1 Dec 2017

Monolog Cinta : Hujan

MONOLOG CINTA : HUJAN



Memang hidup ibu susah nak. Tapi ibu berusaha untuk membesarkan anak-anak ibu dengan cara sendiri. Tak ada orang nak tolong bila kita susah dan miskin. Keluarga pun tak peduli dan mereka juga dalam kesusahan.

Tapi apa yang tak dapat ibu lupakan peristiwa malam itu. Sebenarnya sudah beberapa hari kami putus bekalan. Ibu bawa anak lari ke atas bukit duduk di bawah khemah plastik. Malam tu hujan sangat lebat. Terasa gegaran kuat air turun dari bukit. Hanya bukit itu yang belum ditenggelami air. Ibu dan anak ibu berpelukan dalam hujan lebat di tengah pekat malam. Angin berhembus kencang dan tiba-tiba terdengar dentuman kuat. Segala macam perasaan tiba ibu hanya merasa satu saja bukti itu akan runtuh...

Hujan sedikit reda menjelang pagi. Kabus semakin tebal menutupi. Lama kelamaan semuanya terbentang di depan mata. Kampung ibu sudah tiada. Rumah sudah hilang. Rumah-rumah jiran juga sama ranap dan tiada. Hanya selut dan lumpur tebal menutup setiap ruang. Tak ada siapa pun yang kelihatan di bawah sana. Ibu memerhati keliling kalau-kalau ada jiran di atas bukit. Tak ada siapa-siapa hanya ibu dan anak ibu. Menyesal juga kerana tidak berpindah awal kalau tidak tak sebegini. Tapi ibu malu nak ke pusat pemindahan kerana ibu tak ada pakaian yang baik. Inilah compang camping. buruk dan berbau.. Tapi ibu merasa syukur ibu masih bersama anak ibu

Dalam gelap malam dan dingin hujan banyak yang meracau fikir. Perut lapar dan dahaga. Bahawa inilah ujian cinta yang Allahg beri terhadap ibu. Anak ibu Manisah dan Parwan inilah permata yang bersama ibu. Baru terasa benar benar berharganya mereka.

Tapi setelah banjir tamat. Semuanya berubah. Manisah jatuh sakit dan meninggal dunia. Ibu tak berupaya lagi membesarkan Parwan lalu ibu serahkan kepada rumah kebajikan. Ibu tak ada tanah sendiri tak dapat rumah baru.
Beginilah nak terpaksa menumpang di rumah orang. Malam di atas bukit ibu teringat kata Manisah. " kalau Manisah ada sayap Manisah bawa ibu terbang sekarang...." Badannya semakin panas dan hingga ke saat pemergian Manisah berkata " Manisah mahu bawa ibu terbang...."

Ibu tetap di sini nak tak akan terbang tetapi melutut dan merangkak mencari hidup.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

© 2011 mimbar kata, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena