bayang


bayang

akan tertulis bayang
pada laut berombak tenang
ketika matahari sedang jauh meninggalkan
tak lagi didekatmu cahaya dan warna itu
semua berganti pergi
haluan semakin berbeza
harapan semakin berlainan
begitu dalam waktu
tak selamanya kita bersama
menggenggam harapan serupa
berdiri dengan nyala dan tekad bersama
menjamah perjuangan 
melawan keraguan menentang kesangsian

akan ada waktu
kita akan berada dalam pengasingan
kau akan meneruskan perjalanan
dan aku berada di lain pengkalan
menatap langit yang serupa
tapi dari jarak yang lebih berbeza
apa yang tinggal
adalah bayang
menetas dan membiak
dalam rumah kenangan

di situ aku tak bisa lagi
membawamu berjalan dan memandu haluan
dengan kakimu dengan jiwamu
kauharus meneruskan 
apa yang terbenam dalam mimpimu
jangan pula kauanggap segalanya akan sirna
telah kuajarkan kaumerempuh gelombang
tak selamanya aku bisa menatapmu
kerana satu waktu
antara kita ada yang tiada

biarlah hanya bayang
mengukur antara tempatmu dan jauh beradaku
di situ kita akan lebih tahu
bahasa rindu
dan sejauhmana kaupercaya
segala pedoman dan kata-kataku


Comments