dell meninggal dunia

Dahlan Zainuddin meninggal dunia



DAHLAN ZAINUDIN
28 Mei 2019


KUALA LUMPUR 28 Mei - Penyanyi popular era 70-an, Datuk Dahlan Zainuddin, 78, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Selayang pada puku 9.48 malam ini selepas tidak sedarkan diri kerana diserang angin ahmar, Sabtu lalu.

Perkara ini disahkan oleh isterinya, Datin Effa Rizan.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri dan tiga orang cahaya mata.

Menurrut Effa, jenazah akan dibawa ke Masjid Bangsar untuk dimandikan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Kiara selepas solat Zohor.

AHLI keluarga bersama rakan-rakan berada di sisi Allahyarham ketika menghembuskan nafas terakhir. - UTUSAN ONLINE


Dalam temubual sebelum ini Effa berkata, keadaan kesihatan suaminya agak stabil sebelum diserang strok kali kedua, malah Arwah masih mampu memenuhi undangan majlis berbuka puasa bersama anak yatim.

Bahkan sebelum kejadian, dia dan suaminya sedang berbual sebelum Dahlan secara tiba-tiba senyap dan tidak memberikan sebarang reaksi.

Dahlan merupakan salah seorang penyanyi yang terkenal dengan lagu Kisah Seorang Biduan.

Beliau memulakan karier sebagai penyanyi selepas memenangi kategori Persembahan Keseluruhan Terbaik, Bintang RTM pada tahun 1975.

Pernah mencipta sejarah apabila menjadi penyanyi tempatan pertama yang mendapat peluang untuk mengadakan konsert di Stadium Negara pada tahun 1978.

Selain itu, beliau merupakan anak kepada pelakon bangsawan yang pernah berhijrah ke Singapura sewaktu usianya mencecah lapan tahun dan kemudiannya menetap di Kuala Lumpur pada tahun 1965.

Selain menyanyi beliau juga pernah membintangi filem Kisah Seorang Biduan bersama Gaya Zakry dan beberapa pelakon yang lain dan pernah menjadi pengacara dalam rancangan Hiburan Minggu Ini (HMI) sekitar tahun 1970-an. - UTUSAN ONLINE

utusan


Penyanyi Dahlan Zainuddin meninggal dunia
WARTAWAN SINAR HARIAN |
28 May 2019



Dahlan Zainuddin

PENYANYI popular era 70-an, Datuk Dahlan Zainuddin, 78, telah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Selayang jam 9.48 malam tadi.

Allahyarham tidak sedarkan diri akibat diserang angin ahmar (strok) sejak Sabtu lalu.

Sekitar empat tahun lalu, penyanyi yang terkenal dengan lagu Kisah Seorang Biduan itu diserang strok kali pertama mengakibatkan lumpuh sebelah kiri.

Berita sedih itu disahkan oleh isterinya, Datin Effa Rizan kepada rakan media malam ini.

Jenazah dimaklumkan akan dibawa ke Masjid Bangsar untuk dimandikan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Kiara selepas solat Zohor.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri dan tiga orang cahaya mata.

Antara lagu popular Allahyarham Dahlan adalah Kisah Seorang Biduan yang sehingga kini menjadi siulan.

sinarharian


Comments