28 Nov 2015

cat dan kediaman

Cat kesan khas mengubah kediaman


SEORANG model memperagakan cat Kesan Khas Dulux Ambiance kepada umum di Kuala Lumpur baru-baru ini.

SETIAP pemilik rumah kini berpeluang untuk memberikan sentuhan peribadi pada dinding kediaman masing-masing menggunakan produk terbaharu syarikat pengeluar cat, Akzo Nobel Paints Malaysia Sdn. Bhd. (Akzo Nobel).

Cat jenama terkemuka dunia, Dulux Ambiance itu menawarkan keunikan tersendiri menerusi dua jenis rangkaian produk iaitu Dulux Ambiance Pearl Glo dan Cat Kesan Khas Dulux Ambiance.

Kedua-dua produk itu mampu menyerlahkan lagi variasi warna yang dicipta oleh pakar dan pereka warna berdasarkan formula cat yang telah dipertingkatkan.

Menambah keunikan, produk Cat Kesan Khas Dulux Ambiance juga terdiri daripada empat jenis pilihan yang menampilkan tekstur dan kemasan halus bagi mewujudkan dimensi fizikal serta visual yang baharu seperti linen, marmar, metalik dan baldu.

Pengarah Urusan Bahagian Hiasan Asia Tenggara Akzo Nobel, Jeremy Rowe berkata, cat kesan khas itu tidak hanya kelihatan seperti lantai marmar atau kain linen tetapi ia turut mempunyai tekstur permukaan yang hampir sama seperti objek-objek tersebut.

Sentuhan peribadi

“Selepas cat ini digunakan ke atas mana-mana permukaan dinding, ia pasti akan memberikan pengalaman yang mengejutkan kepada sesiapa yang menyentuhnya. Mereka akan mendapati permukaan dinding itu mempunyai tekstur yang seakan-akan sama dengan tekstur permukaan yang tertera pada label cat tersebut.

“Bukan itu sahaja, rangkaian cat Dulux Ambiance juga mempunyai fungsi untuk menjadikan dinding rumah mudah dijaga melalui lapisan Dulux Ambiance Pearl Glo sebagai pelapis cat terkini yang berkualiti tinggi.

“Kami mencipta Dulux Ambiance supaya pemilik dapat mengubah rumah mereka dengan memberikan sentuhan peribadi pada ruang tamu dan menampilkan gaya mereka tersendiri yang penuh estetik,” katanya pada majlis pelancaran di Glasshouse, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Penggemar seni kreatif kini boleh meluahkan hasil kreativiti mereka pada dinding-dinding rumah dengan menggunakan Cat Kesan Khas Dulux Ambiance.

Tidak cukup dengan itu, pakar-pakar reka bentuk dalaman dan warna global Dulux juga berjaya mencipta empat koleksi Ambiance iaitu klasik mewah, romantik anggun, ekspresi kreatif serta kontemporari moden sebagai inspirasi.


Kakitangan Dulux menunjukkan contoh ruang bilik yang menggunakan cat terbaharu jenama itu baru-baru ini.

Bagi menyerlahkan keunikan warna cat yang dipilih, Dulux Ambiance Pearl Glo yang digunakan sebagai pelapis bahagian atas dinding mampu mengekalkan warna cat dalam jangka masa yang lebih lama selain memberikan kemasan kilauan mutiara yang mengagumkan.

Demi mendapatkan hasil corak dinding yang diinginkan, berus tekstur Dulux Ambiance perlu digunakan terutama apabila menggunakan Cat Kesan Khas Dulux Ambiance jenis linen dan metalik.

Personaliti

Sempena meraikan pelancaran produk terbaharu Ambiance, Dulux turut menampilkan supermodel dan pelakon terkenal di rantau ini, Nadya Hutagalung.

Pelakon kacukan Indonesia dan Australia itu mencipta Koleksi Ambiance milik sendiri yang menggabungkan kepelbagaian warna alam semula jadi, sekali gus bersesuaian dengan personaliti dirinya sebagai seorang eko pahlawan.

Nadya berkata, dia yang terlibat secara aktif sebagai duta Program Alam Sekitar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNEP) bagi spesies terancam di dunia mengilhamkan sebuah rumah impian dengan suasana yang indah dan harmoni agar kembali cergas serta menikmati saat bahagia bersama keluarga.

“Saya yakin, semua orang berhasrat untuk memiliki sebuah rumah yang membolehkan mereka menjadi diri sendiri dan menyerlahkan personaliti yang unik.

“Rangkaian unik dalam koleksi ini mencerminkan personaliti saya melalui warna palet terang yang memberi fokus pada aura positif dan optimis daripada pokok oak serta batu panas.

“Saya amat gembira apabila koleksi Dulux Ambiance milik saya berjaya dicipta bagi meluahkan gambaran seorang pencinta alam semula jadi. Ia boleh menjadi inspirasi kepada mana-mana pengguna Dulux pada masa akan datang,” katanya.

kosmo

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

© 2011 mimbar kata, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena