29 Dec 2017

industri 4.0


Memahami secara ringkas industri 4.0

 Revolusi Industri pertama tertumpu pada penggunaan mesin berkuasa wap, kedua pada elektrik untuk mengubah barisan pemasangan dan ketiga berkisar kepada penggunaan teknologi maklumat (IT) untuk terus mengautomasikan lagi barisan pengeluaran.

Revolusi Industri keempat pula akan menyaksikan Internet of Things (IoT) membaik pulih bukan sahaja perniagaan, tetapi hampir semua aspek kehidupan seharian. Ia adalah trend semasa automasi dan pertukaran data dalam teknologi pembuatan yang mewujudkan "kilang pintar", di mana mesin disambungkan dengan web dan kepada satu sistem yang boleh menggambarkan keseluruhan rantaian pengeluaran dan membuat keputusan dengan sendiri.

Revolusi Industri 4.0 akan berdasarkan kepada sembilan tonggak; robot automasi, simulasi, integrasi sistem, IoT, keselamatan siber, pengkomputeran awan, pembuatan bahan tambahan, realiti diperkukuhkan, analisis data besar, serta integrasi sistem menegak dan melintang.

Revolusi Industri keempat dilihat akan dapat meningkatkan pendapatan global dan meningkatkan kualiti hidup penduduk di seluruh dunia.



























0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

© 2011 mimbar kata, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena