Datuk Yusof Haslam

 

Datuk Yusof Haslam, Pengarah & Penerbit

Datuk Yusof dilahirkan pada 24 April 1954 di Jalan Pahang, Kuala Lumpur. Beliau merupakan anak keempat dari tujuh adik-beradik dan telah menerima pendidikan di SMK Aminuddin Baki, Kuala Lumpur.



Pada pendapat bapa Datuk Yusof, bidang hiburan tidak menjanjikan masa depan yang cerah. Oleh kerana itu, dia telah melarang Datuk Yusof untuk mengejar cita-citanya menjadi seorang pelakon. Tetapi beliau tetap dengan pendiriannya dan mula berlakon pada tahun 1970 dengan memainkan watak tambahan dalam filem Laksamana Do Re Mi sebagai pengawal Menteri Fasola. Sejak daripada itu, tawaran untuk beliau berlakon mula mencurah-curah.

Dari segi pengarahan filem pula, beliau telah mula mengarah pada tahun 1991; filem Bayangan Maut, sebuah filem aksi misteri dibintangi oleh penyanyi rock terkenal Ella. Seterusnya, kerjaya pengarahan beliau diteruskan dengan filem Pemburu Bayang pada tahun 1992, Sembilu pada tahun 1994, filem blockbuster pecah panggung, Maria Mariana pada tahun 1996 seterusnya sambungannya dua tahun kemudian.



Selain filem dan televisyen, beliau juga adalah seorang Pengarah Urusan syarikat produksi, Skop Productions yang mempunyai empat anak syarikat – Haslam Trading (restoran), Haslam Properties (hartanah), Skop Publishing (penerbitan cetak) dan ME Communications (komunikasi dan penjenamaan).

Beliau telah dianugerahkan Ahli Mangku Negara pada tahun 1993 dan Panglima Jasa Negara pada tahun 2001 yang membawa gelaran Datuk, atas sumbangan beliau kepada industri perfileman Malaysia.



#Negaraku #CeritaNegaraku




negaraku

Comments