tragedi mekah

Senarai nama jemaah Malaysia yang cedera, belum dikesan

PETALING JAYA 12 Sept. - Berikut senarai nama 10 jemaah haji Malaysia yang cedera dan enam lagi yang masih belum dapat dikesan yang dikeluarkan pihak Tabung Haji susulan insiden kren tumbang di Masjidil Haram, Mekah, semalam.

Kejadian yang dikaitkan dengan cuaca buruk yang melanda Tanah Suci itu dilapor mengorbankan sekurang-kurangnya 107 nyawa dan mencederakan 238 yang lain.

Jemaah Malaysia yang cedera:

1. Zainul Arifin Zulkifli (36 tahun) - Batu Caves, Selangor
2. Ahmad Muzafar Mamat@ Adam (39) - Bangi, Selangor
3. Mohd Nor Azman Hassan (44) - Cheras, Selangor
4. Noordin Wahab (59) - Kuala Terengganu
5. Abdul Razak Mahmood (61) - Tanah Merah, Kelantan
6. Mat Deris Mohd Noor (62) - Bachok, Kelantan
7. Mohd Sharif Meon (64) - Klang, Selangor
8. Faridah Mat Yacob (46) - Bachok, Kelantan
9. Rusiah Baba (50) - Cheras, Kuala Lumpur
10. Faridah Mansor (63) - Dungun, Terengganu

Jemaah yang masih belum dapat dikesan:

1. Siti Nurolshlizan Zolkifli (37) - Tanah Merah, Kelantan
2. Shahidan Saad (52) - Kodiang, Kedah
3. Rohana Ismail (54) - Kuala Krai, Kelantan
4. Abdul Habib Lahman (68) - Sik, Kedah
5. Zainun Taha (69) - Ampang, Selangor
6. Munah Jusoh (73) - Cherang Ruku, Kelantan. - BERNAMA

utusan online

65 jemaah terbunuh dihempap kren
12 September 2015 2:11 AM





Gambar-gambar yang memaparkan suasana kelam-kabut di dalam Masjidilharam selepas sebuah kren tumbang dan menimpa bumbung masjid lalu menghempap jemaah yang sedang beribadat di dalamnya, malam tadi. – AGENSI


MEKAH 11 Sept. - Sekurang-kurangnya 65 jemaah terbunuh, manakala 154 cedera apabila sebuah kren tumbang dan menimpa bumbung Masjidilharam sebelum menghempap mangsa yang berada di dalamnya, hari ini.

Empat jemaah Malaysia yang berada di dalam masjid itu turut cedera.

Pihak berkuasa Pertahanan Awam Arab Saudi dalam Twitternya mengesahkan kejadian itu.

Menurut jemaah yang berada di tempat kejadian, nahas itu dipercayai berpunca daripada ribut.

Beberapa keping gambar kejadian itu yang disebarkan di media sosial menunjukkan mayat-mayat berlumuran darah bergelimpangan di lantai masjid.

Koresponden Al Jazeera, Hasan patel yang berada di Mekah berkata, saksi memaklumkan, kren tersebut tumbang di tingkat tiga Masjidilharam kira-kira pukul 5.45 petang waktu tempatan (10.45 malam waktu Malaysia).

“Berpuluh-puluh ambulans berkejar ke lokasi nahas bagi membawa jemaah yang cedera ke hospital.

“Pihak berkuasa Arab Saudi kemudian menutup tempat kejadian kepada jemaah.

“Sebelum solat Jumaat, Masjidilharam sesak dengan para jemaah,” katanya. – AFP

utusan online 










Comments