ucapan hari guru Tun M





Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat Hari Guru kepada semua guru di Malaysia.

Jika saya dianggap berjaya, ia adalah hasil dari didikan baik yang saya terima dari guru-guru saya di samping ibu bapa. Jika ada kekurangan pada diri saya ianya bukanlah kerana ajaran yang tidak cukup dari guru-guru saya tetapi adalah kekurangan dari diri saya yang gagal menerima sepenuhnya ajaran dari guru-guru tersebut.

Kepada guru-guru saya yang saya hormati dan sayangi, hanya Allah SWT sahajalah yang dapat balas jasa dan pengorbanan mereka selama ini.

Guru, obor hemah menyinari pertiwi.

#TerimaKasihCikgu!

Comments