18 Jun 2018

perang tanah melayu


perang di Singapura, Februari 1942



Meratapi pemergian anaknya yang terkena serpihan bom dalam salah satu serangan akhir Jepun sejurus sebelum kejatuhan Singapura, 13 Februari 1942


Satu pasukan tentera Jepun tentera mendarat di Pantai Sarimbun, Februari 1942

10 Februari 1942 - Tentera Jepun menghadapi kehilangan nyawa teramai di Singapura. Krew anti-kereta kebal dan mortar Australia menghala tembakan mereka ke arah Tambak Johor. Tentera Jepun juga ramai terkorban akibat terkepung dalam tumpahan minyak yang terbakar


hari-hari terakhir di singapura


POW dari British Suffolk Regiment, 14 Februari 1942


Lt. Jeneral Arthur E. Percival, Pegawai Pemerintah Tertinggi Tentera British di Malaya sedang merundingkan penyerahan diri dengan Lt. Kolonel Sugita Ichiji


POW bergerak menuju ke Changi, Februari 1942



Jeneral Tomoyuki Yamashita dikenali sebagai "The Tiger of Malaya" berjaya memimpin tenteranya menawan Tanah Melayu dalam masa 70 hari sahaja.


Askar Melayu bangkit mempertahankan Singapura di salah satu medan 
di Singapura pada 10 Februari 1942.


Lt. Adnan Saidi bersama rakan-rakan seperjuangan berjuang sehingga kehabisan peluru dari 12 hingga 14 Februari, 1942. Mereka gugur di Bukit Chandu. Keesokan harinya pada 15 Februari 1942, British menyerah kalah. Walau pun peperangan ini di antara British dan Jepun masakan beliau dan rakan-rakannya hanya jadi 'pemerhati' sahaja. Berjaya membuktikan anak negeri berani dan sanggup berkorban hingga ke titisan darah terakhir. Mereka meletakkan asas penubuhan RAMD yang menjadi teras kekuatan ATM. 
Apakah orang di Malaysia tidak berasa bangga?


Tentera Jepun 'membersihkan' Kuala Lumpur dari saki-baki tentangan, 11 Januari 1941



Royal Engineers bersedia meletupkan sebuah jambatan bagi melengahkan kemaraan bala tentera Jepun.


18th Division dari 25th Imperial Japanese Army memulakan usaha pendaratan jam 00.30 pagi waktu tempatan, 8 Disember 1941. Pearl Harbour pula akan diserang kira-kira 50 minit kemudian (jam 01.18 pagi waktu tempatan), pagi 7 Disember waktu US. Tiba di pantai dalam 4 kumpulan jam 00.45 tetapi terperangkap dengan serangan bertalu-talu dari Indian 9th Infantry Division. Menjelang pertengahan pagi barulah 3 battalion penuh Takumi Detachment berjaya mendarat. Mereka tiba di Kota Bharu pada 10.30 dan hanya dapat menguasainya pada 9 Disember 1941 apabila tentera British mendapat kebenaran untuk berundur. (Gambar sekadar hiasan untuk menggambarkan suasana pertempuran).


Lt. General Takuro Matsui,(berkaca mata) Pegawai Pemerintah 5th Division yang menyerang dari sempadan Thailand setelah mendarat di pantai Singgora dan Patani. Foto diambil di Singapura.


Anggota-anggota Batalion Pertama Regimen Askar Melayu (Malay Regiment) yang baru ditubuhkan berlatih menggunakan bayonet Mereka bersama Lt. Adnan Saidi berjuang hingga ke titisan darah terakhir di Bukit Chandu. Berikutan kekalahan tersebut British telah menyerah kalah

sumber 



0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

© 2011 mimbar kata, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena