4 May 2019

Teater Makyung Anak Raja Gondang


DEWAN BUDAYA sekali lagi akan mempersembahkan Teater Makyung dengan tajuk pementasan pada tahun ini "Teater Makyung Anak Raja Gondang" hasil nukilan Che Mat Jusoh dan Qaseh Bismillah. Pelakon makyung yang tidak asing lagi Rosnan Rahman, Nadhilah Suhaimi, Norhelmi Othman, Qaseh Bismillah, Yoh, Murshid Md Hussain, Nik Mohd dan Ramnah Ramli bakal menggegarkan panggung Dewan Budaya sekali lagi pada tahun ini! Tiket boleh didapatkan di kaunter Pejabat Dewan Budaya,

SINOPSIS CERITA

Teater Makyung Anak Raja Gondang menceritakan kisah Anak Raja Gondang yang memohon izin untuk bermain di Padang Luas Saujana padang. Di sinilah bermulanya pengembaraan Anak Raja Gondang yang melalui pelbagai halangan, namun atas kebijaksanaannya maka baginda dapat mengatasi anak-anak Mak Inang Kurang Sa Empat Puluh dan Wak Juara Pemikat. Kerana kesengajaannya menganiaya Wak Juara Pemikat maka baginda telah ditangkap o!eh Wak Pertanda Raja lalu membawanya masuk ke istana. Helahnya telah berjaya menemukannya dengan Raja Besar. Raja Besar terpikat dengan Anak Raja Gondang, lantas mengambil Anak Raja Gondang sebagai anak angkat baginda.

Namun Raja besar tidak sabar dengan kenakalan anak Raja Gondang lalu menjatuhkan hukuman bunuh. Wak Petanda Raja telah mencuba pelbagai cara namun tidak dapat, membunuh, akhirnya Wak pertanda buat helah mengajak Anak Raja Gondang mencuci Meriam di Tanjung Kuala dan ketika ARG masuk ke dalam Meriam lalu WPR menyucuh Meriam dan terpelanting jatuh ke daalam laut dan dijumpai oleh naga lalu mengahantar ke daratan ke tempat gergasi.

Apakah yang akan terjadi kepadanya?Siapakah Raja Naga dan juga Raja Gergasi?Adakah Anak Raja Gondang berjaya menemui bondanya? Sama-sama kita saksikan kisah seterusnya.








0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

© 2011 mimbar kata, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena