Dato' Faridah Merican





Dato’ Faridah Merican, Ikon Teater Tanah Air

Dikenali sebagai ‘First Lady’ untuk industri teater di Malaysia. Dato’ Faridah Merican telah banyak melakonkan watak dalam naskah antaranya bertajuk Lela Mayang, Tok Perak, Uda dan Dara dan Alang Retak Seribu yang telah mencorakkan arena teater pada zaman 60-an dan 70-an, dan telah menentukan hala tuju teater selama beberapa dekad selepas itu.

Beliau memulakan kariernya di Radio dan TV Malaysia, dan juga terlibat secara tidak langsung dengan agensi periklanan. Beliau kini adalah salah seorang ahli lembaga pengarah di Ogilvy & Mather dan turut menjadi ahli lembaga pengarah dalam beberapa institusi yang lain.



Pada tahun 1989, Faridah telah mengasaskan The Actors Studio bersama dengan suaminya Joe Hasham. Malang tak berbau, pada June 2003, banjir kilat telah memusnahkan kompleks The Actors Studio di Plaza Putra, Dataran Merdeka. Tetapi kejadian itu tidak mematahkan semangat beliau, dan berkat kerja kerasnya, tertubuhlah sebuah lokasi ikonik baru; The Kuala Lumpur Performing Arts Centre (KLPAC), hasil kerjasama antara YTL Group, Yayasan Budi Penyayang dan The Actors Studio.

Kini, KLPAC telah berjaya menjadi ikon seni dan kebudayaan, mercu tanda sejarah dan juga reka bentuk seni bina yang mengagumkan di bawah pengawasan beliau.

#Negaraku #CeritaNegaraku

negaraku 




Comments