15 May 2020

Sbiet Lew : Sebuah Cerita Luka vi

Ya Allah sayunya hati ini. 5 tahun keluarga ini tinggal disini Tumpat. Sebuah keluarga anak 9 orang. Paling besar 18 tahun. 5 tahun duduk sini. Takde bilik apa. Mereka menumpang sambil menjaga kubur. Sebelum ini ada sewa rumah rm200 tak mampu nak bayar. Suami kakak ini sakit jantung. Suami isteri kerja cari besi buruk dan jaga kubur. Anak sulung 18 tahun sebelum ni kerja kantin sekolah.

Menangis tengok semua ini. Saya ajak keluarga ini pindah rumah baru. Saya bayarkan sewa semua dan bayarkan. Tak tahulah bila tengok orang susah saya terasa seperti keluarga saya. Rumah ni peti ais, mesin basuh dan tiada apa pun. Rasa macam semua tiada. Ya Allah tuhanku. Doakan tengah cari rumah dan nak cari barang asas sikit.

Syukur wakil Menteri Besar, Yb,penghulu,imam semua hadir bersama tadi. Mereka ucap tahniah dan terima kaseh membantu. Mereka ada menghantar bekalan makanan dan ada peruntukan nak repair rumah. Cuma tanah orang jadi tak dapat nak repair. Mereka dapat bantuan JKM rm200 sebulan. Terima kaseh semua.

Pohon doakan saya tengah cari rumah untuk mereka-ebitlew






Syukur di Tumpat Kelantan setelah 5tahun duduk dipondok dekat kubur. Ujian mereka. Terima kaseh tuan tanah bantu selama ini. Syukur dalam masa 3jam dapat sewa rumah baru Rm450 sebulan. Saya akan bayar bil elektrik dll selagi hayat insyaAllah. Ada 3 bilik cantik. Saya belikan keluarga ini Motor Modenas baru Rm3300 kerana susah mereka nak bergerak. Tadi ajar guna peti ais dan mesin basuh. Belikan semua barang keperluan asas rumah..Katil double 2 dan katil single 2.

Menangis keluarga ini masa dapat rumah dan waktu tengok motor baru. Senyum dan menangis bersama ya Allah. Terima kaseh ya Allah.

Terima kaseh semua wakil kerajaan negeri dan penghulu yang hadir. Jkm beri rm200 sebulan. Dan ada orang kampung bagi bantuan makanan dll. Terima kaseh Ngo tempatan disini yang bantu saya tunjuk jalan dan kongsikan masalah disini.

Seronok tengok senyuman orang lain. Bahagia sentiasa..-ebitlew





fbebietlew
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

© 2011 mimbar kata, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena