Pak Mazin





Pak Mazin,
Pewaris Sulung Seni Pembuatan Keris Tradisional

Abdul Mazin Abdul Jamil adalah seorang ‘Pandai Besi’ yang masih menggunakan cara tradisional untuk membuat keris. Beliau berasal dari keturunan pembuat keris turun-temurun. Banyak bilah keris yang telah dicipta oleh Pak Mazin, antaranya adalah untuk ahli politik, golongan diraja, dan juga peminat-peminat keris dari seluruh pelusuk dunia.



Seni penghasilan keris dengan menggunakan cara tradisional jarang sekali dapat dilihat. Industri pengeluaran secara besar-besaran telah membuatkan seni pembuatan senjata yang unik hampir pupus. Pak Mazin dan keluarganya akan terus mengekalkan tradisi pembuatan keris secara tradisional seperti generasi-generasi sebelumnya.



Pak Mazin bukan hanya seorang pandai besi, beliau turut mengajar seni dan sejarah keris untuk sesiapa yang berminat menimba ilmu. Beliau juga memenuhi permintaan untuk membuat istiadat keris untuk sesiapa sahaja yang menkehendakinya. Itulah yang membuat dia begitu unik. Bukan sahaja dia gemar seni pembuatan keris, malahan masih menempa keris secara tradisional dengan tegar. Tidak lupa juga sifat pemurah beliau,sedia untuk berkongsi ilmu pengetahuan dengan sesiapa sahaja yang meminati seni pembuatan keris.




negaraku


Comments