apa yang kau tinggalkan


apa yang kau tinggalkan

apa yang kau tinggalkan
hanya kata-kata yang tak pasti
jujurkah dengan ungkap dan pinta
benarkah segala datang dari jernih jiwa
atau sekadar mengisi panas petang
dan memendamkan segala kesakitan
begitu cepat kau memilih cinta dan setia
atau apakah hanya dengan kata-kata
kau mampu merubah perih dan guris

segalanya masih tak pasti
sebagaimana siang yang dihiasi mendung
keredupan ini berpanjangan
atau sekejap lagi
kepanasan kembali menjelma
meruapkan pedih dan ngilu
benarkah kau sedang menunggu
dengan janji dan harapan baru
menuai kemanisan dan berkongsi harap dan harapan
hanya kau tinggalkan kata
apakah yang dapat aku pastikan
malam ini dan hari esok
benarkah segalanya telah kaulenyapkan
kelopak segar mawar
menanti

biarlah aku berada dalam diriku
menemani hati dan ukir jiwa
memahami bagaimana sebuah kebencian
mengerti bahawa nasib manusia semudah putaran roda
dan belajar mengatur langkah
kerana apa yang selalu aku katakan
adalah suara dan jiwa
mereka yang menunggu
di persimpangan itu

 

Comments

Post a Comment