16 Dec 2015

seandai berbeza


seandai berbeza

seandai berbeza
antara apa yang kautunggu
dengan apa yang tiba
antara apa yang termimpi
dengan apa menjadi realiti
antara cerah yang kau dambakan
dengan redup yang berpanjangan
antara apa yang pernah kaukenal
dengan apa yang kini kautahu
usah kau bunuh cintamu
barangkali belum ketika
segalanya berada di telapak nyata
atau semua yang terpeta
adalah ukir harap 
yang tak bisa kaudakap
kita hanya tahu berikhtiar
dan pasrah menanti
kita hanya bisa melihat indah bulan
tetapi tak bisa mengaitnya pulang
segalanya memberitahu
beranilah berdiri dalam derita
untuk menembus kilau bahagia
dan menerima dengan syukur dan insaf
segalanya haruslah ikhlas

seandai berbeza
barangkali masih banyak waktu
untuk pergi dan terus mencari
bertekad dan berjalan lagi
tanpa rasa kecewa dan sakit hati
usah kau bunuh cintamu
seandai berbeza


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

© 2011 mimbar kata, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena