wira

Selamat jalan wira negara
SHAHRIL A.KADIR
1 Oktober 2015



Mendiang Yuen Yuet Leng

“I am Malay, I am Indian and I am also a Chinese. If someone talk bad about the Malay – it is like that someone is hurting one part of my body….”

Beliau adalah antara watak penting dalam PDRM yang melumpuhkan pengaruh komunis di bumi Malaysia.

Pada beberapa kesempatan, Yuet Leng telah menyamar sebagai pengganas komunis. Dia masuk ke dalam hutan dan menyusup ke dalam kelompok pengganas, penyergapan, pertempuran.

Biarpun, dari segi fizikalnya Yuet Leng seorang Cina namun beliau sendiri mengakui bahawa dalam dirinya mengalir jiwa Melayu dan India yang sangat menebal yang mana semuanya berlaku sejak beliau menjadi anggota polis.

''Jika boleh dibelah badan saya pasti anda akan melihat ia terbahagi kepada tiga, Melayu, Cina dan India. Jiwa saya begitu dekat dengan tiga bangsa ini kerana saya banyak belajar memahami adat dan budaya mereka ketika menyertai polis.

''Dalam polis tidak ada istilah bangsa dan kaum. Kami berjuang atas satu pasukan demi mempertahankan Malaya daripada ancaman komunis,'' katanya.

Ada kisah yang lebih mengejutkan mengenai anak jati Perak ini, apabila selepas 31 tahun barulah doktor dapat menemui adanya peluru tertanam di dadanya.

''Pengganas komunis banyak kali cuba membunuh saya, tetapi saya tidak melarikan diri. Malah, selepas bersara pada 1984 komunis masih mahu membunuh saya," katanya.

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar mencadangkan supaya saya berhijrah ke negara lain.

''Pada mulanya saya bersetuju, tetapi kemudian memberitahu Tun Hanif, mengapa saya perlu melarikan diri? Malaysia adalah tempat saya dibesarkan,'' katanya

Yuet Leng menghembuskan nafasnya yang terakhir pagi tadi dalam usia 88 tahun. Sesungguhnya kita sebagai rakyat Malaysia sangat terhutang budi padanya.

SELAMAT JALAN TAN SRI, SALUTE!

SHAHRIL A.KADIR,
Penulis bekas wartawan jenayah

sinar harian


Tan Sri Yuen Yuet Leng meninggal dunia akibat sakit jantung
 1 October 2015


Buku bertajuk Nation Before Self hasil tulisan mendiang Tan Sri Yuen Yuet Leng menceritakan mengenai pengalamannya bertugas dalam pasukan polis. – Gambar Wikipedia, 1 Oktober, 2015.

Tan Sri Yuen Yuet Leng yang turut memainkan peranan penting sehingga tercapai Rundingan Damai Haadyai pada 1989 yang membawa kepada pembubaran dan peletakan senjata Parti Komunis Malaya (PKM), meninggal dunia pagi tadi kerana sakit jantung.

Beliau berumur 88 tahun.

Isteri mendiang, Puan Sri Linda Yuen, 68, berkata suaminya meninggal di rumah anak perempuan mereka di The Mines, Seri Kembangan dan mayatnya akan ditempatkan di Xiao En Centre, Cheras.

Yuen dikatakan tidak sihat sejak beberapa tahun lalu.

Mendiang meninggalkan 2 anak perempuan dan 2 cucu.

Yuen merupakan bekas pegawai cawangan khas yang sering 'diburu' pihak komunis semasa dan selepas zaman darurat serta bertugas sebagai Pesuruhjaya Polis Sarawak mulai 1981 sehingga beliau bersara pada 1984.

Sebelum itu beliau menyandang jawatan ketua polis Perak pada 1975.

Mendiang yang dilahirkan di Larut Matang, Perak menyertai pasukan polis pada 1950 ketika berumur 23 tahun.

Sebahagian karier beliau bertumpu kepada tugas sebagai pegawai cawangan khas pada zaman darurat.

Yuen bersama bekas ketua polis negara Tan Sri Rahim Noor memainkan peranan penting dengan pergi ke China untuk bertemu dengan pemimpin PKM seperti Chin Peng, Abdullah CD dan Rashid Maidin, sehingga akhirnya tercapai Rundingan Damai Haadyai yang menyaksikan pembubaran PKM.

Beliau turut menghasilkan 2 buku mengenai pengalamannya bertugas dalam pasukan polis yang bertajuk 'Operasi Ginger' pada 1998 dan 'Nation Before Self' pada 2008. – Bernama, 1 Oktober, 2015.

malaysianinsider


Still fighting fit
By SOO EWE JIN

Retirement has not rusted nor dented Datuk Seri Yuen Yuet Leng’s deep love for his country and its people he had risked his life defending as a police officer.

THE title of his just released book is aptly titled Nation Before Self: And Values That Do Not Die. For someone who spent a lifetime fighting communists and communalists, Datuk Seri Yuen Yuet Leng still has a lot of fighting spirit in him.

The passion was apparent when he called me last week, “My book is finally out. I will send you a copy,” the fiesty going 82-year-old said.


Datuk Seri Yuen Yuet Leng

I had interviewed him at his home in Ampang in March last year in anticipation of the book being released in time for the 50th Merdeka celebrations. But there were delays at the final stages of publication and the project was put on hold.

The book, his second after Operation Ginger (which focused on the battle against the communists during the Emergency) was published in 1998, is basically divided into three parts.

The first part is about his background and the developing years; the second covered the Emergency years and his career in the police force; and the third part carries his thoughts on national issues of the day.

“I narrate my experiences so that readers understand why I write and have written the way I did,” he says. “People of my generation did not mortgage our youth, hopes and future for the decadence we see today which has become embedded perilously in the nation.

“It happens in many developing countries where the incumbent government remains in power for a very long time and political confidence and power give politicians self-conferred authority and contrived opportunities.”

Yuen does not mince his words, a fact noted in the foreword by former Deputy Prime Minister Tun Musa Hitam. Two other Tuns – former Inspector General of Police Tun Hanif Omar and former Governor of Sarawak, Tun Abdul Rahman Yakub – also contributed their thoughts in this book.

“It is time that people like me, irrespective of service or politics, speak out for the well-being of a multiracial Malaysia. Otherwise, political, social and racial decadence, plus corruption and money politics will destroy or hold hostage the nation. The sacrifices of so many patriotic Malaysians of all races cannot accept that.”

The book is highly personal and historical. According to Yuen, he has generally summarised his experiences in service of the nation over 35 years so that readers understand “why I write and have written the way I did”.

“I had, professionally, always been very articulate within the Police Force at the right time, place and manner. I had encountered problems for being honest, frank and sincere at times but we always had singular political leaders and heads of departments, especially in the police and the armed forces, who valued such qualities and had the courage to pass the right message to the top in the interest of national security,” he says.

Yuen describes writing Nation Above Self as a labour of love.

“My labour of love for a hopeful Malayan, and then Malaysian, nation started years and years ago as a young school boy. I was very interested in history and in good and bad kings, prime ministers, administrators and military commanders,” he says.

These were the people who were his models which inspired him to, in turn, live, serve and lead over the yearsas an example of service and integrity.

Musa, in his foreword, talks about the author “being an angry, frustrated and worried Malaysian” but whose frankness of expression is well-balanced by a genuine and sincere concern for the country.

Says Yuen: “I have been frank in my own considered, balanced way in order to stimulate the right response from more and more fair-minded and balanced Malaysians, especially bumiputras, across the board. This is where the long term solution really lies for a truly multiracial and multiferous Malaysian nation.

“Many of the present racialised ways of correcting various imbalances are accentuating the racial divide because the quest for a more balanced nation is being sabotaged by elements who aspire for a racist and apartheid nation which is not in the Constitution.”

Hanif’s foreword talks about Yuen’s youthful idealism and social motivation as the latter continues to speak out on issues that confront the nation, hoping for positive resolutions.

That idealism came early to Yuen (“My mother understood me well and said I was different from the rest of her children.”) which he carried with him throughout his career. But it wasn’t easy for him as some members of his family couldn’t understand his motivation.

“Some of my family members thought that I was stupid to make so many sacrifices for the nation.

“But now my siblings believe I had truly worked for the nation. Some of younger people in the family are also proud of me after hearing about my missions which were previously all classified as Top Secret.”

His leadership continues to bear fruit: “I am always pleasantly surprised when a senior police officer comes up to me and tells me, ‘Datuk Seri, thank you for teaching and guiding me to be a good police officer. I learnt so much from you’.”

With the publication of this book, Yuen has completed yet another mission.

He muses: “It has not been easy over the years when you have to keep to a ritual of self denial in the name of patriotism, loyalty and integrity. Very few believe I am not rich.”

“I have only one lament. I had tried so hard to warn the incumbent government since 2006 that their arrogance would create its downfall. That was what happened in the March 8 elections.

“The Barisan Nasional just did not have enough strong and courageous political leaders enough to work, not only for their own communities, but more importantly, for an all-binding nation.”

Yuen feels that the BN still has a chance to redeem itself if the component communal parties adopt a more mutliracial approach. Otherwise, he believes it would fail in the next general election.

“The rakyat cannot be sidelined while communal political elites hold the majority economic equity and claim to speak for the majority and the less fortunate,” he says emphatically.

Yuen may have long retired from the police force but he has never relinquished his role as guardian and protector of the people.

‘Nation Before Self: And Values That Don’t Die’ by Datuk Seri Yuen Yuet Leng (self-published, distributed by MPH Distributors, ISBN: 978-9834427702) is available at leading bookstores at RM39.90 per copy.

the star online


Yuet Leng Perangi Komunis
29 Ogos 2014

Oleh: NURUL AIN MOHD HUSSAIN


DATUK Seri Yuen Yuet Leng, merupakan pejuang yang menyimpan banyak pengalaman pahit manis dalam perjuangan menentang pengganas komunis

Pernah menyandang jawatan sebagai Ketua Polis Perak dan Pesuruhjaya Polis Sarawak, beliau turut dikenali sebagai perancang yang melumpuhkan gerakan komunis di Tanah Melayu ketika dilantik sebagai Timbalan Pengarah Cawangan Khas (SB) Bukit Aman.

Beliau dianggap sebagai wira negeri Perak kerana berjaya melindungi Perak daripada jatuh ke tangan pengganas komunis sehingga Perak berjaya diisytiharkan sebagai kawasan putih.

Biarpun telah bersara pada 1984 namun semangat perjuangan bapa kepada seorang cahaya mata ini tidak pernah luntur.

Menceritakan pengalamannya ketika menentang komunis, Yuet Leng berkata beliau telah ditembak kali pertama ketika bertugas di Grik.

''Saya telah ditembak di bahu, punggung dan kaki. Ketika ditembak saya tidak berasa sakit langsung, yang ada dalam kepala ialah ingin menyerang komunis habis-habisan.

Saya bernasib baik kerana pada ketika itu, Kolonel Razali dan Koperal Basri telah melontar bom tangan ke kem komunis bagi menyelamatkan saya daripada terus diserang oleh musuh,'' katanya.

Biarpun, dari segi fizikalnya Yuet Leng seorang Cina namun beliau sendiri mengakui bahawa dalam dirinya mengalir jiwa Melayu dan India yang sangat menebal yang mana semuanya berlaku sejak beliau menjadi anggota polis.

''Jika boleh dibelah badan saya pasti anda akan melihat ia terbahagi kepada tiga, Melayu, Cina dan India. Jiwa saya begitu dekat dengan tiga bangsa ini kerana saya banyak belajar memahami adat dan budaya mereka ketika menyertai polis.

''Dalam polis tidak ada istilah bangsa dan kaum. Kami berjuang atas satu pasukan demi mempertahankan Malaya daripada ancaman komunis,'' katanya yang pernah menulis dua buku berkaitan darurat dan perpaduan, Operation Ginger (1998) dan Nation Before Self (2008).

Perkara yang paling diingatinya ialah, apabila seorang anggotanya, Koperal Basri meninggal dunia dihadapan mata beliau sendiri, ketika menyelamatkan beliau daripada diserang komunis.

''Lebih menyedihkan Basri baru sahaja bertunang dan bakal melangsungkan perkahwinan sebaik sahaja selesai menyertai operasi berkenaan,'' kata Yuet Leng sebak.

Bukan itu sahaja, malah beliau juga pernah melalui saat-saat kritikal apabila anak sulungnya, Paulie meninggal dunia akibat demam panas ketika usianya tiga tahun.

''Pada Oktober 1958 saya sedang memberi taklimat kepada pegawai saya mengenai operasi untuk mengintip pergerakan komunis. Pada masa yang sama saya sulung saya Paulie sedang nazak kerana menghidap demam panas di Hospital Ipoh.

Ketika inilah, saya berbelah-bahagi sama ada untuk tinggalkan tugas sebagai polis atau pulang segera untuk melihat anak saya yang sedang sakit,'' jelas beliau.

Sebagai seorang ayah, Yuet Leng mengakui beliau telah gagal melaksanakan tanggungjawabnya, namun beliau akur akan ketentuan Tuhan dan menerima kematian anaknya sebagai takdir.

''Akhirnya saya ambil keputusan untuk pergi ke hospital dan lihat keadaan anak saya.

Paulie seolah tahu saya datang dia membuka mata seketika dan merenung saya pada masa itu. Tidak kurang daripada sepuluh minit selepas itu matanya terus tertutup rapat dan dia pergi buat selama-lamanya.

Saya sangat menyesal dan tidak dapat memaafkan diri saya kerana tidak dapat bersamanya ketika dia sakit,'' katanya yang sedih sambil mengalirkan air mata.

Menutup kisah sedih pemergiaan anak sulungnya, ada kisah yang lebih mengejutkan mengenai anak jati Perak ini, apabila selepas 31 tahun barulah doktor dapat menemui adanya peluru tertanam di dadanya.

''Ketika itu saya sedang menjalani pemeriksaan kesihatan kerana saya diminta melanjutkan perkhidmatan selama dua tahun lagi selepas bersara. Ketika itulah doktor berjaya mengesan adanya peluru di dada saya.

Oleh kerana peluru itu sudah terlalu lama berada di sana, doktor memberitahu ia sudah sebati dengan otot dan urat saraf saya. Jadi jalan terbaik adalah membiarkan keadannya sedemikian,'' katanya.

''Pengganas komunis banyak kali cuba membunuh saya, tetapi saya tidak melarikan diri. Malah, selepas bersara pada 1984 komunis masih mahu membunuh saya.

Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar mencadangkan supaya saya berhijrah ke negara lain.

''Pada mulanya saya bersetuju, tetapi kemudian memberitahu Tun Hanif, mengapa saya perlu melarikan diri? Malaysia adalah tempat saya dibesarkan,'' katanya sambil menambah, ''Kita bernasib baik kerana memiliki pemimpin yang melihat bahawa tidak perlu berlaku pertumpahan darah untuk memperjuangkan kemerdekaan.''

mstar


Comments