kau dan aku viii


kau sepatutnya memberikan keyakinan
jalan-jalan pilihan untuk mengisi makmur
kekuatan dalam kesatuan
bukan mendorong pergulatan
atau menafikan kebenaran


jalan yang membawa tenteram
jangan kausumbatkan dengan
sumpah dan jerkah
yang semakin mengasingkan
kita amat kerdil
untuk bersengketa

kesabaran meletakkanmu jauh di depan
meski kau merasa amat sakit
menghadapi segalanya
kerana dalam sabar
ada ketekunan, keyakinan, kebijaksanaan
dan kapasrahan

usah berfikir kau bukan siapa-siapa
kerana ada orang menyebut pula
kaulah segalanya

 




Comments