16 Jul 2017

Uda Dan Dara : Teater Sawah Padi


Muzika UDA&DARA Adaptasi Utih,
Versi Teater di Sawah Padi (TdSP)
11&12 Ogos di Sungai Besar, Sabak Bernam,
Selangor.



UDA DAN DARA @ Utih
Catatan Roslan Madun

Ilhsmdi Pelakon Art sahabatku.

Ketika aku memerankan watak Tengku Musa dalam teater Sultan Zainal Abidin III di Terengganu satu waktu dulu, aku cuba menjejaki tinggalan Tengku Musa, seperti kau menjejaki Usman Awang dan Utih.

Aku ke sungai melihat tempat dia menyeberang belajar agama dengan Tok Ku Paloh. Aku ke bukit melihat istananya. Aku ke pantai untuk memesrai ombak dan pasir. Aku ke mana-mana saja mengikut imagenasiku untuk berada paling dekat dengan Tengku Musa.
Sepanjang latihan aku sudah mengenakan kostum Tengku Musa. Sehingga ketika rehearsal dua hari sebelum show, sang penulis naskah menegurku "Roslan, Tengku Musa itu penasihat raja. Sedangkan watak yang kau bawakan ini sudah persis seorang raja. Turunkan sedikit kerana Tengku Musa bukan raja"

Malam raptai penuh aku kecundang. Jiwa dan fizikalku tidak mampu bertahan kerana Tengku Musa itu terlalu besar. Terlalu suci perjuangan menegakkan syiar Islam. Sedangkan aku hanya seorang pelakon yang banyak berdosa, yang tidak sebersih jiwa Tengku Musa. Aku dimasukan ke hospital dan tidak dapat perform pada malam show.

Apabila aku melihat kerja anda memeran watak Utih ini. Aku juga teringat yang aku pernah solat taubat sebelum naik pentas memerankan watak Tok Wali dalam teater Gelanggang Tok Wali di Pahang dulu. Kerana bagiku Tok Wali itu orang yang tak berdosa serta murni pegangannya hidupnya. Sebagai Tok Wali dlm teater itu aku mahu memerankan watak itu dengan jiwa tenang serta berfikiran seperti Tok Wali dalam naskah yang memang wujud di alam nyata. Alhamdulillah dua malam pementasan aku mendapat respon bahawa mereka berpuas hati dengan teater itu.
Maka betapa aku mengerti bagaimana anda ingin menyerahkan seluruh jiwa dan ragamu, agar Utih lahir semula di tengah-tengah sawah itu nanti.

Aku doakan anda sukses. Dan aku sedang ghairah menunggu hari berlangsungnya persembahan Uda Dan Dara itu. Salam.

#udadandarawajibtonton
#ceritateaterroslanmadun

 Catatan Shamsudin Osman

Tiga orang seniman hebat ini membantu saya untuk pementasan UDA&DARA versi Teater di Sawah Padi (TdSP), yg mengajak penonton menyaksikannya di SAWAH PADI di Sungai Besar Selangor pada 12&13 Ogos ini.



SAIDIN OMAR
Pengarah muzik dan pencipta lagu.
HAS DANNY
Koreografer tari
ILHAMDI SULAIMAN
Pelakon watak Utih

Saya sangat menghargai keikhlasan anda berkarya bersama dengan saya

Saidin Omar
Pengarah Muzik



Kembali Bersatu
Has Dany dan Shamsudin Osman
Dua orang sahabat, Has Danny dan Dinsman Shamsudin Osman, dua orang seniman yang berkasih dengan seni tanpa kompromi. Dalam tahun 1980 Dinsman meletak jawatannya di DBP. Has Danny juga melepaskan Jawatannya sebagai Chief Choreographer di KKBS. Mereka berdua bergabung dalam Teater Elit Professional Troup berpengkalan di Abad Century Hotel. Dan kini, 37 tahun kemudian, mereka bergabung tenaga kreatif kembali menangani UdaDanDara Adaptasi Utih versi di Sawah Padi, ZKMUASB. Indah nian.


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

© 2011 mimbar kata, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena