pak ya jadi ikon

PAK YA JADI IKON


Pak ya jadi ikon
bengis tapi lucu
gedeber tapi humanis
kering hati tapi basah jiwa
terus terang dan memegang kata
menghargai dan menghormati
selagi kata di kota
ramai teman dan taulan
dihormati disegani
bukan kerana samseng
tapi kerana berpegang amanah

pak ya jadi ikon
masyarakat mencari manusia begini
yang dapat mendengar dengan tekun
dan menyelesaikan dengan bijaksana
meletakkan kebaikan teratas
tapi membenci pembohongan
masyarakat mencari-cari
seribu pak ya
biarpun bukan pak ya cong codei
tetapi mirip begitu
yang mendengar dan mengerti
yang tulus hati

Comments