hati seorang ipeng

Keranamu Ipeng...
Oleh Mazizul Dani



Kuala Kumpur: "Serius saya tidak sangka. Saya kongsi coretan dalam Facebook (FB) hanyalah untuk kisah hidup dia, saya tidak minta pun sebarang sumbangan dan ia mengenai Ipeng saja.

“Bagaimanapun, rakyat Malaysia sangat pemurah dan prihatin dengan nasib kanak-kanak seperti Ipeng," kata guru Bahasa Inggeris, Abdul Hafiz Mohamad Rani, 26.

Guru Sekolah Kebangsaan (SK) Karakit Banggi, Pulau Banggi, Kudat di Sabah itu berkongsi kisah mengenai muridnya bernama Ipeng atau nama sebenarnya Mohd Nizam, 7, dan menjadi viral di FB baru-baru ini.

Abdul Hafiz berkongsi coretan mengenai Ipeng yang memberitahu dia tidak membawa buku teks pada hari pertama mendaftar sebagai pelajar tahun satu di sekolah itu.

Hairan dengan jawapan sama diberikan Ipeng, pada hari berikutnya, dia memeriksa beg kanak-kanak itu dan terkejut mendapati keadaannya yang koyak dan lusuh, hanya boleh membawa sekeping buku nipis sahaja.

Selepas beberapa jam berkongsi kisah itu di FB, dia dihujani panggilan telefon dan mesej daripada orang ramai yang mahu menolong Ipeng.

"Ternyata nilai kemanusiaan semakin menebal dalam kalangan rakyat Malaysia.

"Saya nak ucapkan terima kasih kepada semua penderma, yang mendoakan Ipeng dan yang tolong kongsikan kisah ini dan apa sahaja bentuk bantuan yang diberikan," katanya yang sudah tiga tahun mengajar di sekolah itu.

Ipeng, anak bongsu daripada empat beradik kematian ibu tidak lama selepas kelahirannya dan dijaga oleh neneknya yang berusia 40-an bersama seorang lagi abangnya yang berusia 14 tahun.

Neneknya terpaksa melakukan pelbagai jenis pekerjaan seperti buruh di ladang sawit, tukang cuci dan sekarang ini sebagai pengasuh kanak-kanak untuk menyara dua beradik berkenaan.

Sementara itu, disebabkan keprihatinan rakyat Malaysia, Abdul Hafiz menerusi sekolah berkenaan mewujudkan jawatankuasa khas bagi menguruskan sumbangan wang dan barang kelengkapan sekolah bukan sahaja untuk Ipeng, tetapi juga murid lain yang senasib dengannya.

"Saya ada beri dua cara, iaitu memberi nombor akaun saya sendiri selepas saya kosongkan akaun berkenaan. Jadi jumlah sekarang semuanya adalah sumbangan rakyat Malaysia.

"Kemudian, saya beri alamat rumah di pekan Kudat sebab saya bimbang barang sumbangan itu tidak akan sampai ke pulau ini kerana akses yang sukar dan mengambil masa satu jam setengah dengan feri," katanya.

Menerusi jawatankuasa itu, pihak sekolah akan meneliti rekod pelajar miskin daripada 300 jumlah keseluruhan murid untuk diberikan bantuan.

"Kisah Ipeng ini sebenarnya mewakili seorang daripada 100 lagi murid yang senasib dengan dia.

"Apapun saya akan membantu dengan seikhlas hati dan saya juga akan bantu menguruskan jika ada sesiapa yang mahu berjumpa dengan Ipeng," katanya ketika dihubungi, hari ini.

metro 



Catatan Abdul Hafiz di facebook
Abdul Hafiz
January 5 at 11:22am · Instagram ·


Nama Ipeng tahun 1 Bestari.. Dijaga oleh nenek setelah kematian emaknya.. Bapanya hilang tanpa khabar berita setelah kematian isterinya.. Ketika mengajar diminta keluar buku teks tapi Ipeng cakap dia lupa bawak.. Aku maafkan.. Esok diminta perkara yg sama dan dia cakap lupa bawak walhal sudah aku pesan bawak buku hari-hari..Aku mula rasa mahu marah..tergerak hatiku mahu cek beg Ipeng nie dan bila aku mahu cek begnya Ya Allah, beg lusuh yang hampir koyak di pakai Ipeng..hanya 1 buku yang hanya mampu d bawa Ipeng selama 2 hari persekolahnya.. Kalo bawak lebih dari 1 buku kompem akan teruk koyakkan begnya dan tak boleh di pakai lagi..Ipeng,bila lagi kamu pkai beg nie?tanya ku.. Masa tadika Kemas lagi sir.. Means 2 tahun suda dia pakai beg nie.. Aku cuba menyelami kisahnya..lagi sedih..

Neneknye dahulu kerja tukang sapu sampah..tak lama dibehertikan dan tiada kerja untuk menyara cucu-cucunya..mula hari persekolahan,Ipeng meminta duit belanja tapi neneknya tiada wang untuk Ipeng sebab abang Ipeng perlu duit belanja rm2 sehari sekurangnya untuk tambang ke sekolah pergi dan balik tanpa makan..syukurlah sekolahku semua murid berhak dapat makan RMT secara percuma tapi naluri seorang budak bila tgk kawan-kawannya membeli,dia pon mahu membeli..Bila dia sedar dia tiada duit,lepas makan RMT berkeliaran la dia bermain dan berlari sama kawan yang lain sehingga masa rehat tamat supaya perasaan membeli itu tiada.. Aku panggilnya dan hulurkan duit sedikit dan terus ke kantin untuk membeli bersama rakan yang lain..dia beli kerepok 30sen jep..aku tanya kenapa x beli Apollo tu?kan banyak lagi duit tu? Kerepok nie pon da cukup cikgu, simpan untuk esok lagi katanya..dalam hatiku hanya Allah tahu tapi aku buat cool.. Aku pesannya samanya.. Ipeng jangan mintak duit sama nenek lagi ya, jangan mintak nenek belikan beg baru ya.. 



Comments