Terimalah Kapsul

Naskhah terakhir Allahyarham.



Terima lah naskah kami.

Esok hari tayangan filem KAPSUL di pawagam seluruh negara. Segala halangan dan rintangan ditempuhi dengan penuh kesabaran.

Ketika kami kehilangan pengarah kerana dijemput Ilahi, kami buntu. Jiwa kami mati. Dua minggu penerbit, Tuan Haji Amru duduk termenung tak tahu apa nak buat. Filem ini skrip nya segala nya dibuat hasil ilham ikhlas dari Allahyarham Martias Ali.

Dengan kekurangan dalam segala bentuk kerana kami bukan lah syarikat produksi yang punyai modal berjuta. Orang kata ini lah taruhan kami untuk menyedarkan bangsa.

Filem ini orang anggap filem politik, ramai rakyat Malaysia merasakan ini filem rasis. Malah ramai akan anggap ini adalah filem SEJARAH SEBENAR. Bukan. Bukan sama sekali.

Filem ini merupakan filem yang membawa bangsa Melayu, bangsa Malaysia untuk duduk satu taraf dengan masyarakat dunia. Filem ini membawa kita kepada Wawasan 2020 yang nak Tun Mahathir nak kita gapai. Amanat yang ditanam ini sehingga kini pun kita hanya dapat tahu pada tahun 2020. Namun sedikit sebanyak bayangan pengarah mengenai apa yang ditulis Tun M dalam amanat beliau diterjemah dlam filem ini.

Ketika tayangan perdana bersama YABhg Tun Dr Mahathir baru-baru ini pun Tun Dr Mahathir berbisik kepada Penerbit 'You did a great job'. Itu pun dah cukup. Kerana impian Allahyarham untuk membawa Tun Mahathir ke dalam filem ini berjaya direalisasikan. Terus terang ramai merasakan mudah betul kami bawa Tun M berlakon. Tidak. Pelbagai halangan ditempuhi. Namun itulah segala-galanya ditentukan oleh Allah SWT.

Kepada keluarga Allahyarham Martias Ali, ini sahaja kami mampu galas dalam menyambung impian arwah. Maafkan segala kekurangan dalam menghasilkan filem ini.

Kepada rakyat Malaysia, tonton lah filem ini, buangkan segala persepsi politik dan perkauman. Terima lah dengan hati terbuka ketika menonton filem ini.

Janganlah tunggu keluar di internet, kemudian download untuk tonton. Beli lah tiket di pawagam sekadar RM15 sahaja. Bawa lah juga anak serta keluarga.

Esok, 17 September 2015 adalah hari tayangan pawagam seluruh negara.

kelab che det 






























SELAMAT ,MENONTON
17 SEPTEMBER 2015 

Comments