projek buku ankedot



Siri Anekdot AID Conference

Kami Mencari Anda!!
Mari menjadi penulis buku dengan hanya 500 patah perkataan dan kos hanya RM80!
Mari menulis dalam Siri Anekdot AID Conference!

Siri Anekdot AID Conference merupakan projek penulisan pertama AID yang berhasrat untuk meningkatkan minat membaca dalam kalangan pelbagai lapisan masyarakat menerusi penerbitan berbentuk buku yang menghimpunkan penulisan anekdot (pengalaman berbentuk tulisan pendek) dengan tema-tema tertentu yang berasaskan pengalaman peribadi penulis.

Untuk penerbitan tahun 2020, AID Conference akan menerbitkan enam buah buku anekdot dengan tema-tema berikut yang akan diberikan tajuk yang menarik:

1. Pengalaman memasuki pertandingan inovasi
Editor: Siti Rosnita Sakarji
Pembaca Pruf: Quah Wei Boon

2. Pengalaman menghadiri persidangan akademik (dalam dan luar negara)
Editor: Masilah Mohamad
Pembaca Pruf: Norfhadzilahwati Rahim

3. Pengalaman berkaitan agama
Editor: Dr Khairunneezam Mohd Noor

4. Pengalaman berkaitan sains dan teknologi
Editor: Siti Norazura Jamal
Pembaca Pruf: Maryam Badrul Munir

5. Pengalaman tentang alam persekolahan (sasaran penulis adalah guru, adik-adik sekolah rendah dan menengah tetapi masyarakat
umum juga boleh menulis selagi karya berkisar tentang alam persekolahan)
Editor: Nabilah Abd Shukur
Pembaca Pruf: Zarinatun Ilyani Abdul Rahman

6. Antologi puisi (bebas tanpa tema)
Editor: Dr Raja Mayang Delima Mohd Beta
Pembaca Pruf: Nordayana Zulkifli

Penulis yang berminat berkarya boleh menghantar karya mereka ke anekdotaidconference@gmail.com dengan subjek email: Penghantaran Karya Anekdot – Inovasi/Persidangan/Agama/SnT/Sekolah/Puisi (pilih satu yang sesuai dengan karya anda). Pastikan subjek email anda tepat dengan kandungan anekdot yang disertakan. Cara penghantaran email yang salah mungkin mengakibatkan karya anda tidak terpilih.

Format penulisan karya anekdot ialah:
Panjang karya dalam 450-600 patah perkataan bagi satu anekdot
Karya bersifat santai dan tidak formal
Karya mempunyai sifat minat manusia (human interest) dan boleh merangkumi beberapa dialog untuk menghidupkan dan memberi warna kepada karya.
Setiap karya yang terpilih (sama ada anekdot atau puisi) dikenakan yuran RM80 bagi setiap satu karya dan apabila buku siap dicetak, penulis akan diberikan lima buah buku yang mengandungi karya mereka secara percuma.
Bagi karya berbentuk puisi, tiada had baris bagi setiap puisi yang dihantar untuk pemilihan.
Selain itu, setiap karya juga perlu mempunyai nama penuh penulis, jawatan, alamat tetap, alamat organisasi, nombor telefon dan email.
Selepas anekdot dihantar kepada urusetia dan terpilih, penulis akan mendapat maklumat dan cara pembayaran yuran RM80 melalui email.


aid

Comments