11 Mar 2019

mural


Kuala Lumpur


kluang


Pulau Pinang



Jalan Alor, Kuala Lumpur



Bukit Bintang, Kuala Lumpur




Mural jadi tarikan di Pekan Cina dan Pekan Melayu

Lukisan mural yang menampilkan wajah Tun Dr. Mahathir Mohamad, bangunan Menara Berkembar Petronas dan kereta pertama keluaran Malaysia, Proton Saga di Lorong Setar menjadi tarikan di Alor Setar, Kedah, sejak akhir-akhir ini.

21 Jun 2015 12:22 AM

ALOR SETAR 20 Jun – Pekan Cina dan Pekan Melayu di Tanjung Chali dekat sini bakal menjadi lokasi tumpuan ramai apabila lebih banyak mural berkaitan sejarah negeri akan dilukis di dinding bangunan lama sekitar kawasan itu.

Pengerusi Jawatankuasa Agama, Hal Ehwal Masyarakat Siam, Pelancongan dan Warisan serta Kerja Raya negeri, Datuk Mohd. Rawi Abd. Hamid berkata, seni lukisan mural itu ternyata mampu menghidupkan suasana pelancongan di kawasan tersebut.

Katanya, beberapa lukisan mural yang pertama kali diperkenalkan di Lorong Setar baru-baru ini telah berjaya menarik perhatian pengunjung untuk mengambil gambar dengan berlatar belakangkan lukisan tersebut.

“Sebelum ini Lorong Setar sunyi namun apabila ada lukisan mural yang menampilkan wajah bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, kereta Proton Saga serta Menara Berkembar Petronas kawasan lorong ini penuh dengan pengunjung.

“Rata-rata mereka tertarik dengan lukisan yang dilukis oleh penggiat seni dan kerajaan negeri merancang untuk menambah bilangan mural di Pekan Melayu dan Pekan Cina untuk menarik lebih ramai pengunjung ke situ,” katanya di sini baru-baru ini.

Menurut Mohd. Rawi, antara mural yang dirancang adalah lukisan berkaitan tokoh dan warisan negeri Kedah.

“Kita akan bekerjasama dengan penggiat seni untuk menambah bilangan mural terutama di lorong-lorong sunyi dalam usaha menghidupkan suasana di situ.

“Lukisan mural ini diyakini mampu menjadi produk pelancongan terbaharu di negeri ini,” jelasnya.

Dalam pada itu, seorang pelancong dari Taiping, Perak, Faizah Halid, 30, berkata, dia mengambil kesempatan untuk merakamkan gambar lukisan mural di Lorong Setar itu apabila mendapat tahu mengenainya daripada seorang rakan.

“Lukisan ini yang dahulunya merupakan salah satu cabang seni jalanan amat menarik perhatian pe­lancong terutama golongan muda.

“Saya pasti lebih banyak lukisan sebegini dihasilkan, kawasan ini akan menjadi tumpuan pelancong,” katanya.


utusan online

1 comments:

ohsenyum said...

salam kenalan dari oohsenyum.com

jom tukar suka sama suka link,blog saya tak lah hebat mana pun, pageview 1500 sehari je pun. kalau sudi sila comment di blog saya ye di

https://www.oohsenyum.com/2015/03/tukar-suka-sama-suka-blogist.html

Nanti saya add ke bloglist oohsenyum.com secepat mungkin!

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

© 2011 mimbar kata, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena