di mana mereka?


rubber boy

pernahkah kita bertanya di mana mereka? 
siapa mereka?
ayah dan ibu kita kala ini 
waktu kita sedang berada dalam bilik darjah, bilik kuliah, 
dalam kenderaan menuju ke tempat kerja
di rumah bersama anak-anak
sedang berbaris untuk membeli tiket wayang
sedang bersarapan bersama kawan-kawan
di mana mereka?

dari masa kecil hingga dewasa
dari masa belajar di sekolah hingga mendapat pekerjaan
pernahkah kita bertanya
di mana mereka?
kala ini dan saat begini

mereka dengan kehidupan mereka
bekerja untuk menyara keluarga
itu ayah dan ibu kita
yang tidak pernah bercerita tentang dunia mereka
kepada kita
sama ada susah atau senang
payah atau sakit
mereka tak pernah memberitahu
apa yang mereka alami
dan kita pun tidak pernah menyelami
akan denyut hidup mereka
dari kecil hingga menjadi dewasa

mereka tak pernah luahkan hidup mereka kepada kita anak-anak
mereka berada dalam sisi hidup yang tak pernah kita kenali
kita hanya tahu mendapat makanan dan wang
hasil dari keringat mereka
sedang bagai,mana semua itu tiba
ke dalam mulut atau kocek kita
tak pernah kita sedari

semua ayah dan ibu akan begitu
akan merahsiakan dan diam tentang payah perih
hidup mereka
untuk meraih rezeki demi anak-anak
dan kadang kala kita menjadi asing dan amat sombong
dengan apa yang disediakan kepada kita
kita malu tentang pekerjaan mereka 
kerana kotor, busuk  dan jijik
kita malu ibubapa kita menemui kita di depan kawan-kawan
kerana merasa ibubapa kita buruk dan memalukan
kita tak pernah menilai
di mana mereka
dengan hati dan jiwa kita

filem pendek petronas rubber boy
adalah sebuah pengisahan yang mudah tetapi penuih emosi
tentang dunia ibu dan anak
apabila sang anak merasa kecewa dengan nasib miskin
dan menyalahkan ibu punca dirinya dipermainkan
merasa kerdil kerana berpakaian buruk
merasa sakit kerana tak seperti yang lain
dan filem ini membongkar
sisi hidup yang dirahsiakan oleh ibu dan ayah
apabila sang anak melihat sendiri
kepayahan, kesusahan, kesengsaraan si ibu
bekerja keras menyara dirinya

terbuka jiwanya
tertutup kesombongannya
dan begitu insaf
bahawa dalam hidup ini
ada manusia yang berkorban untuk kita
yang berpayah kerana diri kita
sebagai anak

buka hatimu wahai anak-anak
sesekali bertanya tentang
nasib dan warna hidup ayah ibu kita
lihat dunia pedih mereka
rasai sengsara dan luka itu 
bersama-sama

bahawa semua ibu
tak pernah meminta dari anaknya
sesuatu
tetapi selalu berharap dalam diam
bahawa anaknya akan tekun belajar
mengisi dada dengan ilmu
tanpa  mudah mengalah dan jemu
dan mencapai kejayaan

aduhai anak
bersama kita insafi diri
tanyalah sekali lagi
di mana mereka
dan tatap hati mereka berkali-kali
usah kecewakan mereka
di mana pun kau berada

dan sedarilah
apa yang kau miliki
terbaik dari  yang lain

terima kasih petronas
membuka jiwa dan hati
dengan filem iklan bermakna ini


Comments