri Pendidikan pada masa itu, Allahyarham Tun Abdul Razak b Hussein.

Kampus ini kini dikenali sebagai Kampus A setelah politeknik mengambil alih bekas kampus Maktab Perguruan Kinta dan dinamakan Kampus B pada 1990. Pada peringkat awal penubuhan, politeknik ini mempunyai empat jabatan pengajian iaitu Kejuruteraan Awam, Mekanikal, Elektrik dan Perdagangan. Pada tahun 1972, diwujudkan Jabatan Kejuruteraan Perkapalan dengan bantuan teknikal dan rundingan daripada JICA. Pada 1 Mac 1999, dua unit akademik dinaikkan taraf sebagai Jabatan. Unit Matematik dan Sains dijadikan Jabatan Matematik, Sains dan Komputer manakala Unit Bahasa/Agama pula dijadikan Jabatan Pengajian Am. Kini, Politeknik Ungku Omar mempunyai tujuh jabatan akademik.

puo

23 Oct 2015

Payakumbuh

Payakumbuh syurga makanan Minang


MASYARAKAT Padang menyertai Festival Rendang di Lapangan Imam Bonjol Padang, Sumatera Barat.

KETIKA penduduk di sekitar pusat pelancongan Bukit Tinggi, Sumatera Barat, Indonesia memilih untuk duduk di rumah bagi mengelak daripada terdedah kepada udara malam yang sejuk, berlainan pula keadaannya di Payakumbuh.

Keadaan bandar yang semakin pesat membangun dengan aktiviti perniagaan makanan itu menjadikan Payakumbuh kini sebagai lokasi tumpuan pengunjung dari dalam dan luar negara.

Payakumbuh sudah lama dikenali sebagai syurga makanan dan suasana meriah perniagaan menghidupkan bandar itu terutama pada waktu malam.

Keadaan cuaca di Payakumbuh yang terletak pada ketinggian 514 meter (m) dari aras laut dengan populasi penduduk seramai 116,000 orang itu tidak terlalu panas atau sejuk. Ia membolehkan penduduknya melakukan aktiviti luar rumah pada waktu malam.

Pengunjung juga hanya perlu mengambil masa 30 minit waktu perjalanan untuk ke Payakumbuh yang terletak 27 kilometer (km) ke timur Bukit Tinggi.

Sepanjang menyusuri Jalan Soekarno-Hatta yang merupakan laluan utama dari Pekanbaru menuju ke Bukit Tinggi, para pengunjung akan disajikan dengan pemandangan ratusan khemah penjaja menjual pelbagai jenis makanan tempatan serta barat.


MASAKAN tradisional Minangkabau, rendang, dipertandingkan pada Festival Rendang Padang di Taman Budaya Sumatera Barat di Padang baru-baru ini.

Masakan Minang

Masyarakat setempat di Payakumbuh juga sudah boleh menerima makanan selain makanan Minang. Namun, warung-warung yang menjual makanan tradisi seperti pecel lele dan bakso masih ada di bandar itu ekoran terdapat penduduk yang tidak dapat menerima makanan kurang pedas atau bersantan.

Bagi mereka yang menggemari makanan Minang pula, Payakumbuh menyajikan dengan cara tersendiri sate danguang-danguang, rendang telur, minuman kawa daun (daun kopi seduh) dan ampiah dadiah (sejenis yogurt yang diperbuat daripada susu lembu).

Berbeza dengan bandar-bandar utama lain di Sumatera Barat, Payakumbuh adalah bandar paling meriah pada waktu malam kerana sebahagian kedai dan restoran dibuka sehingga awal pagi.

Bahkan, ketika menjelang Hari Raya Aidilfitri, kedai pakaian, hiasan rumah dan emas dibuka sehingga azan Subuh berkumandang.

Maka, tidak hairanlah jika ramai pelancong tempatan datang ke Payakumbuh hanya untuk menikmati suasana waktu malam.

Menurut seorang pengusaha pelamin, Elfi Yusra, 53, dia bersama keluarganya sanggup menempuh perjalanan yang jauh ke Payakumbuh semata-mata untuk menikmati suasana malam bandar itu.

Elfi yang berasal dari Painan, Kabupaten Pesisir Selatan perlu menempuhi perjalanan kira-kira 200km melalui Padang Panjang dan Bukit Tinggi untuk ke Payakumbuh.

"Saya ke sini kerana anak-anak mahu makan sate danguang-danguang sambil menikmati suasana malam minggu di Payakumbuh," katanya yang datang bersama isteri dan tiga anak perempuannya.

Keluarga itu adalah salah satu contoh pelancong tempatan yang sanggup mencari makanan hingga ke Payakumbuh.

Bagaimanapun, peminat sebenar kepelbagaian makanan di Payakumbuh terutama pada waktu malam adalah terdiri daripada warga Bukit Tinggi atau Padang Panjang kerana lokasinya yang berdekatan.


AKTIVITI membuat rendang menjadi satu kemestian dalam kalangan masyarakat di Agus Salim Padang, Sumatera Barat.

Tarikan pelancong

Setiausaha Daerah Bandar Payakumbuh, Benny Warlis turut mengakui kepelbagaian makanan merupakan tarikan utama pelancong ekoran tidak banyak lokasi pelancongan di daerah berkenaan yang boleh ditawarkan kepada umum.

"Kekayaan jenis makanan di sini berpotensi untuk pergi jauh seiring dengan industri kreatif lain seperti Minggu Fesyen Payakumbuh dan Karnival Payakumbuh," katanya.

Jelas beliau, terdapat dua jenis makanan ringgan yang menjadi ikon Payakumbuh iaitu batiah dan galamai. Kedua-dua makanan itu sering dibeli untuk dijadikan buah tangan jika pengunjung berkunjung ke kota itu.

Batiah adalah sejenis makanan yang diperbuat daripada pulut yang digoreng sebelum dikeringkan. Galamai pula makanan seperti dodol dan diperbuat daripada pulut dan proses pembuatannya mengambil masa lima jam.

Bagaimanapun, galamai berbeza daripada dodol kerana teksturnya lebih liat dan melekit sehinggakan mereka yang menggunakan gigi palsu perlu berhati-hati ketika mengunyah.

Selain batiah dan galamai, terdapat beberapa makanan utama lain di Payakumbuh, antaranya bareh rendang, kipang, rendang belut, murtabak telur dan pinyaram iaitu sejenis kuih yang diperbuat daripada tepung beras, gula dan santan.

"Kini, ikon makanan Payakumbuh sudah bertambah iaitu rendang telur yang tidak terdapat di daerah lain," katanya yang juga bergelar Datuak Tan Batuah.

Rendang telur merupakan salah satu variasi rendang tetapi makanan itu masih asing dalam kalangan masyarakat di luar Sumatera Barat yang hanya mengenali rendang daging.

ORANG ramai menikmati makanan di Payakumbuh yang semakin popular.

Kampung Rendang

Malah, dengan adanya Kampung Rendang di Lampasi, pinggir kota Payakumbuh, ia turut menguatkan bandar itu sebagai pusat pengeluaran produk rendang dan pernah dinobatkan sebagai makanan terlazat di dunia oleh stesen televisyen Cable News Network (CNN).

Di kampung itu terdapat 12 pengusaha rendang pelbagai jenis seperti rendang telur, suir daging, rendang belut, rendang paru, rendang ubi dan kalio jengkol.

kosmo


Kota Payakumbuh

Kota Payakumbuh adalah sebuah kota di provinsi Sumatera Barat, Indonesia.

Berbagai penghargaan telah diraih oleh Pemerintah Kota Payakumbuh sejak beberapa tahun terakhir. Dengan pertumbuhan ekonomi 6,38 %, dan meningkat menjadi 6,79% pada tahun 2011, Payakumbuh merupakan salah satu daerah dengan pertumbuhan ekonomi tertinggi di Sumatera Barat. Inovasi dalam bidang sanitasi, pengelolaan sampah, pasar tradisional sehat, pembinaan pedagang kaki lima, dan drainase perkotaan mengantarkan kota ini meraih penghargaan Inovasi Managemen Perkotaan (IMP) pada 2012, Indonesia Green Regional Award (IGRA), Kota Sehat Wistara, dan sederet pengharaan lainnya.


Sejarah


Kota Payakumbuh terutama pusat kotanya dibangun oleh pemerintah kolonial Hindia-Belanda. Sejak keterlibatan Belanda dalam Perang Padri, kawasan ini berkembang menjadi depot atau kawasan gudang penyimpanan dari hasil tanam kopi dan terus berkembang menjadi salah satu daerah administrasi distrik pemerintahan kolonial Hindia-Belanda waktu itu.

Menurut tambo setempat, dari salah satu kawasan di dalam kota ini terdapat suatu nagari tertua iaitu nagari Aie Tabik dan pada tahun 1840, Belanda membangun jembatan batu untuk menghubungkan kawasan tersebut dengan pusat kota sekarang. Jambatan itu sekarang dikenal juga dengan nama Jembatan Ratapan Ibu.

Payakumbuh sejak zaman sebelum kemerdekaan telah menjadi pusat pelayanan pemerintahan, perdagangan, dan pendidikan terutama bagi Luhak Limo Puluah. Pada zaman pemerintahan Belanda, Payakumbuh adalah tempat kedudukan asisten residen yang menguasai wila­yah Luhak Limo Puluah, dan pada zaman pemerintahan Jepang, Payakumbuh menjadi pusat kedudukan pemerintah Luhak Limo Puluah.

Pemerintahan

Kota Payakumbuh sebagai pemerintah daerah berdasarkan Undang-undang Nomor 8 Tahun 1956 tanggal 19 Maret 1956, yang menetapkan kota ini sebagai kota kecil.[4] Kemudian ditindaklanjuti oleh Peraturan Menteri Dalam Negeri Nomor 8 tahun 1970 tanggal 17 Desember 1970 menetapkan kota ini menjadi daerah otonom pemerintah daerah tingkat II Kotamadya Payakumbuh. Selanjutnya wilayah administrasi pemerintahan terdiri atas 3 wilayah kecamatan dengan 73 kelurahan yang berasal dari 7 jorong yang terdapat di 7 kanagarian yang ada waktu itu, dengan pembagian kecamatan Payakumbuh Barat dengan 31 Kelurahan, kecamatan Payakumbuh Timur dengan 14 kelurahan dan kecamatan Payakumbuh Utara dengan 28 kelurahan.

Sebelum tahun 1970, Payakumbuh adalah bahagian dari Kabupaten Lima­ Pu­luh Kota dan sekaligus ibu kota kabupaten tersebut.

Pada tahun 2008, sesuai dengan perkembangannya maka dilakukan pemekaran wilayah kecamatan, sehingga kota Payakumbuh memiliki 5 wilayah kecamatan, dengan 8 kanagarian dan 76 wilayah kelurahan.

Adapun wilayah kecamatan yang baru tersebut adalah kecamatan Lamposi Tigo Nagari, yang terdiri dari 6 kelurahan dalam kanagarian Lampasi dan Kecamatan Payakumbuh Selatan, yang terdiri dari 9 kelurahan dalam 2 kanagarian yaitu Limbukan dan Aur Kuning. Kecamatan Payakumbuh Barat terdiri dari 22 kelurahan dalam Kanagarian Koto Nan IV. Kecamatan Payakumbuh Timur terdiri dari 14 kelurahan dalam 3 kanagarian, yaitu Aie Tabik, Payobasuang dan Tiakar. Kecamatan Payakumbuh Utara terdiri dari 25 kelurahan dalam Kanagarian Koto Nan Godang.

Geografi


Kota Payakumbuh terletak di daerah dataran tinggi yang merupakan bagian dari Bukit Barisan. Berada pada hamparan kaki Gunung Sago, bentang alam kota ini memiliki ketinggian yang bervariasi. Topografi daerah kota ini terdiri dari perbukitan dengan rata-rata ketinggian 514 m di atas permukaan laut. Wilayahnya dilalui oleh tiga sungai, yaitu Batang Agam, Batang Lampasi, dan Batang Sinama. Suhu udaranya rata-rata berkisar antara 26 °C dengan kelembapan udara antara 45–50%.

Payakumbuh berjarak sekitar 30 km dari Kota Bukittinggi atau 120 km dari Kota Padang dan 188 km dari Kota Pekanbaru. Wilayah administratif kota ini dikelilingi oleh Kabupaten Lima Puluh Kota. Dengan luas wilayah 80,43 km² atau setara dengan 0,19% dari luas wilayah Sumatera Barat, Payakumbuh merupakan kota terluas ketiga di Sumatera Barat. Kota ini pernah menjadi kota terluas pada tahun 1970, sebelum perluasan wilayah administratif Kota Padang dan Kota Sawahlunto. Kota Sawahlunto yang pada tahun 1970 merupakan kota yang paling kecil dengan luas 6,3 km² diperluas menja­di 273,45 km² atau meningkat sebesar 43,4 kali dari sebe­lumnya, sementara Kota Padang diper­luas menjadi 694,96 km² dan sekaligus menjadi kota yang terluas di Sumatera Barat. Perluasan ini menye­babkan Sawahlunto menjadi kota terluas kedua dan Paya­kumbuh turun men­jadi terluas ketiga di Sumatera Barat.

Kependudukan


Kota ini didominasi oleh etnis Minangkabau, namun terdapat juga etnis Tionghoa, Jawa dan Batak, dengan jumlah angkatan kerja 50.492 orang dan sekitar 3.483 orang diantaranya merupakan pengangguran. Pada tahun 1943 etnis Tionghoa di kota ini pernah mencapai 2.000 jiwa dari 10.000 jiwa total populasi masa itu.

Dari segi jumlah pendu­duk, pada tahun 1970 Paya­kumbuh berada pada peringkat ketiga sesudah Padang dan Bukittinggi. Akan tetapi perbedaan jumlah penduduk Payakumbuh dengan Bukit­tinggi relatif kecil yaitu hanya 784 orang. Pada tahun 2009 atau 40 tahun kemudian, jumlah penduduk Payakumbuh meningkat pesat menjadi 106 726 jiwa. Akan tetapi masih tetap berada pada peringkat ketiga sesudah Bukittinggi dengan perbedaan jumlah 894 orang.

Walaupun demikian, pe­ning­katan jumlah penduduk ini meningkatkan status Kota Payakumbuh dari kota kecil (jumlah penduduk < 100.000 orang), menjadi kota mene­ngah (jumlah penduduk > 100.000 orang)

Perhubungan

Kota ini termasuk kota penghubung antara kota Padang dengan kota Pekanbaru, dari kota ini dapat juga terhubung ke jalur lintas tengah Sumatera tanpa mesti melewati kota Bukittinggi. Terminal Koto Nan Ampek merupakan terminal angkutan darat yang terdapat di kota ini. Sebagai pusat pelayanan, Payakumbuh dulu juga mem­pu­nyai lapangan terbang, yaitu Lapangan Terbang Piobang.

Saat ini tengah dibangun jalan lingkar luar bagian utara (10,45 km) dan selatan (15,34 km) dikenal dengan Payakumbuh Bypass untuk memudahkan akses transportasi tanpa harus melalui pusat kota dan untuk mendorong pertumbuhan ekonominya. Pembangunan jalan ini berasal dari dan pinjaman pemerintah pusat kepada Bank Pembangunan Asia (ADB)

wiki














21 Oct 2015

Tok Janggut : Bukan Penderhaka


Arkib Negara kesal Tok Janggut masih dianggap penderhaka
October 21, 2015


Tok Janggut

BACHOK, Rabu – Arkib Negara kesal dengan tindakan segelintir pihak luar memutarbelitkan fakta sebenar sejarah dengan melabel dan menganggap pejuang kemerdekaan tanah air seperti Tok Janggut sebagai penderhaka.

Ketua Pengarah Arkib Negara Azemi Abdul Aziz berkata tokoh berkenaan sering diberi gambaran negatif dalam versi Barat.

“Walhal kewujudan tokoh seperti Tok Janggut merupakan manifestasi daripada rasa tidak puas hati terhadap undang-undang dan cara pentadbiran British yang menentukan perjalanan pentadbiran negeri dan kehidupan rakyat,” katanya.

Beliau berucap pada Majlis Memperingati 100 Tahun Tok Janggut di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Kampus Bachok di sini, hari ini yang dirasmikan Naib Canselor UMK Prof Datuk Dr Mortaza Mohamed dan turut dihadiri lebih 300 pelajar.

Tujuh kertas kerja dibentangkan oleh tokoh sejarah, antaranya Prof Datuk Dr Abdullah Zakaria dari Universiti Malaya, Prof Harun Daud (UMK), Dr Mohamad Samsudin (Universiti Kebangsaan Malaysia), Dr Nik Haslinda Nik Hussain (Universiti Sains Malaysia) dan Savumthararaj a/l Gopal dari Arkib Negara Malaysia.

Dalam pada itu, Azemi berkata Arkib Negara bertanggungjawab mengumpul, memelihara dan menyediakan rekod dalam pelbagai jenis dan bentuk untuk rujukan penyelidik dan orang ramai.

Agensi itu turut mengamalkan pintu terbuka kepada penyelidik yang ingin menjalankan kajian terutama terhadap kajian baharu.

“Melalui seminar seperti ini, hasil kajian dan rakaman program akan diterjemahkan ke dalam bentuk penulisan dan akan disimpan oleh Arkib Negara untuk rujukan penyelidik pada masa akan datang,” katanya.

Sementara itu, Mortaza ketika berucap merasmikan seminar itu berkata ia memberi kesedaran kepada pelajar di pusat pengajian tinggi untuk menghayati perjuangan tokoh kemerdekaan negara yang sanggup menggadai nyawa mempertahankan maruah bangsa Melayu dan agama Islam.

Beliau berkata Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan UMK diharap dapat memainkan peranan penting menyemarakkan pengajaran dan penyelidikan yang berkaitan perjuangan tokoh dan pemimpin yang banyak berjasa kepada agama, bangsa dan negara.

Penentangan Tok Janggut atau nama sebenarnya Haji Mat Hassan Panglima Munas di Pasir Puteh pada 1915, adalah sebagai tanda protes yang ditunjukkan kepada penjajah yang mengutip pelbagai cukai sehingga membebankan rakyat.- Bernama

ismaweb



Satu Abad Dilupakan, Tok Janggut Pahlawan Malaya-Patani
24 Mei (1915-2015) Gugur Seorang Pahlawan Malaya-Patani, Satu Abad Kita Lupakan ..


Julukan Haji Mat Hassan Panglima Munas dengan panggilan Tok Janggut yaitu satu julukan atau ejekan kepada seorang tua yang menyimpan janggut panjang ini sudah cukup untuk menutupi kebenaran sejarah perjuangan bangsa kita melawan penjajah. Jika tidak, nama baik dan martabat Inggris akan terpengaruh sebagai kekuatan besar dunia. Jadi manusia bernama Tok Janggut ini harus dibunuh dengan cara apapun dan pengaruhnya harus dihapuskan di muka bumi Melayu ini.

Kesadaran Mat Hassan terhadap agama, bangsa dan tanah air dipupuk sejak kecil lagi. Dia dilahirkan di Kampung Saring, daerah Jeram, Kelantan pada tahun 1850 an. Setelah ayahnya menjabat sebagai panglima istana, ia juga dibesarkan dalam istana Tengku Seri Maharaja Jeram. Dia belajar ilmu agama di Mekah, Beliau pernah berguru dengan Syeikh Wan Ahmad Al-Fathoni (a). Ketika berusia 52 tahun dan masih di Makkah, Patani dikuasai Siam. Gurunya, Syeikh Wan Ahmad Al-Fatoni yang berasal dari Patani anak murid kepada Sheikh Daud bin Abdullah Al-Fathoni memberi amanat agar muridnya itu pulang, berikhtiar dan berjuang untuk membebaskan koloni Patani yang dikenal sebagai 'Negeri Serambi Mekah' itu. Pada saat yang sama, Inggris mulai melebarkan penjajahannya ke negeri Melayu di Utara dan Timur Semenanjung setelah berhasil menguasai negeri di pantai Barat Semenanjung.

Perjanjian Anglo Bangkok yang disegel antara Inggris dan Siam 1909 menyebabkan Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis ditempatkan di bawah kekuasaan Inggris sementara Patani, Menara, Jalor dan Setol di bawah Siam. Kehadiran Inggris di Kelantan tidak direstui oleh orang Melayu dan perubahan administrasi yang diperkenalkan penjajah ternyata menindas penduduk watan.

Setelah Perjanjian Anglo Inggris-Siam pada tahun 1909 an, pihak Inggris mengambil alih pemerintahan negeri Kelantan dari Siam dan mulai membawa berbagai perubahan khususnya dari sudut administrasi. Perubahan yang dibawa telah menyentuh isu keistimewaan tradisional negeri Kelantan.

Hj Mat Hassan pulang ke kampung halamannya di Kelantan pada tahun 1910 serta membawa amanah yang disampaikan oleh Guru Sheikh Ahmad Al-Fathoni, untuk membebaskan Patani dari penjajah Siam (Thailand), berpegang dengan amanah Gurunya itu, Inggris juga merupakan kafir harbi seperti penjajah Siam yang harus dilawan.

Tok Janggut pulang ke Kelantan tatkala Sultan dan pembesar Melayu di Kota Bharu tidak mampu melawan Inggris. Dia menawarkan diri kepada Ungku Besar Jeram untuk mendirikan barisan menentang penjajah itu.

Sebenarnya penjajah saat itu sangat takut dan takut kepada Ulama atau Haji (b) yang baru pulang dari Makkah atau negara timur tengah. Gerak gerik dan tindak tanduk mereka sering diperhatikan oleh Pengawai Inggris apalagi perhatian yang serius perlu diberikan kepada Hj Mat Hassan ini yang pulang membawa amanah jihad dari gurunya harus dihapus segera.

Pada 22 Oktober 1910, pemerintah Inggris telah membuat perjanjian dengan pemerintah Kelantan. Pemerintah Kelantan yang berada dalam kondisi terjepit akibat perjanjian Inggris-Kelantan pada tahun 1910 an dipaksa menyatakan bahwa mereka berpihak Inggris dalam perang itu. Keputusan pemerintah Kelantan pada saat itu mendukung Inggris dan bukan Turki Ottoman dalam Perang Dunia Pertama. Keputusan ini mengecewakan Tok Janggut karena bertentangan dengan fatwa Syaikhul Islam, Syaikh Khayri Effendi, yang mewajibkan umat Islam berjihad melawan Inggris dan sekutunya. Sentimen anti-Inggris meningkat ketika pemerintah Turki Utsmani menyeru umat Islam berjihad melawan penjajah Barat. Tok Janggut seruan tersebut dengan melancarkan perlawanan terhadap Inggris di Pasir Puteh, Kelantan.

Semenjak itu dimulailah intervensi pemerintah Inggris di Kelantan. Pemerintah Inggris juga memperkenalkan lembaga pemerintahan baru seperti Kantor Polis dan Pengadilan di tingkat daerah. Antara isu sensitif yang dibawa oleh penjajah Inggris tentang peraturan pajak tanah yang baru pada 1 April 1915 turut diperkenalkan pada rakyat adalah:
a) Inggris memperkenalkan peraturan pajak tanah yang mewajibkan petani membayar pajak tanah pada tahun 1915 an.
b) Petani dikenakan berbagai pajak yang memberatkan seperti pajak pohon kelapa yang berbuah, pajak pohon pinang, pajak daun sirih dan ternak sapi serta kerbau.

Peraturan ini mewajibkan rakyat membayar pajak tanah apakah tanah yang diusahakan atau tanah tidak diusahakan. Berbeda dengan pajak sebelumnya yang menggunakan pajak berdasarkan hasil tanah, jika banyak hasil tanahnya maka banyaklah pajaknya dan jika sedikit hasil tanahnya maka sedikitlah pajaknya, atau dibebaskan langsung ke tanah yang hasilnya tidak menjadi. Tapi kali ini, apakah tanah itu diusahakan atau tidak diusahakan akan tetap dikenakan pajak yang tetap mengikuti kelas-kelas tanah dari $ 0.40 sampai $ 1.20 untuk per hektar. Selain itu, pajak pohon kelapa berbuah sepokok dikenakan 3 sen, pohon pinang sepokok isi 1 sen, sireh 5 sen sejunjung, sapi dan kerbau 20 sen untuk seekor.

Pajak ini sangat membebani rakyat karena dikenakan kepada hal kebutuhan harian rakyat, tidak seperti sebelumnya, pajak hanya dikenakan atas kelebihan kebutuhan rakyat seperti pohon pinang jika lebih dari 10 batang barulah dikenakan pajak.

Pada tahun 1914 sebelum peraturan pajak tanah dilakukan, seorang wakil Inggris (c) yang berasal dari Singapura bernama Abdul latiff diangkat menjadi Kepala Daerah di Kabupaten Pasir Putih. Salah langkah siapan agenda Inggris untuk menegakkan semua hukum pajak Kerajaan Kelantan yaitu termasuk tiap-tiap seorang dikenakan pajak.

Bangkitnya satu sosok pejuang yang juga ulama mengobarkan ruh perjuangan dalam jiwa orang kampung di jajahan Pasir Puteh, menentang penindasan yang dilakukan oleh hegemoni koloni barat. Tok Janggut hadir untuk membebaskan rakyat Pasir Puteh dari ditindas dengan berbagai pajak yang tidak adil. Karena tidak sanggup menahan derita, banyak penduduk berpihak Tok Janggut dan kesadaran untuk membela agama, bangsa dan tanah air itulah menjadi prolog kisah perjuangannya.

Rakyat menghadapi masalah kesulitan membayar pajak karena kantor pajak terletak jauh di kota. Penduduk yang gagal membayar pajak akan ditangkap dan didenda. Selanjutnya sikap biadap pejabat inggris yang bertugas menimbulkan kemarahan warga terhadap Inggris.

Akibat kezaliman ini, Tok Janggut bersama teman-temannya telah memulai satu gerakan anti-hasil di jajahan Pasir Puteh dengan mengarahkan pengikutnya memboikot pembayaran pajak kepada pemerintah. Hasilnya pada April 1915, kutipan pajak di daerah Bukit Abal dan Gaal telah turun tajam dari $ 3000 ke $ 89.32. Kuasa rakyat menggugat hegemoni pemerintah koloni Inggeris.

Tidak berhenti disitu, Tok Janggut melanjutkan perlawanan dengan pemerintah Inggris, dengan mengadakan diskusi dengan pengikutnya di rumah Tok Nik Bus di Kampung Tok Akid tentang strategi untuk melawan Inggris. Akhirnya keputusan diterima untuk membebaskan Pasir Puteh dari penjajahan Inggris.

Setelah berhasil menguasai Pasir Puteh, Tok Janggut diangkat sebagai Perdana Menteri dan Ungku Besar Jeram diangkat sebagai Raja di Pasir Puteh. Seruan Jihad Tok Janggut untuk membebaskan Pasir Puteh dari penjajah telah dimanipulasi oleh Inggris dan menggelar Tok Janggut sebagai penderhaka (d) kepada Sultan Kelantan. Tok Janggut menjelaskan bahwa ia dan pengikutnya tidak berniat memberontak pada Sultan tetapi bertujuan menghalau pemerintahan inggris yang dianggap sebagai penindas. Perjuangan Mat Hassan Panglima Munas ditolak, bahkan kata 'jihad' yang diluncurkan oleh Tok Janggut diganti dengan kata 'penderhaka' dan 'pemberontakan'. Orang Inggris benar-benar ingin memperburuk nama baik pejuang kebebasan menyusul dampak dan pengaruh besar Tok Janggut terhadap rakyat negeri Kelantan. Bagi pihak Inggris, jika tindakan Tok Janggut tidak diblokir, posisi mereka sebagai kekuatan dunia yang terunggul dan bangsa yang disebut cerdik akan terpengaruh. Oleh yang demikian, keputusan untuk membunuh Tok Janggut telah disepakati secara bulat oleh pihak Inggris.

Atas saran Penasihat Inggris dan muslihatnya yang licik serta dukungan Datuk Bentara Setia dan Datuk Menteri, Sultan Muhammad ke-IV memutuskan untuk menangkap Tok Janggut dan pengikutnya atas kesalahan menderhaka. Sementara itu, Inggris membawa masuk tentara Sikh untuk membakar rumah penduduk desa, tindakan itu memicu kemarahan Tok Janggut. Pada tanggal 24 Mei 1915, Tok Janggut melakukan serang Fajar waktu jam tiga pagi dengan menyerang tenda tentera Inggeris di Pasir Putih.

Beberapa pejabat Inggris pula memimpin tim Malay State Guides memburu kelompok Tok Janggut dan menggeledah rumah penduduk kampong. Sementara itu, tim Tok Janggut dan tentara Inggris bertabrakan di Kampung Dalam Pupoh tidak jauh dari Kampung Merbol dan dengan teriakan takbir, Tok Janggut dan pasukannya bertempur hebat.

Tabrakan terakhir antara tim Malay State Guides pimpinan pejabat Inggris dan Tok Janggut di Kampung Dalam Pupuh terjadi tembak menembak, dan akhirnya Tok Janggut gugur syahid bersama banyak pengikutnya dalam pertempuran melawan penjajah. Jenazahnya dibawa dan diarak sekitar Kota Bharu, kemudian digantung secara terbalik kaki diatas kepala dibawah di Lapangan Merdeka selama 4 jam, sebelum dimakamkan di Pasir Pekan.

Bila tokoh yang juga ulama itu meninggal, Inggris menyadari bahwa aura perjuangan 'Tok Janggut juga harus dihapus untuk menghindari peristiwa yang sama berulang. Selanjutnya Inggris melancarkan perang saraf untuk memperburuk nama Tok Janggut dan pengikutnya, mencari sisa pengikut Tok Janggut untuk dihukum. Bahkan, satu penawaran turut dipublikasikan kepada masyarakat bahwa siapa yang berhasil menangkap pengikut kanannya akan menerima imbalan. Penawaran dengan harga lumayan antara $ 250 - $ 500 untuk setiap orang.


Ada dikalangan pengikut Tok Janggut dihukum tembak sampai mati, dipenjara seumur hidup, dan ada juga yang ditembak oleh orang bayaran Inggris. Tidak cukup dengan pembunuhan pejuang agama dan rakyat itu, Inggris masih belum kenyang dengan darah Tok Janggut, mereka terus dengan harapan generasi mendatang menganggap Tok Janggut dan pengikutnya sebagai pengkhianat bangsa serta negara.

Meninggalnya seorang tokoh pahlawan Malaya Tok Janggut ini umpama menutup bangkai gajah dengan nyiru, usaha itu tidak berhasil karena masyarakat sudah dapat membedakan mana kaca dan mana permata. Meskipun usaha Tok Janggut untuk melawan dan mengusir penjajah dari bumi Melayu tidak kesampaian, semangat cintakan agama, bangsa dan tanah air yang tertanam kokoh di dalam jiwa Tok Janggut menyebabkan ia disanjung hingga kini.

______________________________

(A). Syeikh Wan Ahmad Al-Fathani adalah guru agama bertaraf wali kepada hampir seluruh ulama nusantara ini pada masa itu karena Syeikh Wan Ahmad adalah Tokoh orang Melayu yang telah diakui menjadi guru agama mengajar di Makkah dengan ketinggian ilmunya. Selain itu Syeikh Ahmad ini merupakan pendiri asosiasi orang Melayu di luar negeri yaitu Jami'atul Fathaniyah di Mekah dan ditunjuk oleh Sultan Abdul Hamid II sebagai Ketua Komite Percetakan Pemerintah Utsmaniyyah. Bahkan Syeikh Wan Ahmad juga dianugerahi kewarganegaraan Utsmani pada 1889.

(B). Di Indonesia, Orientalis barat seperti Dr. Christian Snouck Hugronje telah membuat satu penelitian khusus untuk mendalami praktek agama dan adat budaya masyarakat setempat khususnya di Aceh.

Hasil dari penelitian Snock Hugronje, dapat mengatakan:
"Belanda tidak perlu takut kepada pengaruh Haji Indonesia karena mereka hanya pulang dengan sorban, yaitu simbol Haji semata-mata dan tidak selalu bersikap benci kepada orang kafir. Tetapi jika mereka pulang dengan ilmu pengetahuan Islam sebagai satu cara hidup yang lengkap, termasuk politik maka kelompok Haji ini harus diawasi oleh pihak penguasa .... "
Betapa besar pengaruh orang bergelar 'Haji' ketika itu sehingga pihak Inggris memberi perintah memaksa Sultan Kelantan yaitu Sultan Muhammad IV mengeluarkan titah perintah melarang rakyat (yang diantaranya ada banyak ulama) mendukung pemerintah Turki Ottoman. Bahkan Inggeris juga memaksa mufti Kelantan ketika itu mengeluarkan satu surat dukungan supaya mendukung pemerintah Inggris dalam perang.

(C). Perwakilan yang bernama Abdul Latif yang dikirim oleh Inggris khusus dari Singapura ini mungkin seorang talibarut Inggris atau mungkin hamba The Hidden Hand, semata-mata untuk memicu isu atau api kemarahan penduduk dengan memperkenalkan sistem pajak yang tinggi dan tidak wajar. Bila api kemarahan tercetus, maka senanglah Inggris menjalankan agendanya yang tersembunyi dengan alasan untuk menyelesaikan masalah pemberontakan dan dalam waktu yang sama mengambil kesempatan untuk membunuh Hj Mat Hassan atau Tok Janggut yang menjadi ancaman besar dan sangat berbahaya bagi mereka.

(D). Seketika itu Istana di Kota Bharu Sultan Muhammad IV sudah memberi jaminan tertulis kepada Inggris akan memastikan kekacauan tidak terjadi di Kelantan.

deepsouth




20 Oct 2015

Mempertahankan bahasa Melayu

Mempertahankan nilai bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu

Oleh:DR. HASSAN AHMAD


BAHASA penting dalam segala aspek kehidupan manusia, masyarakat dan negara. Inilah sebabnya mengapa bahasa - tidak kira bahasa apa pun - menarik minat pelbagai golongan pengkaji dan pemikir, tidak hanya ahli bahasa.

Ahli bahasa deskriptif hanya tertarik untuk mengkaji dan menghuraikan sistem linguistik bahasa itu, mengkaji peraturan tatabahasanya dan sistem fonologinya tetapi kurang memberikan perhatian terhadap fungsi atau budaya dan nilai sosial bahasa itu.

Pakar-pakar sosiolinguistik pula mengkaji tentang fungsi sosial bahasa. Tentang bagaimana bahasa digunakan hari-hari dalam masyarakat dan bagaimana manusia membentuk makna berdasarkan konteks sosialnya.

Dalam budaya Melayu, misalnya, terdapat fenomena bahasa budaya yang diungkapkan dalam bentuk kata-kata `budi bahasa'. Orang yang dikatakan `tidak tahu bahasa' bererti orang itu tidak pandai berbudi bahasa, yakni tidak mengetahui adat berbahasa menurut konteks sosialnya.

Bahasa juga boleh dikaji dari segi psikologi. Ahli psikolinguistik (atau ahli psikologi bahasa) mahu tahu apakah proses yang berlaku dalam minda atau otak manusia apabila dia mengeluarkan atau mengucapkan bahasa dan memahami bahasa.

Kajian ini menumpukan perhatian kepada proses pemikiran yang berlaku apabila orang menggunakan bahasa. Antara persoalan yang cuba dipastikan ialah soal pengaruh bahasa terhadap pemikiran manusia dan pengaruh pemikiran manusia terhadap perkembangan bahasa.

Ahli antropologi budaya bahasa cuba mengkaji hubungan genetik atau budaya antara bahasa dengan bangsa atau kumpulan etnik yang menggunakan bahasa. Jadi, mereka mahu tahu setakat mana bahasa menandakan jati diri (identiti) bangsa yang menggunakan bahasa itu sebagai bahasa aslinya. Dari sini timbul pula soal `nasionalisme bahasa' yang termasuk dalam kajian sains politik.

Soal yang dikaji ialah peranan bahasa sebagai alat politik. Misalnya, bagaimana bahasa digunakan untuk membangkitkan kesedaran bahawa bahasa penting sebagai pembentuk kesatuan politik yang disebut `negara' atau negara bangsa'.

Sering kali, `politik bahasa' ini menyebabkan sesebuah negara menggubal dasar bahasa atau membuat undang-undang mewajibkan warganegara menggunakan satu-satu bahasa yang dipilih sebagai bahasa rasmi negara itu.

Dasar ini terdapat di kebanyakan negara, terutama di negara yang terdiri daripada pelbagai kumpulan etnik dan pelbagai bahasa. Contohnya yang terdekat ialah Malaysia, Indonesia, Thailand dan banyak negara lain lagi, termasuk Amerika Syarikat dan seluruh negara Eropah, Jepun, China, Korea, Australia dan New Zealand.

Ada negara yang dasar bahasanya tidak bertulis. Tidak ada akta bahasa. Contohnya, di Britain bahasa rasminya iaitu bahasa yang digunakan dalam semua urusan dan kegiatan sektor swasta ialah bahasa Inggeris. Padahal di Britain terdapat banyak bahasa lain seperti bahasa Scottish, bahasa Wales dan bahasa Irish yang hampir-hampir luput kerana fungsinya di seluruh Britain sangat terhad.

Yang terakhir, bahasa juga menjadi subjek kajian dan renungan ahli falsafah. Soal yang dikaji selalunya bersifat abstrak dan logikal: Bagaimana kita tahu bahawa satu-satu ayat atau perkataan itu, yang disebut `proposisi', benar atau tidak benar. Misalnya, bagaimana kita hendak memastikan dalam minda atau otak kita, bahawa perkataan `meja' benar-benar melambangkan benda yang disebut `meja' itu. Orang yang mengkaji soal semiotik, iaitu kajian tentang `tanda' atau `lambang', juga menanyakan soal yang sama.

Tetapi kaedah yang digunakan tidak sama dengan kaedah yang difikirkan oleh ahli falsafah bahasa. Manakala ahli semiotik menggunakan kaedah hermeneutik, pragmatisme dan sosiologi untuk mengkaji `makna' pada tanda atau lambang atau dalam teks tertentu, ahli falsafah pula lebih mementingkan kaedah logik untuk mengkaji hubungan antara bahasa dengan makna.

Berdasarkan huraian ringkas tentang kepelbagaian minat yang diberi oleh pelbagai ahli dan pemikir (tidak hanya ahli bahasa) terhadap bahasa dan hubungannya dengan manusia, masyarakat, politik, falsafah, budaya, etnisiti, psikologi dan pemikiran, dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa bahasa tidak hanya bererti sistem linguistik semata-mata. Sistem linguistik ialah soal nahu atau tatabahasa, istilah, ejaan, sebutan baku dan sebagainya.

Tetapi bahasa mencakupi keseluruhan hidup manusia sebagai alat pemikiran, alat budaya, sebagai sumber kemajuan dan tamadun serta sumber kestabilan masyarakat dan negara. Ia juga sebagai pembentuk keperibadian dan nilai manusia.

Jadi, yang penting bukan hanya bahasa itu sebagai sistem linguistik semata-mata tetapi sebagai sistem nilai. Bahasa Latin masih menjadi sumber peminjaman kata dan istilah baru bagi bahasa-bahasa Eropah, tetapi nilainya sebagai alat penjana tamadun dan pemikiran tinggi dalam zaman moden ini tidak ada lagi.

Salah satu nilai yang perlu ada pada bahasa Melayu ialah nilainya sebagai bahasa ilmu dan bahasa kemajuan.

Para pengkaji bahasa, baik ahli bahasa deskriptif, ahli sosiolinguistik, ahli psikolinguistik, ahli budaya (antropologi) bahasa, ahli semiotik, mahupun ahli falsafah bahasa, walaupun mereka menggunakan kaedah kajian yang berlainan, semuanya sepakat tentang bahasa. Menurut pengkaji, bahasa - tidak kira bahasa apa pun - mempunyai keupayaan yang tidak terhad untuk mengungkapkan fikiran bangsa yang menggunakan bahasa itu sebagai bahasa utamanya.

Seperti kata seorang pemikir psikologi atau kognitif bahasa, Steven Pinter (1994), yang mencipta bahasa ialah minda (fikiran) manusia. Jikalau fikiran bangsa atau manusia itu maju, maka akan majulah bahasanya.

Setiap kali manusia berfikir dia mencipta makna dan makna ini boleh disampaikan melalui kata-kata yang sudah ada dalam perbendaharaan kata bahasanya. Atau melalui kata-kata dan istilah baru yang boleh diciptakan, sama ada melalui proses peminjaman atau melalui cara lain, berdasarkan sistem linguistik bahasanya.

Demikianlah caranya bangsa Inggeris misalnya, maju dalam bidang ilmu bukan kerana bahasa Inggeris itu dilahirkan sejak asalnya sebagai bahasa yang memang `sudah maju' dari segi sistem linguistiknya atau dari segi kehadiran peristilahan ilmunya.

Tetapi bangsa mereka maju dalam bidang ilmu kerana dua faktor: Pertama, kerana di kalangan bangsa Inggeris wujud sekumpulan manusia yang kita sebut `ahli fikir' atau `ahli sains' seperti Roger Bacon dan Isaac Newton dalam abad ke-16 dan 17.

Mereka juga memiliki `sasterawan besar' seperti Shakespeare yang berfikir dan menulis dalam bahasa Inggeris, bahasa ibunda mereka. Kedua, bahasa Inggeris asal, iaitu bahasa Anglo-Saxon, tidak mempunyai istilah sains untuk menyatakan konsep dan teori baru.

Oleh itu, para pemikir dan ahli sains Inggeris terpaksa meminjam istilah yang cukup banyak daripada bahasa Latin dan bahasa Greek. Hari ini, tidak ada satu ayat bahasa Inggeris dalam bidang apa pun yang tidak mengandungi istilah pinjaman.

Demikianlah juga proses yang berlaku pada bahasa Melayu sejak abad ke-15, lebih-lebih lagi sejak abad ke-16 dan 17. Para pengarang, pemikir dan sasterawan berbahasa Melayu di rantau ini menghasilkan seberapa banyak karya besar dalam bidang kesusasteraan, ilmu teologi, ilmu metafizik dan tasawuf dan falsafah dalam bahasa Melayu.

Mereka bertembung dengan pelbagai tamadun luar, terutama tamadun Islam, lalu mempelajari `ilmu Islam', meminjam istilah-istilah baru dari bahasa Arab untuk menghasilkan karya-karya yang besar itu dalam bahasa Melayu.

Daya kreatif bahasa Melayu terkenal. Pemikir Melayu sering menggunakan bahasa metafora (bahasa perumpamaan), bahasa kiasan dan bahasa alegorikal untuk menyampaikan isi hati, pandangan hidup dan pemikiran mereka secara padat dan mendalam.

Mereka tidak hanya menggunakan kata-kata yang literal atau leksikal. Tetapi yang penting ditegaskan ialah, bahasa Melayu sudah berkurun-kurun lamanya berfungsi sebagai alat penjana tamadun ilmu dan tamadun budaya tinggi di seluruh rantau ini.

Jadi, kalau hari ini ada orang yang berkata bahawa bahasa Melayu `tidak mampu' menjana tamadun tinggi, tidak mampu menjadi bahasa sains dan bahasa teknologi, saya kira orang itu tidak membaca sejarah bahasa Melayu ini.

Ataupun orang ini sengaja menutup fikirannya terhadap peri pentingnya bahasa ini sebagai alat kemajuan bangsa berbahasa Melayu di rantau ini.

Hari ini terbukti bahawa tradisi yang sudah terbina sejak berkurun lamanya itu dapat disambung semula setelah dasar negara menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan kebangsaan hingga ke peringkat pengajian tinggi.

Beribu-ribu sarjana dalam pelbagai bidang ilmu, termasuk antaranya beberapa banyak pakar sains dan perubatan, dari semua kaum terdidik melalui sistem kebangsaan ini.

Jika dasar ini dikekalkan dan diperkukuhkan lagi, pasti nilai bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu akan terus meningkat dan orang akan terus tertarik untuk mempelajari bahasa ini kerana nilainya.

Yang penting ialah bangsa Melayu harus mengembangkan ilmu dalam bahasanya, baru bahasa kita terus menjadi bahasa yang kreatif dan produktif ilmu. Maksudnya, kita harus terus berfikir dalam bahasa kita sendiri, sebagaimana juga bangsa lain maju dalam bahasa sendiri.

Inilah yang dimaksudkan dengan peranan bahasa sebagai alat pemikiran bangsa. Ini tidak bererti bahawa kita tidak usah mencari ilmu yang ada dalam bahasa-bahasa lain. Ada orang yang menyangka bahawa orang Melayu yang cuba memperjuangkan bahasa Melayu mengamalkan `nasionalisme bahasa' yang sempit.

Kita patut menyedari bahawa orang yang dikatakan menganut faham `nasionalisme' yang sempit ini banyak yang menguasai bahasa Inggeris tinggi.

Mereka tidak pernah membenci bahasa asing. Malah merekalah paling ke depan menyokong segala usaha kerajaan untuk meningkatkan pengajaran bahasa Inggeris di sekolah kita.

Tidak cukup kalau `martabat' bahasa Melayu di negara ini kekal hanya sebagai bahasa urusan pentadbiran kerajaan sahaja, atau sebagai lingua franca biasa, jika taraf atau nilainya sebagai bahasa ilmu dan bahasa kemajuan tidak dimajukan terus.

Dan usaha ini tidak hanya mesti bergantung kepada dasar kerajaan. Para pemikir, para sarjana, penulis Melayu sendiri harus melakukan usaha ini dengan lebih gigih dan komited.

Dengan usaha itu, tidaklah mustahil suatu ketika nanti, bahasa Melayu boleh menjadi sumber ilmu yang penting di rantau ini.

utusan online






19 Oct 2015

dari bintang ke bintang

ANJAKAN MAKNA PUISI USMAN AWANG
RAHMAN SHAARI
11 Oktober 2015



SALAH satu babak teater Dari Bintang Ke Bintang yang dianjurkan oleh ITBM minggu lalu.

Persembahan teater Dari Bintang ke Bintang ialah persembahan puisi artistik. Itulah istilah saya dan pernah ditanya: Adakah yang artistik itu puisi atau persembahan? Jawapannya tentulah persembahan, kerana puisi yang dihasilkan oleh penyair seperti Usman Awang sudah sedia artistik. Dengan kata lain, persembahan puisi artistik ialah persembahan puisi yang sedia artistik di kertas, dan diharapkan akan artistik di atas pentas.

Tetapi ada juga persembahan yang gagal mencapai tahap artistik, biarpun puisi yang digunakan untuk persembahan itu cukup artistik. Sesekali boleh juga berlaku sebaliknya, iaitu persembahan menjadi cukup artistik biarpun puisi yang digunakan tidak artistik.

Format persembahan puisi artistik juga telah saya hantarkan ke Kementerian Pendidikan, dan contoh puisi yang digunakan adalah karya sejumlah penyair. Saya berkisah tentang hal ini kerana konsep yang saya kemukakan tidak asing malah sealiran dengan konsep Fauziah Nawi. Kedua-dua mengusahakan penjalinan puisi hingga terbina jalan cerita. Syarat utama persembahan puisi artistik mesti ada jalan cerita.

Teater Dari Bintang Ke Bintang dianjurkan oleh Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM), Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Yayasan Usman Awang. Dipentaskan minggu lalu di Dewan ITBM, Seksyen 10 Wangsa Maju, Kuala Lumpur.

Apabila pementasan bermula dengan kebangkitan pelakon-pelakon, saya berfikir keras tentang “tempat” bermula. Tidak sukar untuk mengetahui itu kerana hal ehwal Puteri Gunung Ledang diungkapkan. Ungkapan tentang kehendak Puteri Gunung Ledang telah kita ketahui, termasuk hati kuman dan darah anak raja. Yang menyentak fikiran saya dan mungkin orang lain ialah persembahan sajak Kekasih.

Saya enggan mengatakan pengarah dan pelakon tidak sedar bahawa sajak Kekasih ialah sajak romantik yang terhebat di Nusantara. Saya perlu memikirkan tafsiran lain, terutama saya pendokong teori anjakan makna. Teori ini mengatakan bahawa sesuatu makna tidak tegak berdiri di satu-satu titik. Makna selalu berada di atas garis kontinum, dan beranjak. Rangkap pertama Akan kupintal buih-buih / menjadi tali mengikatmu tidak dianggap baris pernyataan cinta oleh pengarah Dari Bintang ke Bintang. Pengarah telah mengajarkan pelakon tentang hal lain, atau tentang kemungkinan lain.

Pada saya, oleh sebab pengarah tidak mahu tertakluk pada idealisme cinta, atau lebih tepat lagi ungkapan cinta yang berlebih-lebihan, maka dia meminta pelakon-pelakonnya mengucapkan Kekasih dengan nada dan gaya kasar. Dengan pengucapan demikian, terketepilah kesan yang diperoleh peminat lagu Kekasih nyanyian Ibrahim Bachik dan juga Kopratasa. Sajak Kekasih dalam teater ini bagaikan mengejek kekasih. Sesiapa yang membaca sajak Kekasih dengan cermat, atau memberikan perhatian terhadap nyanyian Ibrahim Bachik atau Kopratasa pasti akan mengakui keromantisan luar biasa karya ini. Kata-kata yang dipilih adalah hiperbolistik.

Perlu disebutkan juga bahawa keseluruhan persembahan Dari Bintang ke Bintang membawa tema kebangkitan dan permasalahan hidup rakyat di tanah air kita. Sajak Dari Bintang ke Bintang karya Usman Awang sebenarnya diketepikan oleh pengarah apabila ditinjau secara keseluruhan. Sajak ini membawa tema kegagalan dalam percintaan, dengan penekanan pada harapan agar kekasih protagonis (yang berkahwin dengan lelaki lain) berbahagia.

Sajak ini mengucapkan ‘dari bintang ke bintang begini’: Ketika malam kulihat matamu pada bintang / senyummu melambai di gemilang sinar bulan/ dari bintang ke bintang kunantikan lagumu / hanya kerdipan dalam bisu suara hatiku bimbang.

Adalah satu masalah dalam hal memilih judul yang representatif. Sajak Dari Bintang ke Bintang tebal dengan kekecewaan lelaki kerana kekasihnya berjodoh dengan orang lain. Bunyi judul mungkin seakan-akan ada pelbagai pencapaian, iaitu berjaya melompat dari satu bintang ke bintang lain. Namun, makna sajak Dari Bintang ke Bintang itu sendiri ialah kekosongan kerana tiada bintang yang memberikan harapan.

Makna asal

Pernyataan ini penting untuk difikirkan. Judul Dari Bintang ke Bintang memang berupaya membawa makna perkembangan politik dan pencapaian orang Melayu dan rakyat Malaysia. Saya tidak keberatan menerima makna tersebut, tetapi makna asal tetap kekal.

Dalam negara kita, bila-bila masa saja boleh berlaku pertelingkahan, berselang seli dengan kedamaian. Saya syorkan di sini bintang ialah masa damai. Jadi, Dari Bintang ke Bintang ialah dari satu kedamaian kepada kedamaian seterusnya. Pertelingkahan Hang Tuah dan Hang Jebat ialah satu pertelingkahan bersiri. Ertinya, pertelingkahan seperti itu berulang dengan punca yang berlainan. Apabila timbalan presiden bangkit melawan presiden, tidak kira kisah dalam parti politik apa pun, dan kebetulan beberapa parti politik sama-sama maju dalam pertelingkahan, itu ialah perulangan pertelingkahan Tuah - Jebat.

Selain itu, persoalan watak contoh juga menarik. Apabila muncul manusia yang tidak boleh dicontohi, itu ialah keadaan tiada bintang. Sajak Benarkah Ketam Mengajar Anaknya Berjalan Betul? ialah salah satu daripada tanda-tanda manusia yang tidak boleh dicontohi. Elok dalam bicara ini saya nyatakan, bahawa Usman Awang tidak berhasrat menulis sajak berbentuk demikian. Karya itu dimaksudkan untuk kritikan sosial dalam bentuk prosa. Saya telah ditugaskan menyusun puisi Usman Awang untuk buku Salam Benua, dan karya tersebut saya masukkan. Usman bertanya: “Ini sajakkah?”

Bahagian yang menarik dalam sajak tersebut ialah ‘peraturan menyimpan rambut di kepala bagi kepala yang berambut”. Baris itu kedengaran biasa, tetapi lapisan dalamannya ialah jenaka wacana erotik, iaitu Usman mahu menyebutkan jenis-jenis kepala. Ada kepala yang berambut, dan ada kepala yang tiada rambut. Dalam persembahan, kata itu gagal dibawa bagi membangkitkan maknanya. Hal ini berlainan bagi sajak Melayu. Dalam persembahan sajak Melayu, kata tertentu sampai kepada pendengaran telinga erotik dengan mudah: … Mualaf bertakrif Melayu (setelah disunat anunya).

Sajak-sajak yang menyatakan kemanusiaan ada beberapa. Sajak Mata Ayah memuatkan rasa kasih dan simpati kepada seorang lelaki yang dipanggil ayah, kerana menanggung derita. Sajak Kemanusiaan menyarankan agar dalam memberikan simpati kepada mangsa, taraf atau darjat jangan diambil kira.

Persembahan Dari Bintang ke Bintang ialah persembahan yang amat terlatih. Ireene Greene ada mengatakan, jika tiada latihan maka tiada seni. Pasukan Fauziah Nawi amat sedar tentang hal itu. Gerakan di pentas membuktikan bahawa latihan dibuat secara bersungguh-sungguh.

Vince Lombardi mengatakan, latihan tidak menuju kepada kesempurnaan. Yang menjadikan sesuatu persembahan itu sempurna ialah latihan yang sempurna. Sedikit pun kita tidak risau dengan kerja pengarahan oleh Fauziah Nawi. Jika kita terdorong untuk menilai persembahan puisi hasil arahannya, kita hanya perlu melihat gerakan dan penyuaraan para watak. Gerakan seni mempertahankan diri misalnya cukup cergas dan memberangsangkan.

utusan online 




















  Teater Dari Bintang ke Bintang. Arahan bersama Fauziah Nawi dan Iryanda Mulia ini telah mengangkat himpunan puisi Sasterawan Negara Usman Awang ke pentas visual dengan unik sekali. 
foto : itbm

STATUS

Search This Blog

DAUN