UNESCO iktiraf Tarian Bali

UNESCO iktiraf tarian Bali


Tari Legong Keraton ini adalah antara tarian tradisional yang diiktiraf UNESCO di bawah kategori Warisan Budaya Manusia Tidak Ternilai 2015.

Tiga genre tarian Bali diiktiraf sebagai Warisan Budaya Manusia Tidak Ternilai 2015 oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) dalam satu mesyuarat Warisan Antarabangsa yang berlangsung di Windhoek, Namibia pada 2 Disember lalu.

Ketiga-tiga genre tarian tradisional Bali tersebut dikategorikan sebagai tarian suci, separa suci dan diamalkan oleh komuniti yang besar dan pengumumannya telah diterbitkan dalam laman web UNESCO baru-baru ini.

Menteri Penyelaras Kebudayaan dan Pembangunan Manusia Indonesia, Puan Maharani menyambut baik keputusan UNESCO dalam menyenaraikan ketiga-tiga tarian tersebut dalam senarai Warisan Budaya Manusia Tidak Ternilai 2015.

Beliau berkata, pengiktirafan kepada tarian tradisional Bali dalam Warisan Dunia UNESCO itu akan membantu menggalakkan sektor pelancongan Indonesia ke peringkat antarabangsa.

Maharani turut berharap kejayaan tersebut akan memberi galakan kepada rakyat Indonesia untuk mengekalkan budaya dan tradisi negara pada masa akan datang.

“Tarian tradisional Bali yang sarat dengan nilai-nilai moral dan keagamaan itu boleh dijadikan sebagai medium untuk melaksanakan program pemulihan mental,” katanya

Tarian tradisional Bali dipersembahkan oleh penari-penari lelaki dan wanita yang memakai pakaian tradisional yang berkonsepkan fauna berwarna terang dicat dengan bunga emas dan dihiasi daun emas.

Bentuk-bentuk tarian pula diilhamkan daripada alam semula jadi dan ia melambangkan tradisi, adat resam dan nilai-nilai agama tersendiri.

Tidak formal

Mengikut laporan yang diterbitkan dalam laman web UNESCO tersebut, untuk menjadi penari yang berkemahiran tinggi, penarinya perlu mempunyai karisma, disiplin, sikap rendah diri dan semangat tinggi dalam melakukan suatu persembahan.

Dalam masyarakat Bali, pengetahuan tentang tarian tradisional itu disampaikan secara tidak formal kepada kanak-kanak sejak kecil lagi.

Latihan tarian tradisional itu bermula dengan pergerakan asas dan posisi asas. Ia seterusnya disertai pergerakan tarian yang lebih kompleks.

Sesi latihan berterusan sehingga para penari menghafal urutan pergerakan tarian tersebut.

Menurut UNESCO, bentuk tarian tradisional Bali memberikan para penari satu identiti yang kental dalam memahami kebudayaan tersebut dan mereka perlu sedar bahawa mereka sedang memelihara serta mempertahankan warisan budaya nenek moyang.

Ketua Pengarah Kebudayaan Bali, Dewa Putu Beratha menjelaskan, dana yang diterima daripada UNESCO akan digunakan untuk aktiviti-aktiviti pemeliharaan tarian tradisional berkenaan.

Sembilan tarian

Tambah beliau, tiga genre tarian tradisional Bali itu terdiri daripada sembilan tarian iaitu Barong Ket, Joged Bumbung, Legong Keraton, Wayang Wong, Gambuh, Topeng Sidhakarya, Baris Upacara, Sanghyang Dedari dan Rejang.

“Kami sangat gembira dan bersyukur selepas menerima pengiktirafan ini. Jadi, Bali sekarang bukan sahaja menerima perlindungan yang berkaitan dengan pemeliharaan tarian tradisional bahkan ia juga akan menawarkan manfaat ekonomi pada masa akan datang,” katanya.

Menurut Dewa, selepas UNESCO mengiktiraf tarian tradisional Bali, tarian tersebut kini menjadi tanggungjawab pemerintah pusat, pemerintah dan pihak berkuasa Bali untuk menyediakan kemudahan yang diperlukan bagi memelihara dan membangunkan tarian tradisional Bali.

Warisan-warisan dari Indonesia yang dimasukkan ke dalam senarai Warisan Budaya Manusia Tidak Ternilai 2015 adalah termasuk tiga genre tarian tradisional Bali manakala noken atau beg rajutan khas yang digunakan orang Papua pula tersenarai dalam Warisan Budaya Manusia Yang Perlu Segera Dilindungi 2012.

Warisan lain pula ialah tarian Saman dari Aceh Yang disenaraikan dalam Warisan Budaya Manusia yang Perlu Segera Dilindungi 2011, alat muzik tradisional Angklung dari Jawa Barat dalam senarai Warisan Budaya Manusia Tidak Ternilai 2010 dan batik yang disenaraikan dalam Warisan Budaya Manusia Tidak Ternilai 2009.

Latihan dan pendidikan dalam warisan kebudayaan tidak ternilai batik Indonesia yang disampaikan kepada para pelajar sekolah rendah, menengah, sekolah vokasional dan politeknik dengan kerjasama Muzium Batik di Pekalongan pula telah disenaraikan dalam Amalan Pemeliharaan Terbaik 2009.

Wayang Kulit dan keris tradisional pula dimasukkan ke dalam senarai Warisan Budaya Manusia Tidak Ternilai 2008.

Mesyuarat kali ke-10 UNESCO yang diadakan di Namibia itu melibatkan wakil 24 negara dalam Konvensyen Melindungi Warisan Budaya Tidak Ternilai anjuran UNESCO.

Jawatankuasa Warisan Budaya Tidak Ternilai kini menyenaraikan 336 budaya dari pelbagai negara yang menunjukkan kepelbagaian warisan budaya dan ia secara tidak langsung akan menimbulkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingannya.

kosmo online


Sembilan Tari Tradisional Bali ditetapkan Sebagai Warisan Budaya UNESCO
Sembilan tari tradisional Bali yang tergabung dalam tiga genre tari tradisi ditetapkan sebagai warisan budaya tak benda UNESCO.

 Kecak berasal dari ritual sanghyang,tradisi tarian yang penarinya akan berada pada kondisi tidak sadar, melakukan komunikasi dengan Tuhan atau roh para leluhur dan kemudian menyampaikan harapan-harapannya kepada masyarakat (Saldee Fidyawan/Fotokita.net)

Sembilan tari tradisional Bali ditetapkan masuk ke dalam UNESCO Representative List of the Intangible Cultural Heritage of Humanity dalam Sidang ke-10 Komite Warisan Budaya Tak benda UNESCO di Windhoek, Namibia, Selasa (2/12).

Sembilan tarian tradisional tersebut adalah Rejang, Sanghyang Dadari, dan Baris Upacara yang digolongkan sebagai tarian sakral; Topeng Sidhakarya, Sendratari Gambuh, dan Sendratari Wayang Wong yang digolongkan sebagai tarian semi-sakral; serta tari Legong Kraton, Joged Bumbung, dan Barong Ket “Kuntisraya”, yang digolongkan sebagai tarian hiburan (entertainment). Kesembilan tari tersebut tergabung dalam tiga genre tari tradisi di Bali (Three Genre of Traditional Dance in Bali).

Inskripsi tiga genre tari tradisi di Bali yang terdiri dari sembilan tarian Bali ke dalam daftar Warisan Budaya Takbenda UNESCO merupakan bentuk pengakuan dunia internasional terhadap arti penting tarian tersebut. Diharapkan inskipsi tersebut juga meningkatkan kesadaran masyarakat Indonesia akan nilai-nilai luhur tarian Bali serta semangat untuk melestarikannya di masa mendatang.

Dengan inskripsi tari tradisi Bali tersebut, maka Indonesia telah memiliki tujuh elemen budaya dalam Daftar Warisan Budaya Takbenda UNESCO. Enam elemen yang telah terdaftar sebelumnya adalah Wayang (2008), Keris (2008), Batik (2009), Angklung (2010), Tari Saman (2011), dan Noken Papua (2012). Serta Satu program Pendidikan dan Pelatihan tentang Batik (2009).

Komite Warisan Budaya Takbenda UNESCO mengadakan sidang pada tanggal 30 November – 4 Desember 2015 di Windhoek, Namibia. Dalam sidang tersebut, 24 (dua puluh empat) negara anggota Komite membahas 6 (enam) nominasi untuk kategori List of Intangible Cultural Heritage in Need of Urgent Safeguarding, serta 34 (tiga puluh empat) nominasi untuk kategori Representative List of the Intangible Cultural Heritage of Humanity

Bersama dengan Tari Tradisi Bali yang masuk dalam kategori Representative List of the Intangible Cultural Heritage of Humanity, diinskripsi juga antara lain: Festival Api Musim Panas dari Andorra, Spanyol, dan Prancis; Seni Menunggang Kuda Tradisional dari Austria; Seni Kerajinan Tembaga dari Azerbaijan; Musik Tradisional Marimba dari Kolombia dan Ekuador; serta Seni Pembuatan Kimchi dari Korea Utara.

(Lutfi Fauziah)

nationalgeographic







Comments