Forum Muslimat 2015




Dengan sukacitanya menjemput Muslimat untuk hadir beramai-ramai ke Forum Muslimat - Peranan Wanita Dalam Pembangunan Ummah

Tarikh : 18/10/2015

Hari : Ahad

Masa : 8:00 pagi – 5:00 petang

Lokasi : Dewan Serbaguna, Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Forum ini akan menggandingkan dua pendakwah hebat iaitu Ustazah Halimah Alaydrus dan Ustazah Norhafizah Musa.

Ustazah Halimah Alaydrus yang didatangkan khas dari Indonesia, merupakan lulusan Dar Az-Zahro dari Tareem, Yaman. Selain berdakwah, beliau yang berbakat berpuisi telah menulis beberapa buah buku ‘bestseller’ seperti Bidadari Bumi dan Tutur Hati. Dalam majlis ini, ustazah Halimah akan turut membawa bersama buku terbarunya yang bertajuk, “Muhasabah Cinta”. Koleksi buku-buka dan CD-CD ceramah ustazah akan dibawa bersama untuk tujuan komersial.

Ustazah Norhafizah Musa pula tidak perlu diperkenalkan lagi kepada rakyat Malaysia. Beliau merupakan lulusan Universiti Yarmouk di Jordan yang banyak berdakwah melalui rancangan-rancangan TV dan radio. Lunak suaranya memberi nasihat telah banyak menyentuh hati-hati yang mendengarnya.

Program ini PERCUMA dan makanan juga disediakan.Untuk membantu pihak pengurusan, muslimat yang berminat di minta mendaftar ‘online’ di http://bit.ly/1W1dlnK. Bagi yang tidak mahir menggunakan komputer, pendaftaran secara ‘walk-in’ juga disediakan pada hari majlis berlangsung.

Demi memastikan kelancaran majlis, para peserta hanya dibenarkan membawa masuk kanak-kanak berusia 9 tahun ke atas ke dalam dewan.

Sebarang pertanyaan berkaitan majlis, sila hubungi :

• Masjid Wilayah: 03-6201 8791 (Nor Fadhila, Mastura) atau
• AJK Ar- Raudhah: 012 298 7446 (Um Anisa), 012-3130234 (Su) atau 019-654 6968 (Leeza).
• FB Majlis Ar-Raudah: https://www.facebook.com/majlis.arraudhah.5
• Instagram di @arraudahmajlis
• Twitter di @arraudhahmajlis

darul murtadza

Comments