Drama Festival KL 2016


DRAMA FESTIVAL KUALA LUMPUR KEMBALI LAGI!
Pertandingan Shorties DFKL merupakan sebuah pertandingan filem pendek anjuran TV3 dan TV9 yang terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia terutamanya penggiat seni tanah air.
Hadiah bernilai sehingga RM18,000 bakal menanti pemenang! Drama terbaik juga bakal disiarkan di TV3 dan TV9.
Jangan lepaskan peluang ini!
Sertai SEKARANG!



TANGGUNGJAWAB SOSIAL
DFKL mengambil inisiatif untuk mengangkat tema tanggungjawab sosial pada tahun ini.
Tanggungjawab sosial adalah kesedaran terhadap tingkah laku manusia kepada manusia, haiwan dan alam sekitar.
Tanggungjawab ini tidak dapat dipisahkan dalam diri setiap manusia sama ada dalam sedar ataupun tidak.
Tapi itu definisi kami tentang tanggungjawab sosial.



MEKANISMA PENYERTAAN PERTANDINGAN

1. Hasilkan sebuah video berdurasi 3 minit - 5 minit bertemakan Tanggungjawab Sosial
2. Export video anda sekurang-kurangnya setaraf dengan spesifikasi ini:
Format: MP4 (H.264), Resolution & Bitrate: 720p – 5 Mbps (minimum) / 1080p – 8 Mbps, Audio: AAC-LC/MP3 Stereo 384kbps
3. Muat naik video penyertaan anda ke perkhidmatan storan awan seperti Dropbox atau Google Drive.
4. Isi dan lengkapkan borang penyertaan di bawah berserta link fail yang anda telah muat naik.

Terma & Syarat Pertandingan

Video yang dihantar hendaklah mematuhi syarat durasi 3 minit hingga 5 minit serta mengikut tema yang ditetapkan.
Peserta boleh menghantar seberapa banyak penyertaan yang mereka inginkan.


PENYERTAAN HENDAKLAH DIHANTAR SEBELUM 31 JANUARI 2016.

Pastikan tiada sebarang jenama yang bertentangan dengan jenama yang menaja pertandingan ini, dipaparkan di dalam video.
Muzik atau sebarang audio yang digunakan wajib berstatus bebas royalti.
Dilarang sama sekali menggunakan unsur unsur lucah, politik, penghinaan terhadap agama dan bangsa, budaya yang boleh merosakkan nilai murni masyarakat, frasa lucah atau menjurus kepada bahasa kasar.
Baca dan faham isi kandungan terma & syarat pertandingan serta penggunaan laman web Veedo di sini.


HADIAH

Filem-filem pendek yang terpilih bakal disiarkan di kaca televisyen!
JUARA
RM10,000 TUNAI
NAIB JUARA
RM5,000 TUNAI
TEMPAT KE-3
RM3,000 TUNAI

veedo

Comments