menunggu

menunggu

aku menunggu kakak pulang
dapat kupinjam telefonnya
sangat lama aku ingin
menatap sendiiri video putrajaya
malam dan lampu-lampunya
kata mereka di youtube ada
itupun kalau kakak kasi
kerana dia sendiri tak pernah renggang
dan kadang-kadang mukanya masam
kreditnya berkurang

di sekolah kawan-kawan bercerita
seronok dengan telefon sendiri
atau ayah kasi laptop lagi
boleh borak diwasap
ada facebook gambar berdiri
aku tak harap itu
ayahpun telefon lama
hanya untuk tulis pesan

aku selalu berdoa
agar kakak habis belajar
bisa beli telefon pintar
yang lama diberi kepada aku
atau aku berdoa lagi
biar menteri berubah hati
ada lagi ppsmi
ajar bahasa inggeris dan komputer
aku boleh lihat sendiri
youtube putrajaya


Comments