Perginya The Greatest




Muhammad Ali sudah tiada

Los Angeles: Legenda tinju dunia, Muhammad Ali meninggal dunia di hospital di Phoenix, Arizona, hari ini (Jumaat, waktu tempatan).

Jurucakap keluarga bekas petinju itu, Bob Gunnell dalam satu kenyataan berkata, selepas 32 tahun menderita parkinson, Muhammad Ali meninggal dunia pada usia 74 tahun.

Terdahulu, Muhammad Ali dirawat di hospital berkenaan beberapa hari lalu kerana masalah pernafasan.

Muhammad Ali beberapa kali dimasukkan ke hospital sejak beberapa tahun lalu.

Beliau dirawat di hospital pada 2014 akibat pneumonia dan sekali lagi pada 2015 kerana masalah jangkitan saluran kencing.


metro

Muhammad Ali meninggal dunia

4 Jun 2016

Peninju legenda yang terkenal dengan gelaran 'The Greatest', Muhammad Ali meninggal dunia pada usia 74 tahun hari ini.

LOS ANGELES - Peninju legenda yang terkenal dengan gelaran 'The Greatest', Muhammad Ali meninggal dunia pada usia 74 tahun hari ini.

Beliau yang merupakan juara tiga kali tinju 'heavyweight' itu, disahkan meninggal dunia oleh keluarganya di sebuah hospital di bandar Phoenix, negeri Arizona, lapor ABC News sebentar tadi.

Sebelum ini, Muhammad Ali didapati menghidap sindrom Parkinson pada tahun 1984 gara-gara menerima terlalu banyak tumbukan sepanjang kariernya.

Salah satu ahli sukan paling terkenal dunia itu, telah dimasukkan ke hospital pada 2 Jun lalu disebabkan mengalami komplikasi pernafasan.

Beliau mengalami masalah pernafasan itu ekoran daripada penyakit Parkinson.

Menurut kenyataan keluarganya, pengebumian Muhammad Ali bakal diadakan di kampung halamannya Louisville, Kentucky.

Dilahirkan sebagai Cassius Marcellus Clay pada tahun 1942, Muhammad Ali mula terkenal setelah memenangi emas kategori 'light-heavyweight' pada tahun 1960 di Sukan Olimpik Rom.

Muhammad Ali akhirnya bersara pada tahun 1981, setelah memenangi 56 daripada 61 perlawanan sukan tinju yang disertainya. - Agensi


kosmo


LEGENDA tinju dunia, Muhammad Ali meninggal dunia pada usia 74 tahun.


Kematian Ali disahkan dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh jurucakap keluarga, Bob Gunnell pada lewat petang Jumaat (waktu tempatan) iaitu sehari selepas beliau dimasukkan ke hospital di Phoenix susulan masalah pernafasan.

"Selepas bertarung selama 32 tahun dengan penyakit Parkinson, Muhammad Ali meninggal dunia pada usia 74," katanya.

Sebelum ini, bekas juara heavyweight sebanyak tiga kali itu dikejarkan ke hospital dan terpaksa bergantung kepada alat bantuan hayat.

Beliau terkenal dengan panggilan "The Greatest".

Ali disahkan menghidap penyakit Parkinson pada 1984.

Sepanjang kariernya, Ali dianggarkan menerima 29,000 kali tumbukan daripada lawannya.

Dengan itu beliau dianggap sebagai manusia paling diiktiraf di dunia.

Terkenal dengan gaya menari sambil bertinju, Ali peninju pertama menang juara heavyweight sebanyak tiga kali antara tahun 1964 dan 1978.

Antara kata-kata yang termasyhur dan diingati ialah mengenai dirinya iaitu: "Float like a butterfly, sting like a bee." (Terapung-apung seperti rama-rama, menyengat seperti lebah").

Ali dilahirkan di Louisville, Kentucky, pada 17 Januari 1942, dengan nama Cassius Marcellus Clay Jr.

Nama itu digunakan sebagai berkongsi kesengsaraan terhadap perhambaan orang kulit hitam pada kurun ke-19.

Beliau kemudian menukar namanya sebaik memeluk agama Islam pada tahun 1964.

Ali meninggalkan seorang isteri, Lonnie Williams, yang dikenalinya sejak dari kecil di Louisville.

Pasangan itu dikurniakan sembilan orang anak.

mstar

Kejutan terbesar Ali 
adalah memeluk Islam
05 Jun 2016



MUHAMMAD Ali mungkin telah melakar banyak kejutan sepanjang karier­nya yang hebat, namun kejutan sebenar yang dilakukan legenda tinju dunia itu adalah apabila dia memilik untuk memeluk Islam pada 1964, hanya dua hari selepas bergelar juara dunia buat kali pertama.

Menggunakan nama Cassius Marcellus Clay Jr., yang mewa­kili penentangan terhadap penghambaan di Amerika Syarikat, Ali bagaimanapun menukar kepada nama Islam selepas menjalin kerjasama dengan Nation Islam sebuah pertubuhan yang membantu membaiki gaya hidup masyarakat kulit hitam.

Pada mulanya, pengumuman mengejut Ali untuk memeluk Islam sukar diterima masyarakat barat, malah dalam kalangan media mereka tetap menggunakan nama Cassius dan enggan menyebut nama Muhammad Ali dalam artikel mereka.

Ali pernah mendedahkan tentang hasrat menggunakan populariti yang ditempa untuk mendedikasikan diri kepada Allah dan melakukan kebaikan selain menyatukan manusia selepas menamatkan karier dalam sukan itu.

Perkara itu didedahkan menerusi satu wawancara televi­syen di Newcastle, England pada 1977, kira-kira empat tahun sebelum bersara, apabila Ali diajukan soalan oleh seorang peminat cilik yang menyentuh tentang ­perancangannya selepas bersara daripada dunia tinju.

“Bersedia untuk bertemu Allah,” jawab petinju itu dengan penuh ketenangan dan keyakinan.

Sambil menyentuh tentang soal kepercayaan agama dalam kalangan penonton, Ali tidak teragak-agak menolak peluang kekayaan yang boleh diperolehi daripada bidang pelaburan dalam bidang hartanah, perniagaan atau mengajar tinju kerana baginya kemewahan tidak akan membawanya ke syurga.

Tambahnya, dia akan sedaya upaya untuk membantu orang lain kerana Allah sentiasa memerhati setiap tindak-tanduknya.

“Allah tidak kisah tentang saya menewaskan Joe Frazier.

“Begitu juga England atau Amerika Syarikat (AS) seperti yang dibimbangi kita, sebaliknya Allah hanya menilai bagaimana kita membantu satu sama lain.

“Saya mahu mendedikasikan seluruh kehidupan saya membantu pusat kebajikan, membantu orang lain, menyatukan masyarakat dan menjadikan dunia ini lebih aman.

“Jika saya mati, dan masuk ke syurga, saya mahu melihat hasilnya,” katanya.

Ternyata Ali menetapi janjinya apabila menggunakan kemashyuran tersebut menerusi anak perempuannya, Hana Ali untuk mempromosikan keamanan, toleransi dan nilai kemanusiaan di seluruh dunia.– AGENSI

• Nama : Mohammad Ali (sebelum masuk Islam pada 1964, dikenali sebagai Cassius Marcellus Clay Jr.)
• Gelaran : The Greatest (Yang Terhebat)
• Tarikh Lahir : 17 Januari 1942
• Tempat Lahir : Louisville, Kentucky, Amerika Syarikat
• Isteri : Yolanda Williams
• Anak: Laila Ali, Rasheda Ali, Hana Ali, Asaad Amin (anak angkat), Maryum Ali, Jamillah Ali, Khaliah Ali, Muhammad Ali Jr., Miya Ali
• Kerjaya : Peninju (bersara pada 1981)
• Rekod Kerjaya : 56 kemenangan, 37 daripadanya menerusi knock-out dan hanya tewas lima kali
• Pencapaian Terbaik : Juara tiga kali Kejohanan Heavyweight Dunia.
• Anugerah Terbaik : Atlet Lelaki Terbaik Abad ke-20

utusanonline 


Comments